AKHIRNYA PENYANYI SYAFINAZ KALAH DENGAN SITI NORDIANA DI PENTAS MENTOR 7

12/31/2018 10:30:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

AKHIRNYA PENYANYI SYAFINAZ KALAH DENGAN SITI NORDIANA DI PENTAS MENTOR 7. Sapa tengok semalam final mentor 7. Saya ni nak kata follow setiap minggu tak juga.. tapi masa ujibakat tu memang tengok. Yang selalu ter skip pertandingan setiap minggu. Bergantung pada siaran tv3 la.. Almaklum la bukan pelanggan esterok, njoi & sebagainya ni.. Siaran TV ni bukan semua dapat. So, tengok tv pun bergantung siaran mana clear je hahahhaa. Tapi semalam ok la boleh tengok TV3. Tertengok juga mentor final.



Persaingan tak berapa sengit bagi saya untuk mentor 7. Cuma yang nampak sengit sikit antara protege Aizat aitu Pasya dengan Protege Siti Nordiana, Zaaim je. Yang protege Hafiz , Azmirul & Protege Dato Syafinaz Ranisha tu.. memang nampak dari awal agak mustahil untuk jadi juara.

walaupun Dato Syafinaz ni guru vokal yang semua orang tahu powernya suara dia.. Tapi tetap kalah dengan mentor Siti Nordiana yang orang biasa labelkan penyanyi kampung bla.. bla.. Sebabnya Dato Syafinaz ni maybe dia terlalu mementingkan Identiti tapi dalam pertandingan nyanyian macam ni kita sedia maklum.. peserta yang mempunyai suara yang memang citarasa pendengar malaysia akan lebih menyerlah. tak di nafikan suara Zaaim & Pasya memang jenis market tempatan. Selain tu tak di nafikan mereka juga mempunyai kekuatan dari segi vokal. Lagu2 yang dorang bawa pun kebanyakkan ada kekuatan mengikut kemampuan vokal sendiri.

Untuk pertandingan macam mentor ni rasanya.. Mentor jangan bereksperimen sangat dengan protege mereka. Silap eksperimen memang berisiko untuk kalah. Just bagi lagu yang peserta tu sendiri mampu bawa & sesuai dengan vokal mereka. Bonus sebenarnya kalau dpat protege yang boleh membawa banyak genre lagu tapi Dato Syafinaz dari awal reject peserta ujibakat macam ni. Sebab dia memilih yang ada identiti sendiri. dari awal tengok protege Dato Syafinaz memang kurang menyerlah..

Pada pendapat saya.. dan mungkin di sebabkan perkara tu juga peluang untuk protege Dato Syafinaz menang untuk Mentor 7 ni dari awal nampak sangat tipis. Sebab kita boleh nampak berapa minggu yang protege Siti Nordiana memenangi peserta mingguan. Pasya pulak memang dari awal di lihat sebagai pesaing paling sengit Zaim sebab Pasha mempunya keunikkan suaranya yang tersendiri & selalu membawa lagu lagu yang memang dah menjadi kekuatan vokal dia. Kalau ikut peserta pilihan saya memang Pasya la.. Tapi memang dah dapat rasa Zaim yang akan menang melihat dari sokongan dia dapat setiap minggu.

Dalam pertandingan semua orang nak menang.. Dalam pertandingan macam ni yang memerlukan undian peminat kita tak boleh nak nafikan tetap perlukan peserta yang boleh memikat hati peminat. Kena tahu fenomena peminat suka apa.. lagu macam mana..& penyanyi yang macam mana. Kalau di pilih mengikut citarasa mentor.. Pepaham je la. Selera pendengar tu menguasi segalanya.

Apapapun tahniah juga buat semua protege yang berjaya ke Final. tak kira la dapat nombor berapa pun anda dah berjaya bertahan sehingga ke Final pun dah satu kejayaan ok.

Untuk keputusan Mentor 7 sesungguhnya eden takdo nyo nak pertikai apa apa. Keputusan tu nampak berpihak kepada yang sepatutnya & seperti yang di ramalkan.


Moral of the story.. jangan ingat Siti Nordiana label penyanyi Kampung tak boleh lawan guru Vokal ok! Dia dah buktikan boleh membawa protege dia hingga menjadi juara Mentor 7. Tahniah!

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW

12/28/2018 12:07:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

PANAS!!! INILAH PENIPUAN SEGELINTIR MUA BILA BUAT REVIEW. Tu dia satgi kena serang dengan MUA MUA kat malaysia ni tak tau la. Pepandai hang dok kata MUA MUA menipu buat review yer.. Hang tak serik serik lagi ka?

Nanti sat na... Jangan mengelebah bewa sangat. Baca dulu apa yang kami nak dedahkan ni. Kat tajuk tu tulis segelintir bermakna bukan semua. Konsep dia sapa makan cili dia terasa pedasnya. Saya tak tulis atau point mana2 individu. tak ada nama sesapa kan kat situ? Jadi kalau hangpa MUA yang tak buat benda2 yang bakal saya dedahkan ni.. please tak payah nak touching sangat ok! Kalau yang touching tu bermakna hangpa buat la yer.

Alkisahnya semalam tertengok video pendedahan yang di buat oleh Faiz Firdaus di account media sosial dia tentang penipuan segelintir MUA bila buat review. Faiz Firdaus ni antara individu yang selalu berkongsi tip.. Ada juga dia buat review produk2 makeup tapi review dia review yang jujur sebab kebanyakkan produk dia beli sendiri. So memang dia antara individu yang selalu kena kecam dengan geng2 ponder yang tak puas hati dengan review jujur dia.


Pendedahan yang dia buat bagi saya banyak info yang membantu kita orang perempuan ni yang suka makeup. Percayalah ramai antara kita yang pernah tertipu dengan perkara ni termasuk la saya sebab kita kurang knowledge & info. Takpa.. semua orang belajar dari kesilapan.

Kita sedia maklum MUA (Jurumekap/Andam/Make Up Artist) ni sekarang antara individu yang laris di cari oleh pengedar/penjual/founder produk kosmetik. Lebih lebih lagi yang popular di sosial media & yang rajin sangat buat live tutorial makeup di FB/IG atau mana2 medium sosial media. Sebab populariti mereka mampu memberi impak kepada jualan sesuatu produk.

Tapi yang tak bestnya.. Ada yang tak ada etika. Bermaksud tidak jujur bila buat review sesuatu produk. Itu yang Faiz Firdaus cuba bongkarkan supaya kita pengguna tidak tertipu & terpedaya dengan review review tidak jujur dari segelintir MUA ni. Sebab apa.. mereka cuma buat kerja apabila di bayar kan..

Jom kita tengok apa yang tidak benar dalam review sesuatu produk foundtion yang sering di lakukan oleh segelintir MUA tak bertanggungjawab ni. Saya tulis secara ringkas point point yang di sebut untuk kupasan & ulasan lanjut korang boleh tengok sendiri pada video yang saya link kan bersama yer.

1. Bila promot foundation yang tone cerah (kebanyakkan brand yang keluarkan cuma 1 warna foundation sahaja).. konon boleh cover semua cela cela di wajah.. nak sekata dengan tona kulit pakai bedak yang gelap sikit. Sebenarnya itu adalah menipu! Foundation kena pilih mengikut warna kulit. Tak jadi cantik pakai foundation yang lebih cerah dari kulit kemudian nak sekatakan dengan warna kulit asal pakai bedak code gelap sikit. Memang tepuk gomak la muka hangpa ok!

2. Foundation yang konon makin lama pakai Makin glowing. Tak ada foundation yang makin lama kita pakai makin glowing. Makin berpeluh makin glowing. Yang glowing tu mungkin muka kita dah berminyak ketika panas atau berpeluh.. jadi berkilat kilat.. Bukan effect kecantikkan dari foundation tu. Memang tak ada foundation yang ada fungsi membuatkan muka korang makin glowing semasa berpeluh. Yang ni pun menipu! Overclaim!!

3. Pakai moisturizer &  serum je muka jadi flawless bila makeup. Itu menipu! Tak ada fungsi moisturizer @ serum yang membuatkan make up jadi flawless. Dia ada step lain lagi yang memerlukan anda buat dalam makeup untuk memastikan makeup anda cantik & tahan lama bukan sekadar apply moisturizer @ serum saja.

4. Autone & mesra wuduk. Itu menipu.. tak ada foundation yang autotone sebab 1 warna foundation takkan mampu sesuai untuk semua jenis kulit. Maksudnya bila korang apply terus dia ikut warna kulit korang. Itu semua bohong belaka. Mesra wuduk pun pembohong jugak. Ada ke korang pakai foundation lepas tu pergi bilas dengan air terus tanggal foundation tu? Paling2 kena gosok2 juga tu pun majoriti memang tak betul2 bersih. So kat mana mesra wuduk. Mesra wuduk macam pakai bedak serbuk @ loose powder. Celup dalam air pun dah hilang kesan bedak tu. So jangan percaya kalau ada foundation cakap autone & mesra wuduk.

5. Foundation yang mempunyai SPF & tak perlu pakai sunblock lagi. Itu menipu.. sebab spf yang ada dalam foundation masih tak mampu melindungi kulit anda dari sinar UV. Tetap kena apply sunblock juga untuk protect kulit anda. Tak boleh guna hanya foundation sebagai sunblock. Kalau ada penjual kata guna foundation mereka tak perlu pakai sunblock lagi itu adalah menipu.


Boleh Tonton Video pendedahan dari Faiz Firdaus disini

Jadi kalau korang nak beli foundation & ada claim macam di atas tak kira claim tu di buat oleh founder/penjual atau review dari MUA.. tak payah fikir panjang. Memang fakta mereka tu tak betul & overclaim. tak ada foundation yang dapat berfungsi seperti yang di sebut. Tu semua taktik marketing nak melariskan produk je. Sebagai pengguna.. Kena bijak sikit. Selama ni hangpa dok pakai foundation so boleh nilai sendiri. Pernah ke jumpa kat drugstore foundation yang claim macam tu?

Moral of the story.. Jadilah pengguna bijak jangan jadi pengguna yang senang kena pijak. Anda mampu mengubahnya.

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

KECOH PASAL KFC & AYAM GUNTING UNCLE BOB

12/27/2018 12:04:00 PM suria lekatlekit 3 Comments

KECOH PASAL KFC & AYAM GUNTING UNCLE BOB. Sejak semalam penuh news feed kat facebook den dok cerita pasal KFC. ramai yang tak puas hati.. Terselit celah tu.. Terbaca juga isu Ayam Gunting Uncle Bob.. Pun sama jadi isu yang sedang hangat di perkatakan. Apa kes pulak ni kan.. isu ayam goreng salut tepung tetiba jadi berita hangat di social media. Bukan ke sekarang Ayam je paling murah nak makan kat Malaysia ni.. sebab makanan laut tak kira yang fresh atau yang di keringkan semua dah mahal. Bayangkan 3 ekor ikan kembong sama harga dengan setengah ekor ayam mentah. Tu ikut harga kat kedai runcit rumah den la..


Katanya Hidangan Ayam Goreng KFC & Ayam Gunting Uncle bob dah naik harga yang tahap melampau. Sampai ada yang kata harga dah jadi tak masuk akal. Dikatakan harga set ayam Snack Plate yang sebelum ini berharga RM12.30 naik kepada RM15.30 manakala Dinner Plate dari RM15.60 kepada RM19.60. Ayam Gunting Uncle Bob pulak di katakan dari harga RM5 dah naik ke RM7. Isi ayam makin kurang tepung makin tebal tapi harga makin nanti. Tu menurut dakwaan netizen di sosial media la. Den dah lama tak beli ayam Uncle Bob. KFC tu ada la last makan haritu tu pun husband beli bungkus bawa balik. Tapi jarang sangat nak makan KFC sekarang. Prefer Texas Chicken sekarang ni.. Entahlah saya lebih suka Texas chicken berbanding KFC. KFC ni cepat muak kalau makan..


Maka bagi satu musibah la rokyat malaysia bila harga Ayam goreng terutamanya KFC dah naik harga kan? Almaklum kita dari kecik biasa meraikan apa2 dengan makan KFC. KFC tu seolah olah membesar bersama kita kan? Sama la macam saya.. dulu kalau mak ayah dapat gaji mesti bawak balik KFC selain hari minggu mak akan bawa keluar pergi pekan, jalan jalan & tengok wayang. Weekend selalu arwah ayah tak ikut sebab kerja. Betapa KFC ni terpalit seribu satu kenangan dalam hidup ku katanya. Mau tak mengelabah bila harga hidangan ayam goreng KFC dah naik harga. kekekekeke

Tak cukup dengan isu KFC & Ayam Gunting Uncle bob.. isu kelapa malaysia katanya tak laku terbuang macam tu je sedangkan harga kelapa di pasaran tetap mahal. Yelah.. pelik kenapa kelapa tak laku sedangkan di pasaran memang harga masih mahal. Sebiji kelapa parut RM2.50 uolls.. Kalau tak laku mesti harga dia lagi murah kan? Kalau tak terjual.. turunkan la harga tu dari terbuang macam tu ye dak? Biar untung tak banyak asalkan tak rugi terus... Senang surirumah macam den nak masak. tak payah beli santan kotak kalau kelapa parut tu murah. Sebab harga sebiji kelapa parut sama harga dengan santan kotak Ayam brand 200ml. Yer betul la santan kotak tak fresh santanya.. Tapi sebab murah & banyak kalau nak jimat santan kotak la jadi pilihan.

Apapun barang keperluan memang akan sentiasa naik tak kira la kerajaan mana pun memerintah. Tapi hope harga barang di kawal & peniaga tak boleh sesuka hati la naikkan harga. Kalau dah tahap melampau sangat naiknya.. Kesian kami rokyat marhaen yang berpendapatan rendah ni. Kalau dah semua mahal.. gamaknya nganga depan kipas makan angin je kot. Tu pun nak kena bayar bil elektrik pun mahal juga.

Macam KFC & Ayam Uncle Bob tu adalah pilihan bukan keperluan.. Kalau mahal sangat jangan beli. Padan muka depa! Bila tak laku nanti depa turunkan harga balik baru kita beli. Tapi majoriti rokyat malaysia ni.. jenis bising jer.. Penuh juga KFC.. berbaris juga kat gerai Ayam Uncle Bob tu! Lepas beli viralkan kata mahal la.. tak berbaloi.. bla.. bla..

Moral of the story.. Isu kasut hitam mahal dah lenyap selepas isu harga KFC ni naik kan? kekekekeke

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND

12/26/2018 04:16:00 PM suria lekatlekit 5 Comments

PENGAKUAN & PENDEDAHAN PENGGUNA BEDAK HAPPY SKIN LOTION DARI THAILAND. Kalau sebut nama maybe ada yang tak berapa familiar.. sebab bedak ni legend kan? Zaman dulu memang popular di gunakan sebagai bedak. Dari tua sehingga sekecik kecik anak di tempeknya bedak happy ni. Salah satu sebab bedak ni murah, kalau dulu senang nak dapat & wangi. memang selain bedak dia secara tak langsung jadi perfume.


Tapi sekarang ni bedak ni maybe tak sepopular zaman 80an - 90an tapi masih ada pengeluaran sehingga kini. Nak di jadikan cerita saya secara tak sengaja terpandang Happy skin lotion atau lebih di kenali sebagai bedak happy ni kat Kedai Eco RM2 masa cuci mata & poket kat sana. Sebab terimbau kenangan dulu suka jadikan bedak ni foundation.. Saya pun beli la lepas check semua labeling dia. Memang cukup kriteria.

Bagi yang tak tahu Produk Happy Skin Lotion @ Bedak Happy ni di pasarkan secara sah di Malaysia. Bukan seludup yer sebab dia berdaftar dengan KKM & ada Nombor Notifikasi pada botol bedak tu. Selain berdaftar dengan KKM, ia juga di kilangkan di kilang bertaraf GMP yang semua sedia maklum GMP tu adalah amalan pengilangan baikso kebersihan semasa produk di proses & di bungkus tu terjamin. Selain tu ia juga ada certificate Thailand Trusted Qualiti juga.


Almaklum la Blogger kan.. Semua dia nak review even tak berbayar. Sesaja la buat posting review kat Facebook.. Tapi feedback & komen di terima.. Rupanya ramai masih menggunakan bedak happy ni. Kira amalan turun temurun. Dari kecik sampai la beranak pinak & bercucu pun still setia guna bedak Happy ni. Ada yang katanya tak amalkan skincare lain selain cleanser lepas tu tempek je bedak happy ni. Kulit pun tak ada apa apa masalah.

Setakat ni dok baca feedback pengguna yang masih guna bedak Happy ni semua positif & suka. Selain memudahkan aktiviti depa depan cermin. Ada orang sejenis tak suka sangat makeup bila nak keluar.. So bagi depa tenyeh bedak Happy ni pun dah ok. tak la muka sememeh & kosong je. Ada juga seri kat situ.


Saya pun baru je pakai balik sebab rasa selesa pakai kat rumah. Setakat nak turun pergi kedai tu.. sapu je bedak happy ni cukup. Tak kuasa lahai nak bermakeup sakan sangat padahal nak pergi kedai je hahahaha. Selain tu yer.. saya suka bau dia. Bau dia sangat klasik & bagi satu feel yang best sangat. tak sama tau macam bedak2 sekarang. Bau bedak happy ni ada bau dia yang tersendiri yang buat kita feel fresh & feel good gitu.


Happy skin lotion ni tak ada la claim boleh merawat jerawat atau masalah kulit pun.. Apa yang dia tulis pada produk sebagai water-base makeup yang berfungsi sebagai foundation. Juga boleh di gunakan sebagai pewangi badan sebab boleh di gunakan di bahagian badan & ketiak sebagai dedoran katanya. Selain tu rasa mint bila kita sapu kat kulit boleh memberi kesegaran.


Cara penggunaan produk ni..

➠Ada orang guna macam bedak sejuk. Goncang2 sehingga bedak tu sebati dengan air dalam botol tuang atas tapak tangan & tempek la kat muka.

➠Atau.. goncang sehingga air & bedak sebati & sapu seperti kita pakai bedak atau foundation. Sapu rata la. Kemudian nak makeup ke apa.. selepas apply Happy skin lotion ni.


Penggunaan berterusan kalau bersesuai dengan kulit anda mungkin boleh memberi kesan kecantikkan tapi bukan la seminggu dua.. sebulan dua.. Yang amalkan Happy skin lotion ni bertahun tahun ada berpuluh tahun dari muda sampai tua katanya. So, jangan expect bedak ni ada power merkuri yang mampu memberi kesan kulit anda licin, gebu, putih, mulus dalam masa 7 hari pulak yer. Syarikat pengeluar produk ni pun tak pernah claim produk mereka untuk semua tu.

Kat mana nak dapatkan Happy Skin Lotion.. Kat online pun ada jual. tak silap pernah nampak di jual di Shopee. Selain tu di pasaraya Mydin, 99 Speedmart, certain pasaraya atau pasar mini & Kedai Eco RM2. Pergi la cari la.. Jangan la tanya den.. den tak jual. Den tolong review je sebab lepas tengok feedback kat facebook masih ramai mengamalkan Happy Skin Lotion & memberi feedback positif so apa salahnya kita share kat blog.

Happy Skin Lotion @ Bedak Happy

5 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

DS NAJIB BUAT TROLL ISU KANDA DINDA ANTARA DR MUJAHID & YB NURUL IZZAH

12/26/2018 11:26:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

DS NAJIB BUAT TROLL ISU KANDA DINDA ANTARA DR MUJAHID & YB NURUL IZZAH. Sejak semalam jadi fenomena pulak sana sini orang dok troll pasal kekanda adinda ni. Saya ni kurang sikit ikuti perkembangan dunia politik walau ikut la juga. Tak la sampai tak tahu apa2 perkembangan. Cuma kadang2 orang lain dah tahu.. kita baru merangkak cari button search nak tahu apa kes? Tu bagusnya zaman IT ni.. Boleh google jer. Tapi masih ada maknosia yang pemalas nak cari info dengan button search. Asyik tunggu orang suap sampai ke otak je.

Maka tahu jugak la Isu kekanda Adinda yang tengah viral sekarang ni. Rupanya berkaitan satu warkah yang di beri tajuk "WARKAH DARI CARDOVA UNTUK NURUL IZZAH" yang di tulis oleh Dr Mujahid Yusof Rawa seorang  Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Hal Ehwal Agama)  akaun media sosialnya. Hangpa boleh baca la warkah dari Cardova kat screenshot di bawah ni nanti bagi yang masih terpinga pinga tak tahu jalan ceritanya..


Sebab bahasa ganti diri yang di gunakan tu ramai netizen rasa lucu, mual bagai.. Maka bertebaran la posting2 sindiran, troll, menganjing bagai. Yang best lagi Bekas perdana menteri Malaysia DS Najib Razak pun tak nak lepaskan peluang juga nak troll tu hahahahaha.

Amboi Dato Seri.. Sejak sejak jadi pembangkang ni kan. Skill troll orang kemain mantap yer. Bukan sekali DS Najib buat troll untuk menteri2 kerajaan sekarang. Kadanng2 DS Najib dah nampak macam cyber trooper politik pulak sekarang ni. Biasa la bila jadi pembangkang memang kena pandai troll kerajaan yang sedia ada. Tak kira mana2 parti fenomena tu biasa kita tengok dalam dunia politik.


Pasal penggunaan kata ganti diri Adinda & kekanda tu.. Alah apa salahnya mengangkat bahasa bahasa klasik zaman dulu kala. Eleh tu dalam persatuan apa ntah 3 line bagai pun sama juga. Ayahanda la.. kekanda la.. bonda la.. Ok je tak kena troll pun hahahahaha. Erkkk jangan marah yer abang2 kuat 3 line tu. Gurau je ok!

Apapun.. Zaman social media ni begitulah.. sweet sweet pun kena kecam. Kalau guna perkataan kesat macam aktivis menentang produk bahaya si Khairul Yoi tu.. dia babi kan je semua pengeluar produk beracun. overclaim & tak bertanggungjawab pun ramai sentap & mempertikaikan bahasa dia. Yang guna kanda dinda pun kena kecam jugak. hahahaha.

Moral of the story.. Apapun benda ni saya anggap macam hiburan dalam dunia politik je. Kalau asyik straight macam baca fakta dalam buku teks pun bosan juga kan hidup. Sesekali ada lawak lawak macam ni at least menceriakan hari hari ku katanya hehehehe

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

AZAB SANGAT KE BILA KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG @ HAMIL?

12/21/2018 10:20:00 AM suria lekatlekit 3 Comments

AZAB SANGAT KE BILA KENA MINUM AIR GULA SEMASA MENGANDUNG @ HAMIL? Saya selalu baca pengalaman ibu ibu mengandung yang kena minum air gula. Majoriti cerita mereka memang macam menakutkan sangat air gula tu. Apa yang di gambarkan rasa air gula yang pihak klinik suruh minum memang sangat sangat teruk yang bukan semua orang mampu & berjaya minum. Sampai ada yang marah2 bila di paksa juga minum.

Air Gula. Sumber Google

Sebelum saya mengupas kupis & kopek dengan rakus isu ni.. Meh sini saya kongsikan sedikit info apa tujuan minum air gula semasa mengandung ni? Adakah pihak klinik sengaja nak kenakan ibu ibu hamil? Amboi macam jahat sangat pulak kan tuduhan tu. Sebelum hangpa buat spekulasi bukan bukan sedang elok la saya bagi penjelesan dulu.

Tujuan Minum Air Gula atau Ujian MGGT (Modified Glucose Tolerance Test) kini wajib untuk ibu mengandung yang berisiko kencing manis & mengandung di usia 25 tahun keatas.

Siapa yang wajib minum air gula? 

➠wanita dalam kategori obese dimana BMI mereka lebih dari 30
➠wanita dengan sejarah diabetes gestasi
➠wanita yang pernah hamil bayi besar
➠wanita dengan keluarga yang mempunyai sejarah kencing manis
➠wanita berumur 25 ke atas
➠wanita yang pernah mengalami keguguran atau bayi meninggal dalam kandungan

Sebelum minum air gula ni para ibu di minta untuk berpuasa malam sebelum tarikh temujanji. Normally kena start puasa pukul 10 malam sehingga keesokkan harinya. Sehingga selesai sampel darah di ambil.

Darah pertama akan diambil iaitu fasting blood sugar, kemudian ibu mengandung akan diberi minum air gula pekat (75gm glukosa dan 250ml air). Air glukosa yang diberi oleh klink kerajaan biasanya tidak berperisa dan sedikit suam.

Azab sangat ke rasa air gula ni? Entahlah dia bergantung pada individu juga. Sesetengah klinik ada bagi air gula yang berperisa sesetengah tidak. Pengalaman saya sendiri yang kena minum air gula bukan sebab ada masalah apa2. Almaklum la umur I kan 25 tahun setengah (sila jangan percaya) so kena la minum air gula ni. Air gula yang saya minum ni tanpa sebarang perisa.

Rasa air gula pekat je.. Tak ada apa yang azab sangat. Alhamdulillah boleh minum senapas tanpa muntah, mual atau loya. Boleh bertahan tanpa bilas dengan air kosong sehingga sampel darah kedua di ambil. Tapi memang sebelum minum tu dok baca pengalaman orang lain minum air gula macam azab sangat. Allahu cuak jugak. Jenuh juga berzikir sebelum minum ni. Nak2 lagi terfikir lepas tu nak kena hadap 2 jarum suntikan yang memang menjadi fobia saya dari kecik kan.

Tapi Allah permudahkan.. Semuanya selesai dengan mudah. Kadang kadang yang buat benda tu jadi sukar adalah mentaliti kita yang terhasut dengan cerita cerita orang lain. Ada saya pernah baca siap marah nurse paksa juga minum even dia tak mampu nak telan air gula tu sebab muntah. Menyalahkan pihak kakitangan kesihatan yang seolah olah macam nak aniaya mereka dengan paksa juga minum air gula ni.

Depa pun tak ada kepentingan nak aniaya ibu ibu mengandung ni. Bukan dari arahan nurse pun. Ia untuk memastikan tahap kesihatan ibu yang sedang hamil. Tak ada sebab langsung lahai depa saja nak kenakan orang. Kat klinik gomen tu nak nak lagi kat department ibu & anak rasanya hari hari full pack. Jadahnya depa nak menambah kerja dengan buat benda yan bukan keperluan depa.

Tips saya masa nak minum air gula ni doa kepada Allah supaya mudahkan, Baca doa nabi yunus (sebab risau kan dok membayangkan benda tu macam susah sangat nak buat), baca bismilillah, tahan nafas & minum sekali teguk sahaja. Insya Allah.. Anda mampu melepasi fasa getir ni dengan mudah. kekekekeke.

Moral of the story.. Bila kena hadap benda2 yang menakutkan kita semasa hamil just fikir ia untuk kebaikkan anak yang kita kandung. Macam saya memang tak boleh hilang fobia dengan jarum suntikkan.. sebab tu selepas pregnant anak pertama 7 tahun lepas antara benda saya fikir nak mengandung lagi adalah sebab nak kena hadap jarum suntikan setiap kali check up. See.. betapa takutnya saya dengan jarum suntikan.. Tapi bila dah mengandung saya tetap pergi & hadap sebab fikir ada satu nyawa & anugerah terindah di dalam rahim saya ni. Seorang ibu ni akan jadi berani bila ia melibatkan anak. Percayalah.

3 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

MUHAMMAD SAJJAD ATAU LEBIH DI KENALI DENGAN NUR SAJAT DI DAKWA DI MAHKAMAH?

12/19/2018 11:48:00 AM suria lekatlekit 2 Comments

MUHAMMAD SAJJAD ATAU LEBIH DI KENALI DENGAN NUR SAJAT DI DAKWA DI MAHKAMAH? Sapa tak kenal dengan Sajat ni maybe bukan rokyat Malaysia la kot. Macam macam kontroversi yang pernah terpalit dari isu jantina, isu datang bulan & banyak lagi la isu isu remeh yang di perbesarkan di sosial media menjadi Ahli perniagaan & jutawan kosmetik ni sangat di kenali ramai.


Paling rokyat malaysia nak tahu adalah berkaitan jantina beliau.. Sebab sajat sering memberitahu pengikut & haters di laman media sosial beliau bahawa beliau adalah seorang perempuan. Malah dia macam macam cara dia buat untuk membuktikan dia adalah seorang wanita tulen termasuk berkongsi gambar darah haid di account media sosial beliau. Tapi hari ni terbaca laporan berita dari harian metro.. Sah la nama sebenar dia adalah Muhammad Sajjad Kamaruzzaman. Jantina tak pasti la sebab laporan berita cuma tulis nama sebenar dia jer. Tapi tak tau la ada perempuan nama bermula dengan Muhammad kan? Tapi tak mustahil sajat satu satunya 'Gugirl' yang namanya bermula dengan Muhammad.. (bersangka baik ok!)

AHLI perniagaan kontroversi, Nur Sajat, akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, hari ini. 
Berdasarkan notis yang ditampal di mahkamah, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman dijangka akan menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 41(6) Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014. 
Prosiding pendakwaan Nur Sajat akan dijalankan di hadapan Hakim Rofiah Mohamad dan dikendalikan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia selaku pihak pendakwa.
Kita lupakan isu jantina dia tu, Kita kembali kepada topik asal kenapa sajat di dakwa kat mahkamah. Takde la dia buat jenayah berat sangat pun. Biasa la orang kaya ni.. Cukai banyak nak kena bayar katanya. Ter skip satu dua cukai tu biasa la. Dato Vida pun pernah di hadap kemahkamah sebab tak bayar cukai GST dulu. Tapi kena denda pun depa mampu bayar. So pada peminat Nur Sajat @ Muhammad Sajjad ni jangan risau tau. Insya Allah idola anda baik baik saja tu.

Sumber Hmetro

walau bagaimana pun Sajat mengaku bersalah atas semua pertuduhan tu.

SHAH ALAM - Akibat gagal mengemukakan penyata cukai barang dan perkhidmatan (GST), ahli perniagaan kontroversi, Nur Sajat didenda RM2,700 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini. 
Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman mengaku bersalah atas tiga pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Rofiah Mohamad.
Rofiah turut memerintahkan tertuduh berusia 35 tahun itu dipenjara selama enam minggu sekiranya gagal membayar denda tersebut. - K! ONLINE

Jadi bagi yang selama ni terpinga tertanya nama sebenanya sajat.. Hope terjawab la. Saya tak buat kesimpulan apa apa yer. Saya cuma baru tahu nama sebenarnya beliau jer. Sedap namanya. Moga indah juga maksudnya. Tapi Muhammad tu kan nama Rasullullah.. Dah tentu baik maknanya.

Moral of the story.. Banyak betul misteri kat Malaysia ni kan?

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL

12/18/2018 10:00:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

RAKYAT MALAYSIA TUNTUT PEMBELAAN ATAS KEMATIAN ADIB ANGGOTA BOMBA YANG DI PUKUL SEMASA RUSUHAN DI KUIL. Jarang saya mengulas isu ni di facebook tapi memang saya sentiasa ikuti kes Muhammad Adib Mohd Kassim atau lebih mesra di panggil adib seorang anggota bomba yang tidak bersalah di pukul sehingga cedera parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman di Subang Jaya, November lalu. Selepas tiga minggu bertarung nyawa di ICU semalam.. lebih kurang pukul 9.41pm Adib menghembuskan nafas terakhir & meninggalkan kesan luka yang amat mendalam kepada rakyat malaysia terutama ahli keluarga, rakan sekerja & tunangnya.

Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim

Apapun terlebih dahulu saya ucapakan salam Takziah kepada seluruh ahli keluarga Adib, seluruh jabatan bomba & semua sanak saudara, rakan taulanda Allahyarham. Semoga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba hamba yang di kasihi. Dia berjihad untuk menjaga ketenteraman awam & terkorban dalam rusuhan tersebut. Innalillahiwainnalillahhirojiun..

Saya tak nak cakap isu kaum ke apa.. Tapi sejak semalam saya dok baca komen2 netizen yang mendesak pihak berkuasa memberi pembelaan sewayarnya kepada kematian adib & menuntut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator P. Waytha Moorthy untuk meletak jawatan. jelas terpancar kemarahan rakyat Malaysia tak kira apapun kaum atas apa yang berlaku.

Kes Adib kini dah menjadi kes bunuh.. Sebelum ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh mangsa. Kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan ekoran kecederaan yang dialami oleh anggota bomba Muhammad Adib di Seafield, Subang Jaya pada 27 Nov lalu, kini telah diklasifikasikan semula di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuhHope si pelaku menerima hukuman setimpalnya.

Adib yang sepatutnya melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya 22 disember ni.. Namun Apakan daya, Janji Allah itu pasti. Setiap yang hidup pasti akan mati. Kita merancang tapi Allah terlebih dahulu menulis perjalanan hidup & mati kita. Semoga Tunang Adib kuat & tabah hadapi ujian besar ni.


Apapun sebagai orang awam & rakyat Malaysia saya juga berharap hukuman berat keatas semua pesalah. Moga tiada hak istimewa di beri kepada pesalah pesalah yang memukul & menyebabkan kecederaan parah anggota keselamatan yang menjalankan tugas sehingga meninggal dunia akibat dari kecederaan yang di alami. Memang tengok muka seseko rasa macam nak tunjal tunjal kepala. Tapi sebab negara kita ada undang undang.. Biar undang undang menghukum mereka. Kalau kita hukum depa.. kita pulak kena tindakkan undang undang nanti.

Antara Suspek kes pukul anggota bomba semasa rusuhan di kuil.

Moral of the story.. Jangan kerana nila setitik kita menghukum sesuatu agama & bangsa tu. Sebab yang jahat ada sekumpulan perusuh dari satu kaum & agama bukan keseluruhan bangsa & penganut agama tersebut.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

TASBIH KAYU KE TASBIH MANIK KE TASBIH DIGITAL KE.. KALAU MALAS BERZIKIR PUN TAK GUNA

12/17/2018 06:26:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

TASBIH KAYU KE TASBIH MANIK KE TASBIH DIGITAL KE.. KALAU MALAS BERZIKIR PUN TAK GUNA. Tu dia tajuk entri pun dah sound orang katanya belum baca entrinya lagi. tak berubah ubah kan si lekatlekit ni.


Alah.. tu gimik je. Kalau tulis tajuk skema.. baca pun macam baca buku teks orang bukan nak baca sangat apa kita tulis ye tak. So tajuk entri ni kena la attractive untuk menarik minat orang membaca. Rasanya tak melampau sangat kot tajuk entri den ni kan?

Bukan terbaca satu kenyataan seorang penjual tasbih ni.. Hangpa baca la screenshot kat bawah ni. Malas pulak nak explain apa dia tulis..


Sejauh mana kenyataan dia mengatakan tasbih kayu tu lebih baik & memberi manafaat di padang Mahsyar serius saya tak tahu & saya sendiri tak pernah dengar. Ilmu agama saya terlalu cetek untuk mempertikai atau membenarkan apa yang dia katakan tu. Sesiapa yang ada rujukan sahih boleh share kat kotak komen.

Ni pendapat peribadi saya la.. Kita sedia maklum Islam tu mudah. Kau nak guna apapun sebagai alat mengira zikir kau bagi saya selagi menggunakan peralatan yang tidak bercanggah & tidak di benarkan oleh agama boleh je. Nak guna batang Aiskrim pun rasanya tak ada salah kat memana pun. Apatah lagi nak guna tasbih digital yang memudahkan pengiraan tu.

Diperbolehkan bagi seseorang yang berdzikir dengan tasbih digitalmaupun manual, dan ini tidak termasuk bid’ah dalam agama, karena penggunaan tasbih ini bukan menjadi tujuan ibadah akan tetapi sebagai wasilah (perantara) untuk sampai pada hitungan dzikir yang mudah dan tepat.
Saya pernah terbaca Nabi kita berzikir menggunakan ruas jari untuk mengelakkan riak. Orang tak nampak la sebab tak pegang apa2 benda yang berbentuk fizikal ketika berzikir. Sebab nak berzikir ni tak semestinya selepas solat atas sejadah je kan..

Jari-jari tangan merupakan alat untuk memudahkan menghitung jumlah dzikir. namun bukan berarti menggunakan selain jari tangan tidak boleh. Sebab ada sebuah hadis:
عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِى وَقَّاصٍ دَخَلَ مَعَ رَسُولِ اللهِ عَلَى امْرَأَةٍ وَبَيْنَ يَدَيْهَا نَوًى أَوْ حَصًى تُسَبِّحُ بِهِ فَقَالَ أُخْبِرُكِ بِمَا هُوَ أَيْسَرُ عَلَيْكِ مِنْ هَذَا أَوْ أَفْضَلُ فَقَالَ «سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى السَّمَاءِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ فِى الأَرْضِ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا خَلَقَ بَيْنَ ذَلِكَ وَسُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ مَا هُوَ خَالِقٌ وَاللهُ أَكْبَرُ مِثْلُ ذَلِكَ وَالْحَمْدُ لِلهِ مِثْلُ ذَلِكَ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ مِثْلُ ذَلِكَ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ مِثْلُ ذَلِكَ ». رواه ابو داود والنسائي والترمذي والطبراني فى الدعاء . (روضة المحدثين - ج 10 / ص 466) قال الحافظ ابن حجر : حسن ( نتائج الأفكار 77/1 )
“Diriwayatkan dari Sa’ad Abi Waqqash bahwa Rasulullah masuk ke (tempat) seorang wanita yang di depannya ada 4000 kerikil yang digunakannya untuk membaca Tasbih. Kemudian Rasulullah Saw mengajarkan bacaan Tasbih….” (HR Abu Dawud, Nasai, Turmudzi dan Tabrani)
 
Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata: “Sanadnya hasan” (Raudlatul Muhadditsin 10/466). Dan disahihkan oleh al-Hakim, al-Hafidz adz-Dzahabi dan al-Hafidz as-Suyuthi
Hadis ini diperkuat oleh Atsar Abu Hurairah:
عَنْ نُعَيْمِ بْنِ الْمُحَرَّرِ بْنِ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ جَدِّهِ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّهُ كَانَ لَهُ خَيْطٌ فِيْهِ أَلْفَا عُقْدَةٍ فَلاَ يَنَامُ حَتَّى يُسَبِّحَ بِهِ (حلية الأولياء لابي نعيم الحلية الاولياء - ج 1 / ص 383)
“Diriwayatkan bahwa Abu Hurairah memiliki tali yang terdiri dari 2000 ikatan (bundelan). Beliau tidak tidur sampai bertasbih dengannya” (Abu Nuaim, Hilyat al-Auliya’ 1/383)
 
Ibnu Sa’d meriwayatkan Atsar yang lain:
عَنْ حَكِيْمِ بْنِ الدَّيْلَمِي أَنَّ سَعْدًا كَانَ يُسَبِّحُ بِالْحَصَي (الطبقات الكبرى ج 3 / ص 143)
“Dari Hakim ad-Dailami bahwa Sa’d bin Abi Waqqash bertasbih dengan kerikil” (Thabaqat al-Kubra 3/143)
Sumber : http://www.muslimedianews.com/2014/10/hukum-berdzikir-menggunakan-tasbih-dan.html#ixzz5Zw1uJhmn

Saya memang guna tasbih digital macam dalam gambar tu. Sebelum ni saya guna ruas jari juga. Kalau kat luar tu tak la berangkut segala tasbih. Teringat nak berzikir guna je ruas jari. Allah ciptakan anggota badan kita ni.. tak ada satu pun sia sia. Semua mempunyai fungsi yang tersendiri.

Apapun kau guna tasbih kayu ke, tasbih manik ke, tasbih di gital ke kalau malas nak berzikir pun tak guna. Sekadar nak buat hiasan atau nak menunjuk nunjuk pun tak membawa apa apa makna. Jadi saya rasa tak jadi isu nak guna tasbih jenis apapun selagi niat kita untuk mencari keredhaan Allah & pahala untuk bekalan di akhirat nanti.

Moral of the story.. zikir ni memang banyak keajaiban kalau di amalkan. So rajinlah berzikir.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN

12/12/2018 11:17:00 AM suria lekatlekit 0 Comments

ANNONA VITAMIN C SERUM SALAH SATU LOCAL PRODUK YANG SELAMAT DI GUNAKAN. Allahu.. Lama rasa tak story mory pasal produk skincare ni kan. Maafkan saya penunggu blog.. Almaklum la macam macam kejadian berlaku so nak update blog pun on off jer. Dan rasa lama juga tak cerita pasal skincare ni kan? Ke memang dah tak pakai skincare apa2.. ambil wudhuk je katanya muka berseri macam ahli sorga? Dak aihh.. still masih guna skincare. Tak mau la membongak sangat.. air wudhuk je.


Sekarang lambakkan produk skincare di pasaran & banyak isu isu produk beracun ramai yang mula memandang serong kepada produk tempatan atau kita biasa sebut local produk. Almaklum la orang melayu ni kan.. kadang2 dia tak paham bahasa melayu. Dia paham istilah english je. Kesian kan local produk yang masih selamat di gunakan pun kena tempias juga sebab terlalu banyak local brand product yang beracun di pasaran. Kita tak boleh nak buat apa dengan sikap pukul rata dari sesetengah orang.. Mungkin trauma pernah menjadi mangsa local produk beracun ke sapa tahu. So dia memang serik untuk guna apa2 local produk.

Masih ada yang selamat di gunakan & kesan kecantikkan tu not bad yang tidak di pasarkan melalui drugstore contoh macam produk Anonna. Saya tak cuba 1 set produk Anonna tapi saya pernah cuba Vitamin C serum Anonna ni. walaupun produk tempatan yang selamat tapi kesan dia tak kurang hebat jugak. Pakai kat muka je la.. takde pakai kat tapak kaki ke kat mana.


Nak nampak kesan tu sekurang kurangnya 1 - 2 minggu tapi bukan la dari muka kau penuh tumbuh tumbuhan J tetiba selepas seminggu licin gebu macam lantai mar mar. Mustahil la.. Kalau muka korang breakouts teruk memang makan masa untuk pulih tapi kalau masalah jerawat sikit2.. kusam.. tona kulit tak sekata tu memang boleh nampak kesan 1 - 2 minggu.

Macam saya guna Vitamin C serum ni Selepas seminggu tu.. nampak sedikit cerah & muka nampak bersih & segar. Tapi kau jangan expect lepas seminggu tetiba kau bertukar jadi snow white putih berseri pulak. Cuma dia sekatakan tona kulit & membantu masalah kulit kusam tu sebab kulit kita nampak macam sedikit cerah. Kulit kusam tu sebenarnya buat nampak kulit kita kotor & gelap. Tapi memang serum ni dia tak mengubah warna kulit asal korang macam hangpa ambil produk beracun bermekuri tu. Dari arang terus jadi jadi salji. Mustahil sangat ok!

Kalau ada masalah macam jerawat pasir yang halus macam ruam tu.. bila kita pegang kulit rasa kasar.. Vitamin C serum ni pun membantu juga masalah tu. Cuma kena guna secara consistent la. Kalau pengalaman saya sendiri guna memang sesuai dengan saya & memberi kesan positif pada kulit saya. Sebab tu saya review. Saya dah try sendiri tenyeh kat muka saya so senang sikit nak cerita katanya. Sebab sebelum ni saya ada masalah kulit naik jerawat pasir macam ruam, kulit jadi kusam & pori terbuka. Memang Vitamin C serum ni membantu mengatasi masalah tu.

Testur serum ni jangan risau.. Tidak melekit. Cepat meresap bila di sapu pada kulit. So kita takde la rasa kulit berminyak atau berlengas. Memang rasa ringan sangat serum ni bila apply. Lagi satu tak ada sebarang bau.. Saya memang tak suka suka sangat pakai skincare yang ada bau bau perfume sebab saya tak suka bau wangi & kulit saya agak sensitif pada skincare yang ada perfume ni.

Vitamin C Serum dia memang pekat.. Tapi masih senang nak blend pada kulit la. Cuma ada la cara dia. Takde la sampai nak kena baca mentera semerah pada nak pakai.. Alah baca bismillah.. selawat macam biasa kita nak mulakan apa2 perkara pun dah ok! Tak payah la kau gigih nak asapkan atas kemenyan bagai jemah Ooi.. Apa kau fikir nak pasang susuk ke? Nak pakai serum je kot.

Vitamin C Serum ni diformulasikan daripada beberapa ekstrak tumbuhan yang digunakan di dalam dunia kecantikan seperti daun saxifrage, akar pokok peony,akar pokok skullcap dan buah delima

Selain tu untuk penggunaan yang consistent & berterusan dapat membantu untuk masalah

➠Parut
➠Pori Terbuka
➠Mengatasi masalah Jeragat


P/S : Jika anda mempunyai jerawat yang serius seperti jerawat bernanah & besar besar di nasihatkan rawat dulu jerawat sebelum menggunakan Vitamin C serum ni. Tidak di galakkan sangat menggunakan serum semasa jerawat masih aktif takut membiakkan lagi jerawat.

Cara penggunaan dia kalau nak jimat sebab serum ni pekat.. Seperti di bawah yer

⧭ Apply masa kulit lembab. Maknanya lepas cuci muka tu jangan lap kering biar lembab2 sikit kemudian sapu serum tu. So kita tak perlu guna banyak sangat & senang nak blend pada kulit. Alah kita nak apply apa2 skincare memang akan cuci muka dulu kan. So benda tu rutin biasa je tak ada la rumit sangat. Guna 2 kali sehari pagi & malam. Boleh apply sebelum makeup juga.

Bagi yang ada masalah seperti saya sangat rekemen untuk try Vitamin C serum ni. Tapi Please la kalau baru guna seminggu dua.. sebulan dua dah harap result kebabom.. Kulit licin macam telur di kupas selepas muka kau breakouts tahap nirrojim. Memang makan masa beb! Sebab tu apapun produk skincare kena di gunakan secara berterusan untuk mendapat hasil kulit yang sihat & cantik. kalau baca dari pengalaman mangsa produk beracun kebanyakkan mereka ambil masa bertahun untuk pulihkan balik muka yang rosak selepas bertukar kepada produk yang selamat. Sebab kesan racun yang dah meresap dalam kulit kita tu bukan mudah nak hilang ok! Sebab tu.. ada orang mengalami masalah jerawat sampai bertahun. Selagi ada racun tu dalam kulit selagi tu kulit kita akan terus bermasalah. Memang tak ada jalan singkat untuk memperbaiki kulit yang rosak. Itu hakikat. Kenyataan memang pahit!

Jadi elakkan la dari menggunakan produk produk yang berisiko & tidak selamat. Tip dia mudah.. produk yang memang dah ada reputasi buruk.. pernah kena banned dengan KKM.. atau mempunyai ciri2 produk beracun seperti warna warni.. warna yang terang.. berkilat.. testur krim yang berlengas bila pakai.. Tu semua ciri2 produk beracun yang banyak di jual di pasaran & banyak juga berdaftar dengan KKM. Sebab tu penting untuk kita tahu.. sebelum beli produk pastikan produk tu samada dah di R&D atau dah ada buat labtest untuk memastikan produk tersebut selamat & bebas bahan terlarang.

Produk Annona sememangnya tiada masalah dengan isu produk beracun ke apa.. Dah melalui ujian makmal & terbukti bebas dari mengandungi bahan terlarang yang merbahayakan kesihatan & keselamatan pengguna. Di proses di kilang yang berstatus GMP (Good Manufacturing Practice) dan IMP (Islamic Manufacturing Practice).


Produk Annona juga berdaftar secara sah dengan KKM & bernotifikasi. Boleh semak di website NPRA yer kalau was was.


Sebagai info tentang produk ni Vitamin C Serum diformulasikan oleh Pn. Ony Nurhusni, seorang ahli farmasi bertauliah yang sering di jemput memberikan 'talk' berkaitan bidang Cosmeceutical &  Nutraceutical Industries di pelbagai institusi dan universiti awam dan swasta.

Jangan lupa Produk Anonna juga ada membuat sale sempena tarikh 12.12 ni. Sapa nak dapatkan sedang elok beli sekarang. Harga promosi memang terbaik punya.


Nak dapatkan Vitamin C serum ni.. Boleh dapatkan dari pengedar sah Anonna..

☏Tel/Whatsapp ☛ 6019-4095526 
( www.wasap.my/60194095526 )
☻Instagram ☛ @lovely.skinz
✎FB Page ☛ The LovelyMe
✍Personal FB ☛ Nana Liyana

0 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN

12/08/2018 12:10:00 PM suria lekatlekit 1 Comments

JUAL JAMU JANGAN SAMPAI NAMPAK MACAM PELACUR CARI PELANGGAN. Allahu.. tak insof lagi ka lekatlekit ni dok melaser orang. Orang dah pesan kat hang jangan satgi kerana jari badan binasa baru padan muka katanya.

Yer yer.. sabar ye puan puan semua. Sebenarnya tajuk entri tu memang mengambarkan apa yang sedang berlaku sekarang. Habis tu nak tulis macam mana lagi kalau dah macam tu situasinya. Sekarang ni lambakkan produk di pasaran termasuk produk jamu ni buat Masing masing bersaing untuk memasarkan produk agar lebih kedepan. Yelah saingan sengit copywritting memainkan perasan sangat penting untuk membuatkan orang tertarik dengan iklan seterusnya membeli produk tersebut kan..

Dan sebab tu la berlaku.. copywritting yang agak melampau sehingga hilang 'kemaluan' yang di buat sesetengah pihak. Selain copywritting nama produk2 jamu sekarang pun tak kurang melucahnya. Janji attractive katanya. Lagi tak senonoh nama tu lagi cepat orang kenal produk tu ye dak??

Minggu ni viral beberapa posting dari seorang pengeluar produk jamu terkenal.. Sebab posting dia tu Allahu serius sangat memalukan & memualkan bagi sesapa jer yang membaca kecuali supporter dia la. Sampai ramai yang menegur di social media terutama aktivis dari golongan medical. Semua berunsur s3ksual & penceritaan dia tu pun Allahu memalukan sangat. Kita baca pun rasa malu.. Den nak share pun rasa tak tergamak pulak. Yelah yang menulis posting tu pun seorang perempuan kan..

Kenapa kalau jual produk jamu mesti melibatkan cerita atau testimoni dalam kain jer.. testimoni atas katil. Adakah fungsi jamu tu sendiri hanya untuk kepuasan nafsu batin manusia saja? Sedangkan dulu tok nenek moyang kita ciptakan ramuan jamu ni berfungsi untuk menjaga kesihatan badan supaya boleh melakukan rutin harian dengan baik sekaligus benda tu memberi kesan pada hubungan kelamin bagi pasangan yang dah berkahwin. Yelah.. benda ni semua melibatkan kesihatan.. Kalau kita jaga kesihatan dengan baik maka semua fungsi organ badan kita pun bekerja dengan baik la. Kalau setakat kau focus nak ketat tang poe* tu.. nak besar tang kot* tu je tapi risiko masalah kesihatan yang mungkin berlaku kepada bahagian organ yang lain pun tak guna. Jangan terlalu obses nak hebat di ranjang jer.. Alih2 terlantar atas katil ICU menunggu malaikat maut bagi salam.

Ayat ayat iklan melampau dari penjaja jamu ni.. Kadang kadang seolah olah macam merendahkan maruah diri sendiri. Seolah olah macam seorang pelacur di lorong sedang menjual diri dengan ayat ayat ghairah supaya ada pelanggan melanggannya. Jangan la merendahkan martabat kita hanya kerana nak melariskan jualan produk kita jual. Tak salah nak jual jamu asalkan produk tu di buktikan selamat  (dah melalui proses R&d) & berdaftar dengan KKM.. KKM sendiri pun ada keluar garis panduan apa yang boleh & tidak di iklankan pada produk termasuk produk ubat tradisional @ jamu ni. Bukan asal kau dah hantar KKM pun dapatkan kelulusan memasarkan produk kau boleh iklan ikut suka kepala lutut kau jer..

Untuk info lanjut apa yang boleh & tidak di iklankan untuk menjual produk jamu mengikut garis panduan KKM boleh rujuk pada entri ni :
KETAT FARAJ, BESAR PAYUDARA ANTARA YANG TIDAK BOLEH DI IKLANKAN UNTUK JUAL JAMU

Kebanyakkan seller/agent produk produk jamu ni tak tahu apa yang boleh depa iklankan & apa yang tak boleh. Sebab kadang2 copywritting semua dah di sediakan pihak Hq.. depa main copy & paste untuk tujuan iklan & menarik pembeli je. Esok kena tindakkan hangpa ingat tokei besaq tu nak peduli sangat. Dah banyak kali berlaku seller kecil kena ambush dengan KKM.. pihak pengeluar lepas tangan. So, sila protect diri anda wahai penjaja produk.

Berniaga ni salah satu aktiviti yang di galakkan dalam Islam... Nabi kita pun berniaga tapi apa yang kita niagakan & bagaimana cara kita berniaga menentukan samada baik atau buruk. Yer berniaga produk zaman sekarang ni kalau kau pandai buat marketing kau boleh jadi jutawan dalam masa 2 - 3 tahun je. Tapi jadilah peniaga beretika & jujur. Jangan hanya focus belajar marketing tapi langsung tak peduli apa yang kau jual & cara kau menjual tu.

Moral of the story.. sekadar berpesan sesama kita sebab kita ni manusia ada sisi baik & buruk. Sama macam saya.. Di samping saya berpesan pesan pada orang lain, orang lain juga berpesan pesan kepada saya. tak salah kan?

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH?

12/05/2018 11:20:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PENDEDAHAN! BENARKAH PIHAK KKM TERAMBIL SAMPEL PRODUK TIRUAN BERACUN SEHINGGA SESUATU PRODUK DI FITNAH? Antara isu yang masih jadi hangat hangit & hangus apabila sesuatu produk di laporkan mengandungi bahan terlarang seperti racun berjadual yang banyak di kesan di campurpalsu dari produk kosmetik jenama tempatan. Selalu alasan ni di gunakan oleh ramai golongan yang kononya 'Ponder' produk bila produk di bawah jenama mereka kantoi di lab KKM.

Gambar sekadar hiasan. Sumber Google

Ramai masih percaya bahawa tidak mustahil berlaku KKM mengambil sampel dari fake product @ produk tiruan untu di analisa sehingga menyebabkan produk tersebut di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hidrokinon & tretinion sebab depa percaya produk orginal beli direct HQ kononnya selamat & bebas bahan terlarang yang merbahaya & merosakkan kulit. Bagus tau pengguna kat Malaysia ni.. Hati sangat bersih sentiasa berbaik sangka even kena tipu hidup hidup pun. Memang pengguna bawah lindungan kaabah ni. Sila bagi tepukan gemuruh buat mereka.

Ramai yang tak tahu sebelum laporan media di keluarkan boleh KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) bila mengesan sesuatu jenama produk mengandungi bahan terlarang/beracun/merbahaya.. Depa bukan simply pi beli sampel produk dari satu kedai/booth lepas tu hantar lab & buat analisa. Dari nak ambil sampel sehingga laporan di keluarkan KKM ada SOP mereka sendiri bagi memastikan mereka tidak tersilap mengeluarkan laporan terhadap sesuatu produk.

➠Bila membuat aktiviti surveillance berdasarkan potensi risiko dan/atau apabila terdapatnya aduan daripada pengguna atau pihak berkuasa negara ASEAN bawah kualiti kosmetik Pemegang notifikasi (Founder/Pengeluar produk) dimaklumkan untuk penghantaran sample.

➠Jika pihak pemegang Notifikasi (NOT KKM) tidak menghantar sampel (sebab ada founder/pengeluar) walau di maklumkan untuk menghantar sampel produk tidak mengendahkan barulah penguatkuasa KKM memulakan risikan untuk persediaan membuat pembelian produk di pasaran daripada pihak pengedar yang sah, premis berlesen & mudah di akses oleh pengguna.

* Kalau betul produk mereka tak ada masalah.. Rasanya masa pihak KKM minta sampel tak ada masalah kan depa nak bagi. Lagi senang direct dari pihak mereka tak ada isu kkm buat labtest pada produk tiruan. Tapi kenapa ada yang tak bagi bila pihak KKM minta sampel sampai pihak penguatkuasa KKM perlu buat risikan & beli sendiri produk tersebut di pasaran? Ni soalan bukan tuduhan ok.. So tepuk dada tanya selera.

➠Selepas dapat sampel produk.. Sampel di hantar untuk di analisa. 

➠Selepas di buat analisa dari pakar pakar KKM & keputusan di perolehi Pihak NPRA (KKM) Akan keluarkan satu surat arahan pembatalan Notifikasi (NOT KKM) jika di kesan mengandungi racun berjadual & mengarahkan pemegang Notifikasi menarik balik produk produk tersebut di pasaran & melupuskan produk tersebut secara sah.

➠Kenyataan akhbar akan di keluarkan untuk memberitahu kepada orang awam & pengguna supaya berhenti menggunakan produk kosmetik tersebut kerana telah di kesan mengandungi racun berjadual.

➠Pemegang Notifikasi (Founder/Pengeluar) Boleh membuat rayuan kepada pihak KKM dalam masa 14 hari tapi kalau dah tak buat tu hangpa pepaham je la. Tak guna nak buat rayuan kalau memang betul produk tu mengandungi bahan terlarang.. ye dak?? Sebab memang kebanyakkan pemegang Notifikasi tak buat rayuan pun walau mereka sedia maklum akan perkara tersebut.

Sepertimana tertakluk dalam Peraturan 18, Peraturan–Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR1984), pemegang notifikasi boleh membuat rayuan secara bertulis melalui surat rasmi kepada Menteri Kesihatan dalam tempoh masa 14 hari dari tarikh surat tindakan regulatori yang dikeluarkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi. Surat rasmi rayuan yang dikemukakan selepas tempoh tersebut, tidak akan dipertimbangkan. Rayuan hanya boleh dilakukan oleh pihak pemegang NOT sahaja.

Betul ke KKM ambil sampel dari produk tiruan untuk buat analisa di makmal sehingga menyebabkan jenama produk tu di fitnah beracun? Yelah selalu je 'Ponder/Seller/Agent' cakap KKM ambil sampel fake produk menyebabkan reputasi produk mereka terjejas. Kalau beli kat HQ & pengedar yang sah tak beracun katanya.. Tapi betul ke dakwaan tu??

Jawapan tidak. KKM tidak mengambil sampel produk tiruan untuk di analisa di makmal KKM. Ini adalah kerana justifikasi seperti di bawah:

1. Sekiranya Tiada pertikaian atau rayuan dikemukakan oleh wakil syarikat berkenaan dengan isu “produk tiruan” apabila surat arahan pembatalan notifikasi dan panggilbalik produk dari pasaran dihantar dari NPRA kepada syarikat maka tiada isu sampel di ambil adalah dari produk tiruan. Pihak syarikat juga telah diberi tempoh masa satu bulan untuk mengemukakan laporan panggilbalik dan laporan punca masalah yang dikenalpasti menyebabkan kegagalan ujian serta tindakan-tindakan yang akan diimplementasikan untuk meningkatkan mutu produk (CAPA). 

Tambahan pula, Sekiranya laporan CAPA yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi produk kepada NPRA adalah disebabkan oleh terlepas pandang dalam hal ini dan masalah pencemaran produk adalah berpunca dari kecuaian pihak kilang.. So tiada isu sampel yang di analisa adalah dari produk tiruan.

2. Bila Keputusan ujian Makmal NPRA, KKM Malaysia adalah sejajar atau konsisten dengan keputusan ujian makmal Negara ASEAN lain seperti Brunei dan Singapore adalah sangat mustahil sampel produk tersebut adalah dari produk tiruan.

*Kalau produk tu dah kena banned di brunei, singapore & Indonesia.. Pepaham je la pandir. Takkan seumur hidup kau nak jadi bendul percaya pada golongan yang fikir untung je. Dia nak jual produk dia.. Of course la dia menafikan produk dia bahaya even bukti dah jelas nyata.

Yang perlu anda tahu pendaftaran notifikasi NOT bukanlah satu bentuk pengesahan bahawa produk tersebut adalah selamat digunakan. Jadi apa nak pelik produk kosmetik yang berdaftar dengan KKM pun di kesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri.

Sistem notifikasi kosmetik di Malaysia telah dilaksanakan sejak 1 Januari 2008. Ini adalah selaras dengan sistem harmonisasi regulasi kosmetik yang telah diamalkan oleh semua negara ASEAN, begitu juga negara-negara Eropah. Walaubagaimanapun, kawalan produk kosmetik melalui sistem notifikasi adalah berbeza berbanding kawalan terhadap produk-produk farmaseutikal, di mana produk farmaseutikal perlu berdaftar dengan NPRA dan akan dinilai dengan lebih terperinci serta perlu mendapat kelulusan KKM sebelum boleh dipasarkan. 
Dengan itu, Nota Notifikasi bukan bukti yang menunjukkan produk kosmetik tersebut telah mendapat kelulusan KKM kerana kawalan kosmetik di Malaysia adalah kawalan kendiri (self-regulation) di mana pemegang notifikasi telah membuat deklarasi mengenai nama produk, senarai bahan ingredient, pengilang dan lain-lain maklumat dan notifikasi akan diproses berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pemegang notifikasi. Tambahan pula, tiada pengujian makmal dijalankan oleh NPRA sebelum produk kosmetik dinotifikasikan. Dengan itu, pemegang notifikasi adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk memastikan keselamatan dan kualiti produk kosmetik bagi menjamin kepentingan pengguna.

Senang faham NOT KKM tu di perolehi bila pengeluar/founder mengistiharkan kepada KKM bahawa produk mereka selamat semasa memohon NOT bukan KKM yang bagi kelulusan apa apa & KKM tak menganalisa produk tersebut di makmal sebelum memberi Notifikasi. Kalau depa tak jujur declare bahan terkandung dalam produk depa tu yang berlakunya kemudaratan kepada pengguna.

Harap dengan info ni pengguna terutama penggemar produk kosmetik ni mendapat manafaat. Please bila KKM isytiharkan sesuatu produk tu beracun tak perlu percaya cakap golongan yang tidak bertauliah atau ada kepakaran dalam bidang tersebut. Kita sedia maklum budak 16 tahun sekarang pun dah ada produk kosmetik di bawah jenama sendiri.. Tanpa ada knowledge jauh sekali base tentang produk kecantikan ni. Sekarang modal untuk mempunyai produk jenama sendiri bukanlah terlalu mahal dengan lambakkan kilang OEM. Apa yang saya tahu sesetengah kilang yang mengeluarkan produk jenama sendiri ni.. Produk2 mereka ada gred.. Yang murah semestinya gred paling rendah kualiti tapi kalau korang pandai buat marketing memang 'mokcik pokcik kayo' la. Produk2 gred rendah macam ni selalunya bersiko. So berhati hati la. 

Moral of the story.. Nak selamat elakkan guna produk yang tidak ada R&D, dermatologi test & tiada bukti dah melalui ujian makmal (Labtest) untuk membuktikan produk mereka bebas bahan terlarang. Produk yang ada bad reputation (reputasi buruk) terutama yang pernah di banned KKM atau mana2 negara asean lain pun better elakkan. Please berhenti percaya KKM ambil sampel fake product (produk tiruan) kerana perkara tu adalah sesuatu yang mustahil sangat. 

P/S : Untuk menyemak produk produk kosmetik yang dah di batalkan notifikasi (NOT KKM) selepas di kesan mengandung racun berjadual boleh semak kat ➦ Pembatalan Notifikasi Produk Kosmetik (NPRA)

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA?

12/04/2018 12:52:00 PM suria lekatlekit 2 Comments

SAMPAI BILA PENGGUNA PRODUK KOSMETIK HARUS DI TIPU & DI ANIAYA? Isu pasal produk kosmetik/kecantikkan yang di campurpalsu dengan bahan terlarang seperti merkuri, hidrokinon, tretinion bukan lagi isu baru. Rasanya dah bertahun isu ni menjadi isu hangat tapi seolah olah tiada solusi untuk membentaras atau mengurangkan populasi pengeluar produk yang tidak bertanggungjawab macam ni.


Biarpun Bahagian penguatkuasa KKM melakukan rampas & membuat laporan media jika sesuatu produk di kesan mempunya racun berjadual atau bahan merbahaya tapi nampak semakin hari semakin bertambah pulak produk produk beracun di pasaran. Ada yang berdaftar dengan KKM & ada yang tidak berdaftar. Ada jenama produk yang berkali kali di tarik balik Notifikasi (NOT KKM) tetap masih menjual produk beracun. Taktik mereka kebanyakkan sama.. Bila produk di rampas & di tarik balik NOT KKM.. tukar nama item pada produk, tukar packaging & apply balik NOT KKM.. lepas tu jual balik. Claim sebagai produk baru & formulasi baru. Settle. Kena lagi.. buat lagi perkara yang sama. Sebab apa? Sebab mereka berduit. Denda yang pihak KKM kenakan tidak membebankan pihak pengeluar. Mereka boleh bayar & terus jual produk beracun tanpa rasa berdosa jauh sekali rasa bersalah. Sebab produk produk macam ni selalunya sentiasa ada permintaan. Yelah manusia ni memang sukakan kecantikkan lebih lebih kalau ada produk tu mampu memberi kesan cantik dalam masa yang singkat.. bersusun orang minta PM di iklan produk tu.


Ni pendapat saya sebagai orang awam/netizen/pengguna/rakyat marhen.. Hukuman & denda yang di kenakan pada pengeluar & pengasas produk beracun ni memang tak setimpal. Serius tak setimpal langsung sebab tak mampu membuatkan mereka serik atau insaf pun. Tak mampu mengurangkan populasi pengeluar produk beracun. Rasanya kena gubal semula undang undang supaya denda boleh di naikkan sehingga RM1juta atau lebih banyak lagi. Ia melibatkan keselamatan & kesihatan pengguna. Ia perkara serius. Itu pendapat saya la..


Pengguna ni selagi boleh di jual selagi di jual mereka akan percaya pada penjual/pengasas/pengeluar. Seolah olah KKM tiada kredibiliti dalam isu berkaitan bila mereka lebih percaya dengan pengasas produk yang kebanyakkan menggunakan alasan produk mereka di sabotaj, di fake (tiruan) & sampel produk yang di ambil dah tercemar bla.. bla..  Sedangkan KKM yang sememangnya mempunyai kakitangan di kalangan mereka2 yang berkelayakan untuk melakukan tugas mereka sebelum sesuatu produk di umumkan beracun. Tapi mentaliti pengguna.. masih percaya kepada orang yang bukan pakar dalam sesuatu bidang tersebut sebab tu masih ramai yang tertipu.

Pakar Farmakologi dan Toksilogi, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Ahmad Rohi A Ghazali, berkata krim kulit beracun dikenali melalui warnanya kelihatan bersinar, terang atau kusam serta berbau.“Apabila disapu pada kulit, pengguna mengalami kesan panas terbakar.“Sel lapisan kulit paling atas atau luar rosak kesan terhakis, menjadikan kulit licin seakan telur rebus dikupas.

Saya juga pernah melalui pengalaman kulit breakouts sebab produk beracun.. Buat review dulu pun saya just refer pada pendaftaran KKM yang waktu saya pun macam orang lain rasa nombor pendaftaran (NOT KKM) tu adalah bukti produk tu selamat di gunakan sedang NOT KKM bukan kelulusan atau jaminan. Ia cuma pendaftaran untuk memasarkan produk sahaja. Sebab permohonan NOT KKM tidak melalui ujian makmal.. Pihak pengeluar yang perlu notify (istytihar) pada KKM yang produk mereka selamat & bebas dari bahan terlarang melalui dokumentasi sahaja untuk mendapatkan nombor NOT KKM. Sebab tu kita boleh tengok banyak produk bernotifikasi (NOT KKM) yang di tarik balik selepas kkm membuat rampasan & labtest terhadap sampel produk. Boleh rujuk di website NPRA produk produk yang di tarik balik NOT & di haramkan di jual ➥ Senarai Produk Kosmetik Beracun (NPRA)

Moral of the story.. Seorang founder sebelum memasarkan produk ia akan memastikan formula & bahan di dalam produk dia selamat di gunakan, berkualiti & berkesan. Tapi kalau yang acah acah ponder.. dia cuma mantapkan ilmu marketing, cari kilang OEM atau cari stok untuk buat produk jenama sendiri.. kemudian jual je. Jadilah pengguna bijak.. Sayangi diri anda. Cantik bukan berapa putih kulit anda tapi bergantung sejauh mana sihatnya kulit anda. Kulit yang sihat tak semestinya putih gebu sampai nampak urat hijau, berkilat macam cermin atau putih macam kain kafan. So ubah mentaliti anda.. Putih itu cantik. Sebenarnya sihat itu cantik.

Sumber berita : BH online

2 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA

12/03/2018 11:42:00 AM suria lekatlekit 1 Comments

PRODUK TERKENAL DARI MALAYSIA ANTARA 113 PRODUK KOSMETIK DI KESAN BERACUN OLEH BPOM INDONESIA. Kembali memeriah karipapusing blog melekit dengan pendedahan produk produk beracun. Kali ni nak share 113 Produk kosmetik beracun yang baru baru ni kena banned di Indonesia Oleh Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM). Ia termasuk produk produk terkenal dari Malaysia.

Produk produk tempatan ni kebanyakkan memang kat Malaysia, Brunei & singapore memang dah kena banned.. So tak pelik Indonesia pun banned jugak. Kalau ada masih yang menggunakan mohon berhenti la. Bukan apa mungkin kesan kemudaratan tu tak nampak di masa sekarang.. Tapi di masa akan datang.


Dari Posting Public Health Malaysia di Laman Facebook mereka

Produk Jenama Terkenal Antara 113 Produk Kosmetik Disahkan Mengandungi BAHAN BERBAHAYA

Fast Fact

➧ Badan Pengawas Obat & Makanan (BPOM) Indonesia telah mengeluarkan senarai produk yang telah dikesan mengandungi racun
➧ Produk kosmestik tersebut telah dikesan mengandungi RACUN seperti hydroquinone, tretinion, merkuri dan lain-lain.
➧ Peniaga di minta menghentikan jualan produk.
➧ Pengguna di sarankan untuk menghentikan penggunaan.
➧ Dapatkan pemeriksaan lanjut.

PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUAL DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

HYDROQUINONE
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit, merawat masalah jeragat dan kulit tidak sekata.

- Penggunaan hydroquinone tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

- Kesan dari penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

TRETINION
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

- Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

MERKURI
- Produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri lazimnya dipasarkan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan anti penuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan dan boleh memudaratkan kesihatan.

- Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

- Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

- Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut.

- Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INI

Penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM

Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers. Selain itu pastikan juga menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik sebelum membeli atau menggunakkannya. Korang boleh semak semua 113 produk yang di kesan beracun pada gambar di bawah..














Untuk mengikuti info info kesihatan sila follow Public Health Malaysia

Moral Of the story.. Cantik itu bukan putih gebu macam kapas, kulit licin berkilat macam cermin atau putih sampai nampak urat hijau. Cantik itu apabila anda memiliki kulit yang sihat & bebas dari sebarang penyakit bahaya. Tak kisah la apapun warna kulit anda.

1 Komen Melekat:

KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini

BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT

Blog lekatlekit.com menerima sebarang kolabrasi untuk review produk atau servis. Syarat sangat mudah

* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.

Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017

Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com