CIKGU SHIDA DAH LUPA APA DIA PERNAH CAKAP DULU..

1/01/2011 03:14:00 AM suria lekatlekit 13 Comments

Seronok juga membaca catatan Cik Shida dari parit atau lebih di kenali sebagai cikgu shida yang makin popular dengan video miming sampai Dato Ct pun katanya dah jadi peminat beliau.. Op's dia kata Dato Ct suka video miming dia. Ikut statement yang betul la.. Okies, aku ikuti kontroversi ni dari awal juga la then kalau ada statement yang bercanggah aku dapat detect. Bila terbaca catatan terbaru dalam blog beliau buat aku tersenyum..  Sebabnya dia dah lupa dengan statement dia yang dulu. Meh kita tengok statement terkini dia..


Satu lagi sebab bila tengok fb akaun tak ramai yang add friend so bila tengok orang lain punya terutama adik punya rasa jealous pulak. Mula fikir macam mana nak tarik perhatian orang supaya boleh dapat ramai kawan.
niat dari hati yang ikhlas untuk menghiburkan diri sendiri dan orang lain disamping beberapa objektif yang boleh dikaitkan dengan tugas sebagai seorang guru, maka sehingga kini masih terus berkarya.Terbaru, KOSMO menyatakan hasrat untuk menemubual, TV3 menawarkan untuk menjadi tetamu dalam satu rancangan talk show pada 18hb Januari, penyanyi tersohor tanah air, Dato' Siti Nurhaliza menyatakan sukanya pada video miming CSDP... 

 Itu adalah statement terkini beliau la.. Apakata kita tengok statement yang dulu kala ketika dia baru2 di landa kontroversi sehingga menyebabkan dia mengeluarkan statement yang memakan diri.. (Statement2 lain korang boleh rujuk entri ni : Cikgu Shida). Aku cuma attached satu statement jer sebagai mengaitkan dengan statement yang terbaru ni

Dia kata dia tak sukakan perhatian.. Sekarang?? Lagipun orang yang tak suka perhatian takkan buat perkara yang macam tu, betu tak?? Mempertontonkan video miming untuk tontonan umum sehingga mencetuskan kontroversi.

Apa yang aku tengok cikgu shida ni dari dulu sampai sekarang bila mengeluarkan statement memang jenis tak fikir panjang. Tak matang seperti usia & statusnya seorang guru yang kita tahu berpendidikan. Dia main cakap jer apa dia nak cakap. Macam apa dia nak buat. Kalau macam ni gayanya.. Kalau dia jadi publick figure nanti.. Mari kita bayangkan bersama. Apa akan jadi?? Hope lepas ni cikgu shida berhati2 yer keluarkan statement setiap patah kata anda jadi perhatian. Nak jadi popular kena la tabah yer..

P/S : Tak sabar nak tahu ending story cikgu shida ni. Apakah dia akan jadi terkenal mengantikan Dato Ct sebagai artis No. 1 Malaysia then meninggalkan kerjaya seorang guru?? Apakah niatnya untuk membantu perkembangan pendidikan melalui video miming dia berjaya?? Tak nampak sangat sekarang untuk tujuan pendidikan dah.. Lebih kepada hiburan jer. Tepuk dada, tanya selera.

13 comments:

  1. rajinnya kak abby mengikuti pasal cikgu shida nih...DeQdEq dpt tau psl cikgu shida pun byk dr blog melekit nih...hehehe

    ReplyDelete
  2. biasa la tu.. manusia.. mesti dia dah lupa daratan tu... ahhaha

    ReplyDelete
  3. tak penah amik pusing pasal cikgu shida ni pun.. :P

    ReplyDelete
  4. deqdeq.. secara x sengaja memula terbekenalan.. bila dh mula ikuti jd best lak nak tau kesudahannya. Mula2 x amik pot sgt walau pelik tgk video miming dia tp bila baca statement2 dia.. Teruja nak ikuti sbb ada unsur2 bongkak

    Aku.. Tu la Ujian Tuhan pd dia

    Nyah.. My Idol apsal ko komen entri ni. Gi komen entri Idol 2010 tu.. kekekeke

    ReplyDelete
  5. nmpknya blog lekat lekit ni dah melekit dengan cikgu shida ke?



    Entri Terbaru :
    Blogger tanpa blogwalking = empty

    ReplyDelete
  6. hahhaha....tu la bila baca statement2 yg cikgu shida nih tulis...mmg dh nmpak sgt dah dia mula rasa bangga diri dan berlagak....

    ReplyDelete
  7. dah dah..stop la nak menyentuh dia... tegur dengan berhemah..tak payah nak buat provokasi segala bagai..nanti cerita pasti tak abis...

    senang cerita. alang2 benda ni dah ada kat YT dan dah ramai orang tengok, takperlu la nak tarik balik. Apa yang perlu kita buat. Nasihat saja dia elok2. Jangan pulak gi provoke dia lagi..

    sama ada dia nak ikut atau tidak nasihat kita...terpulang pada dia. Semoga dia sendiri mahu berubah...selamat !!

    salam ziarah tahun baru 2010...(^_^)

    ReplyDelete
  8. memalukan kerabat guru je kan..hmm

    ReplyDelete
  9. nak cabar diri la..boring la..x suka perhatian la..propaganda ja..pastu upload kt utube jgak..kalau camtu baek cikgu buat video pstu simpan kt komputer sndiri! tak payah nak upload kt utube la.. still boley tgok n memuaskan dri cikgu kan? kata nak ngisi masa boring n x suka prhatian..alasan cam bebudak..

    ReplyDelete
  10. sapa cikgu shida ni? =_______="
    serius tak pernah dengar. huhu.. *ketinggalan*

    Apa2 pun, para pengomen sekalian.. jangan mengumpat dia ya.. Taip macam2 yg mengaibkan.. Benda yg betul, tapi buruk dan dibual-bualkan, ertinya mengumpat la tu.. Berdosa..

    Doakan dia sedar kesilapan dia..

    ReplyDelete
  11. betul2x... x baik aibkan orang.. nanti tuhan bukak aib kita jugak kat akhirat nanti.. nak ke? hehe..

    ReplyDelete
  12. kesian tengok dia kena hentam, normal lah tu manusia cakap lain in the first place lepas tu cakap lain on the ____ place .

    manusia = pelupa

    ReplyDelete
  13. tak suka cikgu shida ni.makin lama makin teruk je video.dia guru patut ada disiplin.

    ReplyDelete

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com