GADUH
2/10/2010 12:30:00 AM suria lekatlekit 0 Comments
Let's ke segmen mengumpat sambil belajar.. Murid - murid amik tempat masing2 yer.. (kekdah konsep cikgu2 lak ni?!!)
Dari awal sales2 advisor tu join.. macam2 masalah aku tengok. Ya.. betul! Gaduh.. ada je benda dorang nak gaduhkan. Tapi jenis set2 mengata belakang ni takde la sampai tarik2 rambut or guling2 atas lantai. Tapi memang merimaskan sebab telinga aku ni tumpang la terdengar umpatan2 dorang. Yang best kat ofis dah macam kaunter mengumpat. Segala mak nenek dorang cerita. Yang best tu.. tak kira pendakwaraya or yang di dakwa masing2 datang kat ofis buat port mengumpat.
Op's jangan silap.. aku tak campur or jarang2 skali nak menyampuk hal gaduh makcik2 tu.. Sebab dorang menjadikan ofic tempat mengumpat, so secara tak langsung aku dengar la setiap gosip bila dorang mulakan sesi bergosip.
Kadang2 aku pelik.. Yelah mula2 aku tengok rapat kemain. Macam kalau boleh laki pun dorang nak kongsi. Kalau berkumpul tu kemain gurau senda sampai bos dok tercegat kat belakang pun tak sedar. Bila sebab hal kecik jer.. Bagai nak rak mengata sesama sendiri. Si tepung talam 2 wajah time tu la main peranan sebagai insan mulia kononnya.
Bukan la nak menjatuhkan kaum sendiri tapi itulah hakikat.. Bekerja dikalangan ramai staff perempuan ni takde lain isu gaduh mesti timbul berbanding dengan staff lelaki walau dorang pun tak terkecuali penyumbang pada masalah tapi bukan la isu macam pompuan. At Least takde la rimas sangat aku asyik dengar gosip jer.. Bukan la aku tak bergosip tapi takde la dalam kumpulan camtu. Ada la orang yang aku rasa bleh jadi partner gosip aku & pastikan isu yang berbangkit tak berjangkit ke telinga orang yang tak sepatutnya sampai jadi huru hara.
Macam kat blog ni.. Banyak isu mengumpat kat sini tapi aku pastikan tiada nama sesapa yang aku tulis. Just berkongsi cerita & pandangan jer.. Takpe kan Uolls. So, pada akak2 tu udah2 le tu yer. Khoje la kome bebaik.. Hal remeh temeh tu kome campak je dalam mangkuk tandas pastu pam.. bior indah water jer settle kan. Gaduh2 pun tak kemana.. pi mai pi mai.. masing2 dok tengok muka masing2 gak nanti.
Okies la Uolls.. dah kontot jari aku dok menaip umpatan ni.. Dosa dah tentu, Untungnya tak tau lagi. Yang nak membongkang sila la terbongkang yer.. Nite Uolls.. Have a nice dream.
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
JEJAK KAWAN DI FB
2/07/2010 05:29:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Stop.. Apa lak cita sal demam kan??? Nak kompang satu m'sia ke demam walhal demam lite2 ajork.. Tak yah susah nak sedekahkan aku Al-Fatihah or bacakan Yassin. Blom nak mati lagi la.
Back to cerita ceriti.. Baru2 ni aku dapat add beberapa kawan lama masa skolah kat FB. Tak sangka FB ni memang berkesan untuk jejak kasih yer.. Zaman IT serba laju ni apapun bleh cari. Majoriti semua dah kawen.. dah jadi mak bapak budak. Aku?? Alahai.. dok pelok bantal lagi. Apapun jodoh tu Tuhan yang tentukan. Lambat dengan cepat yer.. So, terus la membuat perancangan yer... I'm single but not available at this moment. Ada perancangan kearah tu tapi tunggu jer.. Insyaallah.
Awat kawan2 cheq semua cakap muka cheq dah lain sangat ni?? Depa hampir tak kenai cheq lak.. angin kl ka mengubah muka comot cheq ni?? Maybe la kot.. Almaklum la kalau nak banding zaman skolah ngan zaman balusia ni (Baby Lanjut Usia), memang la lain. Apapun kawan2 cheq kebanyakkan cheq tengok buleh kenai lagi la.. Tak dak la ketara sangat berubah. Cuma yang ramping dulu, dah chubby skit. Almaklum la.. Dah bergelar mak bapak.. ye tak??
Mungkin Aku blom lagi menapak ke pelamin.. so, nampak la muda skit berbanding dorang kot. Muda ker?? Dah kedut sana sini lagi nak buat fakta ala2 tak sedar diri, kan??
Apapun.. den sangat suko dapat contact dengan kawan2 lama. Balik kedah sok kita buat reunion tau!! Huhuhu.. Apapun aku doakan kat hangpa semua moga panjang umoq, murah rezeki & bahagia dengan pasangan masing2 sampai akhir hayat. Hangpa pun jangan lupa doakan aku ikut jejak hangpa gak ke menara pelamin gitiew..
Sambung rehat sat noh..
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
MY WEEKEND STORY
2/01/2010 12:24:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Let's to cerita ceriti weekend I.. Makcik2 sila amik tempat yer.. dok mencangkung pun biar sebaris tau!
Sabtu malam.. We Uolls (berdua macam slalu la) gi melangut teater free kat taman budaya. Gelangang Tok Wali tajuknya.. Cerita ni kategori boleh nganga jer.. Nak kata best sangat tu takde la. Lagipun sampai lewat dapat seat hujung kampung. Suara pelakon pun dengar tenggelam timbul.. Tak pakai mic ke hapa tak pasti lak.. Yang pasti panggung teater Taman Budaya tu banyak nyamuk Uolls.. Mula2 ingat alergik makan seafood sebab sebelum pegi taman budaya tu kitorang makan seafood dulu. Alih2 dari samar lampu nampak la makhluk halus bebas berterbangan.. Tanya orang sebelah.. Sah! nyamuk yang menyebabkan kegatalan aku.
Awat la jadi lagu tu ekk?? Longkang tersumbat ka?? Apapun semoga Taman Budaya alert la sal nyamuk ni ekk.. Bukan apa sekarang musim denggi kan.. Kang abis semua masuk spital lak pas tengok teater.
Lagipun keselesaan penonton pun kena jaga walau teater tu free, kan???
Dah.. dah.. cerita sal drama pentas tu.. Meh kita cerita sal picnic lak. Petang ahad.. let's picnic Uolls.. Kalau tak silap Waterfall Sg pisang kat Gombak sana nu... Memang dah lama berhajat nak picnic sambil BBQ ni tapi belum berkesempatan sebelum ni.. Tanpa plan yang gembar gembur bagai.. plan lite2 ajork maka menjadi la picnic & BBQ kitorang kali ni. (Tetap pose berdua gak walau apapun aktiviti).
Simple tapi happening.. sebab perangai kitorang kadang2 ala2 beruk mak yeh.. kategori pop yeh yeh kan?? Menu BBQ kitorang cuma Udang, Ayam, Ikan, Kerang & Sosej.. Kitorang la chef, kitorang la juri & kitorang la jugak la tukang makan. Kita tak mandi mandi pun kat waterfall tu.. Just BBQ & main2 air jer. Maybe next time la kot kitorang bersiram ala2 puteri bunian tepi air terjun kan..
Tu la cerita ceriti weekend aku Uolls.. Korang apa cerita beb?? Dok melangut kat chatbox frenzy je ker?? Skali2 tu bawak2 la melangut langit lak kan... Tak lari chatbox frenzy kalau skali skali korang termiss... kekekekeke.. (Bos Dakmuo jangan marah ekk)
Okieslah Uolls... Kalau ada sumur di ladang, boleh kita menumpang mandi, kalau ada umur yang panjang, tahun ni sempat la sambut besday lagi.. (Pantun lak yer..) Bubye Uolls...
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini