AKU, CERITA KU DAN KENANGAN KU. Sejak dua tiga hari ni aku dok selongkar blog. Ada masa baca balik entri entri lama nak tengok apa yang sesuai & tidak lagi untuk di publickan. Almaklum la blog ni terlahir secara luar nikah... kekekeke. Bukan maksudnya blog ni wujud sebelum aku nikah. Sebelum aku kenal suami aku dan ada sedikit cerita peribadi yang tak sesuai aku nak public kan sebab melibatkan orang yang dah jadi kenangan ni. Tak best la sebab ada gambar gambar kan walau tidak la gambar itu dalam keadaan yang mengaibkan. Gambar gambar biasa je. Yelah masa bujang kita kan banyak aktiviti outdoor jadi ada la gambar gambarnya.
Bila baca balik entri entri lama tu kadang kadang tergelak sendiri. Ya Allah.. betapa masa menjadikan kita semakin matang dan kita boleh nampak dari penulisan kita sendiri. Bagus juga kan ada blog ni. Harap memori kita untuk ingat semua yang pernah berlaku memang tak la. Semakin bertambah usia akan semakin banyak kita akan lupa. Jadi aku rasa dalam usia yang ada ni aku nak jadikan blog ni untuk menulis cerita cerita harian aku je lepas ni. Atau bila aku rasa nak menulis sesuatu aku tulis je. Asalkan masih ada ruangan untuk aku menulis selain platform media sosial lain. Tapi menulis blog ni tak sama tau dengan kita menulis posting di platform social media lain. Blog ni kita kadang kadang kita rasa macam satu medium yang lebih memberi inspirasi untuk menulis. Tak kisah la ada atau tak orang membaca kan.. Tapi untuk kepuasan sendiri tak salah pun nak teruskan.
Aku mula minat menulis sejak usia 12 tahun. Nak tahu masa tu aku suka karang apa? Bila aku sedih aku buat pantun yang meluahkan perasaan aku. Pantun semua sedih sedih je. Lepas tu aku mula tulis diari. Aku mula tulis puisi & cerpen. Salah satu cerpen aku dulu pernah tersiar di laman web karangkraf. Banyak koleksi karya aku dah tak ada selepas aku berhijrah. Rumah aku kat kampung mak ayah aku renovate. Bilik aku dah tak ada. Semua barang2 & buku aku mak aku dah buang. Bukan benci tapi rumah nak renovate dia kemas kemas ikut dia la apa dia rasa sampah dia buang. Disket disket yang banyak aku simpan puisi & cerpen aku pun rasa kalau ada dah tak boleh baca. Pc sekarang pun mana ada floppy disk dah. Budak budak gen Z pun tak kenal dah disket.
Ada satu diari untuk sahabat aku hari hari tulis dulu. Masa tu umur aku 18 tahun. Hari hari aku tulis diari tu seolah olah sedang bercerita dengan dia. Aku ni dulu seseorang yang sangat sayangkan sahabat. Tapi banyak berakhir dengan kekecewaan sampai satu masa aku memilih untuk jauhkan perasaan & diri aku dengan menjadikan sahabat tu sesuatu yang terlalu istimewa. Mungkin sampai satu peringkat umur kita mula memikirkan pasangan hidup jadi focus & keutamaan kita pun kepada sesuatu yang kita nak cari & capai. Dan selepas itu.. Dunia aku cuma dengan pasangan hidup aku sahaja.
Kanak kanak, remaja & sebelum aku kahwin dunia aku memang dengan kawan kawan. Family dah jadi kurang. Tapi selepas aku dah kahwin dunia aku 360° berubah. Masa yang ada sekarang aku cuma focus untuk family. Sebab tu balik kampung aku jarang nak jumpa siapa siapa. Aku lebih suka duduk di rumah spent time dengan family aku. Aku rasa dulu masa aku dengan kawan kawan dah terlalu banyak berbanding family aku sendiri tapi mereka tak kekal ada dengan aku. Tapi keluarga.. Dari dulu sampai sekarang tak pernah jauh dari hidup aku. Dalam susah dan senang sentiasa ada.
Tapi aku tetap menghargai semua yang pernah hadir dalam hidup aku. Mewarnai kisahku & melengkapkan kenangan ku. Aku melalui semua kisah yang perlu ada dalam sebuah kehidupan. Tanpa semua yang pernah hadir dalam hidup aku mustahil aku mampu melengkapkan kisah hidup aku dengan semua cerita kehidupan. Terima kasih atas semua kenangan manis, kenangan pahit & cerita yang pernah kita cipta bersama.
MESTI KENA JELING KALAU BAWA KELUAR KOTAK NI NAK PAKAI LIPSTIK. Semenjak memperlahankan aktiviti di blog aku terjebak dengan Shopee Affiliate. Almaklum la kita dah biasa duduk rumah ada side income walau income tu geli geli je tapi rasa seronok juga la kan tiap tiap bulan ada juga hasil dari tak ada apa langsung. Yelah sesambil menjadi surirumah, apa salahnya mencuba menjadi Affiliator kan? Sebenarnya ikutkan Affiliate ni bukan shopee je, tiktok,lazada pun ada ada Affiliate. Tapi kurang sikit menyerlah yang lain. Shopee je setakat ni memberi hasil setiap bulan. Almaklum la kita ni bukan Influencer kan? Nak bersaing dengan Influencer susah sikit tapi aku ok je. Selagi aku rasa enjoy aku teruskan je la.
Mana mana Affiliator pun sekarang berpeluang untuk dapat free sample product dari platform yang mereka daftar sebagai Affiliator la. Termasuk shopee. Banyak juga la aku dapat barang free sample dari shopee ni. Best juga la sebab dari barang free sample tu kita boleh review & buat konten video untuk di kongsikan dengan orang lain sesambil tu boleh dapat komisyen dari pembelian orang lain melalui link Affiliate kita. Kan aku ni suka review jadi aku manafaat perkara aku suka buat tu kepada perkara yang boleh juga mendatangkan hasil.
Antara produk yang aku dapat dari program shopee Affiliate ni salah satu colorful cigarette lipstick ni. Kotak dia pun boleh mengundang salah faham & persepsi negatif terhadap golongan wanita. Serius sekali imbas memang orang ingat rokok sampai suami aku pun terpedaya. Pernah aku keluarkan nak pakai kat tandas awam di Mall ada orang pandang pandang. Maybe dia ingat aku nak merokok ke apa dalam tandas Mall tu padahal aku nak topup balik lipstik.
Lipstik ni ada 4 code warna. Bean read, vibrant orange, pumpkin red & maple leaf red. Kalau yang red red ni semuanya jenis warna merahnya makngah tapi lawa lawa juga.
Cuma aku lebih suka orange sebab nampak natural gitu. Selain orange aku suka maple leaf red. Merah dia memang cantik tau. Testur lipstick ni dia tak matte sangat atau terlalu moist. Bila kita pakai tak berkilat tapi nampak lembab bibir. Lembut je bila kita sapu kat bibir. Bukan jenis transferproof la tapi sesuai la untuk yang muslim senang nak cuci bila nak solat. Lap je dia dah boleh tanggal. Tak payah guna remover.

Yang penting harga sangat mesra poket. Size dia pun mobile senang nak campak dalam handbag. Muat kalau sling bag size phone pun. Setakat ni aku guna tidak la ada apa apa kesan sampingan terhadap bibir aku berbanding ada satu lipmate dari brand yang di kenali juga aku pernah dapat free sample tapi lepas guna tu aku perasan bibir aku jadi lingkaran gelap sampai hari ni masih tak hilang cuma aku berhenti guna & jadikan blusher je. Pakai kat pipi tak pulak jadi bukan bukan. Mungkin tidak sesuai dengan bibir tapi boleh gunakan pada tempat lain. Almaklum la kulit kita ni setiap bahagian di tubuh kita bukan semua sama. Kulit pada tangan tak sama macam kulit pada muka. Begitu juga kulit pada kelopak mata tak sama macam bibir jadi mungkin ada tindakbalas berbeza la bila kita gunakan di bahagian tertentu.
Yang ni aku guna code orange
Apapun kalau hangpa berminat nak cuba Colourful Cigarette lipstick ni boleh dapatkan di sini Shopee
DISQUIET TERPERANGKAP DI ALAM KOMA YANG MENAKUTKAN. Bila mood menulis blog kembali, dia mula la macam macam nak tulis, nak review & nak ulas. Lama Mah`Mood' ni hilang tau. Bertahun juga la. Sampai decide terminate je domain berbayar guna free domain. Lepas dah terminate mai balik jiwa tu. Sebenarnya jiwa tu tak pernah mati tapi kekangan masa tu yang membataskan. Walau lepas guna domain blogspot balik blog dah tak link ke google. Tak ada dalam carian google tak tau nak setting celah mana.. Biaq pi la dulu. Nanti kita upah specialist yang sudi untuk setting balik. Yang penting kita isi dulu blog dengan cerita ceriti.
Jadi hari ni aku nak review satu filem yang aku tengok kat netflix. Disquiet. Genre hortor tapi lebih pada fiksyen la. Bila fiksyen ni kau jangan expect benda logik sangat. Nak tengok yang logik tengok je la kisah benar tu pun kalau tv3 ada ulang tayang lagi. Kalau fiksyen dah tentu kisah dari imaginasi manusia sahaja.
Disquiet ni mengisahkan seorang lelaki yang terlibat dalam kemalangan & dia koma. Kemudian terperangkap di alam koma tu & berjumpa dengan orang orang lain yang turut koma & sedang berusaha untuk keluar dari alam koma tu. Nak kata depa semua terperangkap dalam alam roh pun boleh juga tapi belum mati. Cuma masih koma. Tapi ada golongan yang tak berjaya keluar dari alam koma & meninggal muncul menghalang mereka mereka yang masih mencari jalan keluar dari koma.
Kisah dia tak lain tak bukan depa ni tengah struggle cari jalan keluar dari koma & terpaksa hadapi golongan yang dah mati nak bunuh depa supaya boleh mati together gether gitu. Sejenis dia tak berjaya survive dia nak orang pun ikut mati dengan dia juga.
Filem ni nak kata best sangat tu tidak tapi tidak la membosankan bagi aku. Masih boleh tonton kalau dah tak ada cerita sangat nak tengok.
INFLUENCER DAN BAD MARKETING. Banyak isu isu viral kat social media sekarang. Semua berkaitan dengan Influencer. Cerita artis sekarang nampak macam tenggelam sikit sebab media sosial di kuasi dengan cerita cerita Influencer. Biasa yang viral ni kebanyakan Influencer yang terpalit dengan pelbagai kontroversi la. Jarang la Influencer yang naik secara positif akan ada isu kontroversi kan?

Tak tahu la samada Influencer macam ni sengaja mencetuskan kontroversi untuk memastikan nama & jenama dia kekal relevan & viral demi kelangsungan bisnes dia atau ia berlaku secara tidak sengaja atau di rancang. Tapi kalau kerap sangat berlaku viral dengan isu isu tidak sihat ni netizen pun susah untuk bersangka baik ia tidak sengaja. Rata rata mungkin menganggap ia adalah strategi marketing mereka sahaja. Sebab ramai Influencer sekarang menggunakan teknik 'Bad marketing is marketing'. Free marketing & tiada kos tapi mampu memberi pulangan yang besar cuma ikut nasib juga. Tak semua bad marketing tu mampu menaikan perniagaan & nama. Kadang kadang ia akan merosakan reputasi & kepercayaan pengikut lalu kempen boikot akan di jalankan. Netizen Malaysia antara paling power bab boikot ni.
Pada Influencer rasa hentikan guna bad marketing ni. Sampai masa netizen akan jemu juga. Selalunya marketing macam ni tidak bertahan lama pun. Last last melingkup juga hangpa. Lepas tu mula guna slogan Melayu suka jatuhkan melayu padahal tak semak diri sendiri dulu. Dia pun melayu bermakna dia la yang menjatuhkan diri sendiri la kan. Jadi slogan tu ada benarnya cuma jangan gunakan untuk letak kesalahan pada orang lain sebaliknya ucapkanlah pada diri sendiri dahulu.
Bab jatuh guna sentimen bangsa bila kau tengah di puncak tak ingat pulak siapa yang menyokong & mendokong hang sampai ke puncak tu. Tak ke bangsa sendiri juga? Yang tu hang tak dak pulak nak cipta slogan melayu banyak support bangsa sendiri asyik dok puji cina konon kalau cina berniaga depa support bangsa sendiri sehingga berjaya. Habis hang yang berjaya tu bangsa cina ke support sedangkan kuasa membeli kat Malaysia ni adalah melayu sebab melayu adalah majoriti bukan minoriti ok! Kaum paling ramai kat malaysia ada Melayu.
Jadi pada Influencer dia luar sana jangan hanya pandai mencipta tagline naik tanpa menjatuhkan orang tapi kena tahu macam mana nak pastikan produk atau jenama kita boleh naik dengan marketing yang positif untuk pastikan ia boleh bertahan lama. Contohi Khairulaming yang mencipta nama & jenama dengan cara yang bermaruah, positif & kreatif. Khairulaming sampai sekarang tak ada isu kontroversi yang melibatkan dia tapi dah mampu bukan 2 kilang untuk produk dia. Tak perlu buat isu yang triggered netizen untuk dapat perhatian & viral pun. Tak perlu guna personal issue untuk meraih simpati & pancing emosi netizen. Semua tu tak perlu pun untuk khairulaming tapi dia still boleh berjaya, kaya & di hormati.
Moral of the story.. Berhenti salahkan orang lain dan belajar semak diri sendiri dulu. Apa berlaku kadang kadang kita sendiri yang mengundang cuma tak berlaku seperti yang kita rancang. Sebab kita hanya perancang tapi kita tahu yang merealisasikan semua perangcangan kita adalah Allah. Kalau niat kita tak baik.. Mungkin yang berlaku tak baik walau kita dah plan supaya hasilnya jadi baik dari niat & perancangan yang tak baik kita tu. Sebab kita tak ada kuasa.. renung renungkan selamat beramal.