Rupanya bukan aku sorang jer rasa pelik & menyampah dengan perangai cikgu shida yang tergedik gedik.. terkinja kinja depan camera miming lagu artis2 lepas record edit & seterusnya upload kat youtube untuk tontonan ramai. (dalam entry lepas aku ada mengutuk pasal sepohon cikgu ni. clik
Apa Punya Cikgu La Ni )Baru aku tahu beliau benar2 seorang cikgu yang bernama Roshida Binti Abdul Aziz, Dilahirkan pada 21 April 1972, mengajar di salah sebuah sekolah di Bota, perak sebagai guru English & Muzik. Telah pun menubuhkan Fanpage (http://www.facebook.com/pages/CikShida-Original/107343609329183) untuk menangkis serangan berbaur teguran, nasihat, pendapat tentang perangainya yang pelik & tidak senonoh itu (ni Fanpage yang di kategorikan cikgu shida sebagai haters nya http://www.facebook.com/profile.php?id=100000119157216&v=app_9953271133#!/pages/Wajarkah-Cikgu-Shida-Sebarkan-Videonya-Untuk-Tontonan-Umum/154472377918594 ).
Cikgu Roshida Binti Abd Aziz, Berusia 38 tahun seorang guru subject English & Music
Aku dah pun join kedua2 nya.. Nampaknya bila orang menegur sikapnya yang pelik & memalukan itu beliau nampaknya macam sudah hilang arah bila mengeluarkan statement2 bodoh yang tak menampakan ciri2 seorang guru bila berkata - kata. Lebih kurang macam budak terencat akal jer kenyataan cikgu shida ni seperti...
Statement2 yang di highligt dengan warna merah yang aku rasa agak bodoh & nampaknya cikgu shida mula kehilangan arah bila di serbu dengan pelbagai thomahan dari kesilapan beliau sendiri.
Walaupun aku seorang yang 'free hair' tapi aku tidak berani mempertikaian hukum hakam agama & cuba membuat kenyataan sendiri demi membela diri yang terang2 salah. Cikgu shida cuba menegakkan benang yang basah, masih riak, bongkak & cuba membetulkan sesuatu yang salah. Seorang cikgu.. Seorang pembimbing... Haruskah ia mengeluarkan kenyataan seperti diatas.. yang membawa maksud dia memakai tudung hanya untuk keselesaaannya sahaja bukan kerana dia seorang yang beragama Islam. Korang fikir la sendiri.. Aku nak tegur kang di sembur aku balik tapi sekurang2nya sejahil jahil aku ni tidak berani lak aku nak bagi kenyataan camtu. Dah la diri tak sempurna.. cuba lak mengundang kemarahan orang lain dengan keceluparan bila bercakap soal agama. Cikgu shida cakap dia miming & menari (terkinja - kinja) seorang diri bukan depan para jantan & lelaki tetapi bila di upload dan di paparkan secara terbuka di laman Youtube adakah dia seorang diri yang menyaksikan adegan - adegan itu berpuluh ribu kali sehingga jumlah paparan video aksi mimingnya itu mencecah berpuluh ribu??? Adakah dia yakin lelaki/ Jantan tidak melihat aksinya sedangkan ada yang sampai sanggup buat video khas(juga seorang lelaki) dan di upload kat youtube untuk menyokong cikgu shida?

Cikgu shida juga ada mengatakan dia menampar beberapa orang murid kerana tidak berdisiplin.. Cikgu pun nampak kurang disiplin & 3 suku jer kalau aku jadi student dia pun hilang rasa respek. Cikgu pejadahnya.. camtu. Dan cikgu shida juga mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak sukakan perhatian. Adakah benar??? Seseorang yang tidak sukakan perhatian membuat video miming sehingga mencetuskan kontroversi tidak sukakan perhatian?? Seseorang yang membuat video miming kemudian di muat turun ke youtube untuk menjadi paparan ramai tidak sukakan perhatian?? Seseorang yang memaparkan wajah sendiri di dalam video miming peliknya itu tidak sukakan perhatian??? Anda fikir sendiri la yer... Saya juga sukakan perhatian tapi tak sampai la nak buat lawak badut yang macam tu. Dan ini statement beliau untuk anda renungkan lagi samada beliau benar2 tidak sukakan perhatian atau beliau sebenarnya kesunyian & memerlukan perhatian rapi. Bukan apa takut2 gila pula cikgu shida ni..
.
Orang yang tidak sukakan perhatian menulis statement yang macam ni..
Dengan kenyataan beliau yang puas hati bila paparan video miming beliau mendapat sambutan ramai. Adakah itu di namakan tidak sukakan perhatian??? Apa yang aku nampak cikgu shida sekarang tengah mengelabah bila orang ramai mula mempertikaikan tindakkan beliau, dan laporan kepada KPM sudah di buat, menurutnya juga PPD pun dah datang soal siatannya cuma maybe cikgu shida taknak bagitau hal sebenar je apa yang berlaku ketika PPD datang menyiasat beliau. Sebab tu la kenyataan demi kenyataan yang di keluarkan demi menangkis kritikan demi kritikan yang menyerbu dia kedengaran agak bodoh & jahil lebih2 lagi dia seorang guru. Kewibawaannya pasti di pertikaian dengan kelakuan dia.. di tambah pula dengan statement2 dia tu.

Didalam usia yang macam tu sebagai manusia yang normal berstatus guru pula.. janggal bila kita melihat aksi miming yang macam tu kecuali orang yang tak normal. Aku ada baca kenyataan dia tentang kenapa dia tak nak kawen. Kata dia la.. sebab dia nak tinggal dengan mak dia, tak nak pindah, tak suka buat keja umah seperti memasak.. That's why dia tak kawen. Tak semestinya kawen tu akan memaksa dia melakukan benda yang dia tak suka. Bagi aku cuma alasan.. maybe sebab ada keanehan dari perangai dia kot orang takut nak dekat. Dan yang kita tak dapat menolak.. Jodoh adalah ketentuan Tuhan. Aku berdoa semoga Cikgu Shida ni di pertemukan jodoh dengan orang yang mampu mengkikis segala kesombongan dia & memulihkan kembali otaknya yang semakin mereng tu. Amin... (Di bawah di antara kenyataan2 yang agak jahil dari cikgu shida)
Kepada semua akal di beri untuk berfikir.. Fikirlah adakah yang menentang cikgu shida bersifat dengki semata mata atau memang perbuatan beliau harus di beri teguran.