MENJAWAB SEGALA SPEKULASI, TUDUHAN & PERTANYAAN TENTANG KEPUTUSAN KES SAMAN SAYA

MENJAWAB SEGALA SPEKULASI, TUDUHAN & PERTANYAAN TENTANG KEPUTUSAN KES SAMAN SAYA. Alhamdulillah setelah hampir dua tahun berlangsungnya kes saman terhadap saya di mahkamah tinggi Kota Baharu, Kelantan (Saya bukan orang kelantan atau tinggal di kelantan yer), akhirnya berpenghujung juga. Tak tau nak gambarkan betapa bersyukurnya semua dah berakhir. Apapun keputusan saya terima dengan redha sebab saya sentiasa percaya apa yang Allah aturkan untuk saya sebenarnya itulah yang terbaik.

Bila di ingat balik.. Masa saya terima writt saman.. saya sendiri tak tahu nak buat apa. Blur & blank.  Dengan faktor kewangan yang tak cukup.. Tak ada pengalaman dengan kes kes mahkamah.. Tapi saya usaha juga bertanya kawan2 dia social media yang ada pengalaman dengan kes kes mahkamah. Dari situ saya mula mendapat bantuan & Allah mula membuka jalan.

Sebenarnya.. Masa saya nak bela diri & ambil peguam saya memang tawakal jer.. Terfikir juga macam mana kalau tak dapat bayar lawyer. Tapi tu la kan.. Memang dah perangai saya. Yang penting cuba & usaha dulu. Alhamdulillah.. Allah tak pernah kejam. Di hadirkan ramai orang membantu saya untuk mencukupkan kos bagi membayar kos guaman yang sememangnya terlalu tinggi & di luar kemampuan saya.

Ingatkan dah habis.. maka tiada lagi fitnah, tuduhan & spekulasi.. Tapi masih ada. Saya sendiri mula2 tak tahu macam mana nak jelaskan pada semua orang bila ramai mula bertanya. Atas nasihat & cadangan pihak peguam saya.. Saya di nasihatkan untuk berkongsi kenyataan ni bagi menjawab semua pertanyaan, tuduhan & spekulasi tentang keputusan kes saman terhadap saya.


Assalammualaikum
Bagi menjawab semua spekulasi, tuduhan & pertanyaan tentang keputusan kes saman terhadap saya
Atas cadangan & nasihat dari pihak peguam saya

Disini saya jelaskan apa yang berlaku.
Banyak posting yang saya buat
Tidak semua di dapati berunsur fitnah
Kerana saya banyak mengulas isu produk

Hanya post ini yang mahkamah sifatkan sebagai fitnah
Iatu :

1. Statement dalam salah satu artikel saya menyebut 
"hope pengasas produk ni please hentikan jualan.. jangan makan hasil merosakkan kulit orang lepas tu pi mekah buat umrah. tak baik ok! "

2. Dan satu lagi Statement saya yang menyebut produk tersebut sebagai produk timbang kilo.

Selain daripada kenyataan kenyataan tersebut semua posting saya telah berjaya dalam pembelaan justifikasi dan
komen berpatutan terhadap kesemua posting-posting yang lain yang mana saya telah berjaya membuktikan secara justifikasi bahawa segala penulisan saya tentang produk tersebut adalah berdasarkan satu kenyataan dan sumber sahih, dan penulisan saya tentang produk tersebut juga adalah satu bentuk komen daripada fakta yang
benar.

Kat sini saya lampirkan kenyataan dari pihak peguam saya. Mungkin screenshot kurang jelas saya copy semula

-MAKLUMAN KEPUTUSAN MAHKAMAH
Perkaradi atas dan Keputusan pada 22/11/2018 adalah dirujuk.

Setelah sesi perbicaraan penuh selesai dan setelah menganalisa keseluruhan posting-posting
serta mendengar keterangan kesemua saksi-saksi Plaintif-Plaintif dan saksi-saksi Defendan,
maka Mahkamah secara lisan telah memutuskan seperti berikut:-

1. Daripada 11 posting yang didakwa bersifat fitnah terhadap Plaintif-Plaintif yang telah
diterbitkan oleh Defendan, Mahkamah mendapati dan memutuskan hanya terdapat 3 posting sahaja yang bersifat fitnah iaitu posting pada blog/facebook bertarikh 10/4/2017 (ekshibit P9), 11/4/2017 (ekshibit P10) dan 12/4/2017 (ekshibit P14) yang mana Mahkamah dalam keputusan lisannya menyatakan kenyataan fitnah itu adalah setakat dan merujuk kepada kandungan penulisan blog/facebook oleh Defendan tentang kenyataan bahawa “Plaintif-

"Plaintif pergi ke Mekah menunaikan umrah hasil daripada merosakkan kulit orang” dan juga
penulisan di blog/facebook yang menyatakan produk Plaintif-Plaintif itu adalah “timbang kilo”.

2. Selain daripada 3 posting tersebut, Defendan telah berjaya dalam pembelaan justifikasi dan komen berpatutan terhadap kesemua posting-posting yang lain yang mana Defendan telah
berjaya membuktikan secara justifikasi bahawa segala penulisan Defendan tentang produk Tati Skincare tersebut adalah berdasarkan satu kenyataan dan sumber sahih, dan penulisan Defendan tentang produk tersebut juga adalah satu bentuk komen daripada fakta yang
benar.

3. Berhubung dengan jumlah gantirugi yang telah dituntut oleh Plaintif-Plaintif, Mahkamah telah mengarahkan untuk ditaksirkan melalui Bicara Taksiran bagi menentukan jumlah pampasan wajar terhadap 3 posting yang diputuskan sebagai bersifat fitnah tersebut.

4. Mahkamah juga mengarahkan untuk Kos yang perlu dibayar oleh Defendan kepada Plaintif- Plaintif untuk ditaksirkan bersekali semasa Bicara Taksiran tersebut.

5. Mahkamah juga mengarahkan untuk pihak-pihak tidak lagi menulis dan/atau menerbitkan sebarang posting dan/atau sebarang artikel berkaitan dengan tindakan ini dan/atau yang berkaitan antara satu sama lain sama ada secara personal dan/atau perniagaan dan/atau
pada mana-mana media termasuk dan tidak terhad kepada facebook dan blog.

Sekian harap maklum.

Harap tidak timbul lagi sebarang spekulasi & tuduhan tidak berasas terhadap saya. Yang salah & benar sudah di jelaskan oleh pihak peguam saya.

Apapun di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu saya dalam mencukupkan dana bagi membayar kos guaman saya sepanjangn kes saya berlangsung di mahkamah. Terima kepada saksi saksi yang sanggup hadir ke mahkamah.. Kawan2 yang terus memberi saya sokongan moral sehingga kini. Saya doakan Allah permudahkan urusan anda semua & limpahkan anda rezeki yang tidak putus putus.

Akhir kata apa yang baik ambilah sebagai teladan yang buruk jadikan pengajaran.



Harap semua jelas yer.. Apapun saya dah redha. Selepas ni saya akan menjalani hidup macam biasa & terus tulis blog macam biasa juga. Apa yang jadi saya ambil sebagai pengajaran untuk masa akan datang. Tapi untuk berhenti berkongsi info kesedaran tentang produk2 bahaya di pasaran belum terfikir lagi cuma saya semakin tahu apa yang berisiko & tidak dalam penulisan. Insya Allah benda tu saya akan jadikan panduan.

TIDAK BOLEH MENAMPAL STICKER PADA CARTA GERAKAN BAYI DI BUKU PINK

TIDAK BOLEH MENAMPAL STICKER PADA CARTA GERAKAN BAYI DI BUKU PINK. Pernah tengok tak viral buku pemeriksaan untuk ibu mengandung atau kita lebih biasa sebut buku pink. Berwarna warna di aidilfitri pada carta gerakkan bayi tu. Ada yang lukis bentuk hati & ada yang letak sticker comel comel. Nampak sweet & cute je kan.. Alolo.. comelnya mama/mami/ibu/mak tu.. Mesti beranak nanti anak dia pun perangai comel ikut mak dia juga.

Yer comel memang la comel tapi buku pink tu bukan diari kisah kehamilan hangpa ok! Tu buku yang akan merekodkan semua laporan kesihatan ibu & bayi sepanjang kehamilan. Buku tu kira buku rasmi la.. Bukan buku nota nak conteng2 sesuka hati ok.

Sebenarnya tak boleh tau kita nak tampal2 sticker.. buat doodle cute kat buku pink tu tak kira la kat bahagian carta gerakan bayi atau kat mana2 muka surat pun. Nak tau sebab apa?? Meh sini ahkak puaka niyang rapik nak bagitau.. Ni kalau tak bagitau satgi ramai pulak yang buat. Yelah.. Semua orang sekarang gila nak di viralkan. Almaklum la zaman media sosial kan. Memasing nak jadi retis pesbuk.. retis setageram retis tuweter bagai kan.. So, mereka akan cuba buat apa saja yang boleh menarik perhatian netizen.

Tapi malas pulak akak nak taip pepanjang.. So akan sekerinshot je la yer.. Bukan apa taip balik satgi salah fakta ke hapa.. Jadi salah faham pulak. So sila baca sekerinshot kat bawah & hadam betul betul kenapa tak boleh tampal sticker.. lukis doodle ke hapa pada buku pink tu..


So ibu ibu yang sedang hamil & yang dah buka buku pink tu simpan la elok elok buku pink tu yer.. Bukan je semasa mengandung nanti mungkin di perlukan di masa akan datang yang kita tak tahu bila. Tak kisah la dari anak pertama sampai ke 10 pun.. Better simpan sebagai dokumen penting. Tak payah la nak cipta kelainan sangat semata mata nak jadi attention seeker.. Banyak lagi benda lain boleh buat kalaupun nak meraih perhatian awam kan. Buku buku & dokumen penting macam tu better la dia seperti yang sepatutnya. Benda tu bukan benda untuk di buat gurauan.

Moral of the story.. Susah juga kan berada di era social media ni.. Memasing berebut nak jadi popular kat social media. Kadang2 sampai di luar logik akal orang buat. kekekeke

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK

KEJAMNYA! SANGGUP MAKAN MEE SEGERA & SOROKKAN DARI ANAK. pepagi kalau dok layan group Masak apa hari ni.. memang berbau bawang jari memasing menaip katanya. Ada je la isu pembawangan akan bangkit di group. pagi tadi ternampak 1 post yang maybe dia post tengah malam semalam kot.

Sumber Google. Sekadar hiasan

Posting tu tunjuk gambar megi (mee segera) siap masak dengan captiop lebih kurang macam ni.. Terpaksa tunggu anak anak tidur dulu nak makan megi. takut anak anak dia pun nak makan megi bersama. Ada parents lain pun akui buat benda yang sama bila nak makan megi.. Tunggu anak anak tak ada atau anak anak tidur dulu. Normally yang ada anak anak masih kecil la buat macam tu. Yang anak anak dah berbulu atas bawah.. takde nya nak sorok sorok bila nak makan megi. Dah besar panjang.. berakal tak kuasa la mak bapak dia nak layan kan. pepandai sendiri la nak makan & pilih makanan macam mana dia nak makan. Ye dak..

Tapi juga la geng2 bawang holand, bawang putih, bawang merah & bawang besar ni komen.. Katanya tak sampai hati nak makan & sorokkan pada anak. Konon apa dia makan.. Anak pun makan bersama. Tak tergamak nak sedap sorang sorang anak di biarkan terliur. Tu dia.. Dia punya ajet ajet mak mak mithali, solehah & bakal ahli sorga katanya.

Allahu.. Kenapa parents sorokkan dari anak anak kecil bila nak makan megi @ mee segera ni. Semua orang tahu mee segera ni bukan makanan yang sihat & bagus untuk perkembangan kanak kanak terutama yang tengah membesar & masih belajar.

Di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan.Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung jugaboleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat. - Sumber Portal Rasmi Hospital Lahad Datu -

Kajian di Harvard mendedahkan mi segera boleh merosakkan organ kanak-kanak dan punca penyakit kronik seperti serangan jantung, tekanan darah tinggi dan kencing manis! Jika kanak-kanak makan bahan kimia ini, ia boleh berkumpul di jantung, hati dan buah pinggang lalu merosakkan organ.
Kandungan MSG yang merangkap penambah rasa dalam mi segera juga terbukti boleh mengakibatkan kemerosotan daya ingatan dan otak manusia. - Sumber the asian parent -

Dah faham acik acik bawang & akak akak kepoh semua kenapa ada sesetengah parents nak makan megi sorokkan dari anak anak. Even mee segera ni bukan je tak bagus untuk kanak kanak malah orang dewasa juga at least yang dewasa ni tahu nak limitkan pengambilan makanan makanan macam ni. Budak2 ni kalau dia rasa sedap kalau boleh hari hari dia nak benda tu. Dia tak peduli dah sihat ke tak sihat. Bukan sebab mak bapak sorokkan mee segera sebab saja nak aniaya anak sendiri.

Moral of the story.. Nak membawang jadilah bawang yang bijak pasti anda kelihatan seperti bawang yang high class kekekeke

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS

RESEPI KARI IKAN TANPA SANTAN PALING RINGKAS. Lepas ni maybe blog lekatlekit jadi blog masakan kot.. Dua tiga menja asyik update resepi jer. Blog tu macam tuan tanah jugak.. Ikut mood dia je. Kalau tengah obses dengan something tu yang tu je la banyak jadi sumber bahan untuk menulis. Lagipun blog ni bukan tak pernah share resepi kan sebelum ni.. Tak payah nak pelik sangat la.

Di sebabkan hari ni cheq masak kari ikan tanpa santan ala ala mamak walau tak berapa mamak sangat dan ada pulak yang minta resepi maka harus la kita menunaikan permintaan orang kan. tak baik tau menghampakan harapan orang. Almaklum la depa tengok gambaq kari cheq macam sedap sangat. tak terbayang lagu mana cheq masak kan.

Kalau cheq share resepi satgi hangpa jangan tak caya pulak tau. Resepi memang totally 100% senang nak mati. Sampai budak darjah 6 pun confident boleh masak. takkan hangpa yang dah melepasi remaja lanjut usia tak boleh masak kan? meh lekas kita pi ke segmen dapur sekangkang kera lekatlekit..

Untuk masak kari ikan tanpa santan ni.. Adalah seperti berikut

Bahan Bahan

2 Ekor ikan mabong (Ikan ni ikut suka la nak guna ikan apa)

1/2 paket kecik rempah kari ikan (ni sukatan untuk masak 2 ekor ikan je)

1 Biji bawang besar (normally guna bawang merah. Rumah den takde stok)

2 Ulas bawang putih 

Halba campur (Jangan letak banyak sangat takut rasa kari jadi pahit)

Daun kari

Air asam jawa

6 Biji bendi

1 Biji tomato

minyak masak

Garam

Air

Cara memasak

1. Hiris bawang besar & bawang putih (tapi saya tumbuk sikit bagi pecah2)

2. Panaskan minyak masak dalam kuali tumis bawang besar, bawang putih, halba campur & daun kari sampai naik bau.

3. Masukkan rempah kari. Slow kan api yer kang hangus rempah. Kacau2 sekejab kemudian masukkan sedikit air (jangan banyak air sebab nak masak rempah tu. Agak tak hangus rempah je). Masak rempah sampai pecah minyak.

4. Masukan Ikan sebatikan dengan rempah

5. Masukkan bendi & tambah air untuk jadikan dia berkuah.

6. Dah mendidih masukkan air asam jawa & tomato

7. Masukkan garam secukup rasa.

8. Dah masak tutup api.

Dah siap sekuali kecik kari ikan tanpa santan. Ni masak untuk berdua je makan. Cukup la 2 ekor ikan mabong size besar tu. Ikan pun mahal ye dak? Ikan dah jadi makanan orang ada ada.. So, sekali sekala je makan ikan sudah. 

Tu dia live dari dalam kuali. Ni kalau belum menikah mertua tak teringin buat menantu hidang dalam kuali

Dimakan pulak bersama ulam ulaman, sambal belacan, ikan masin bagai.. Jangan tanya pasai pa.. jarum penimbang pusing tak berhenti. Tu dia.. dia tak toleh kiri kanan dah.. Sedap sedar seperiuk nasik habis. Kerak pun dia korek2 sebab tak mampu menahan nafsu serakah.

Semoga resepi mudah ni memberi manafaat kepada mereka mereka yang memerlukan. Selamat berasap dapur memasing. Kalau sedap jangan lupa bagitau resepi dari blog lekatlekit kalau tak sedap diam diam sudah kekekeke. Kalau suka boleh share. Button share tu ada kat tepi & bawah artikel yer.

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com