GELAK KUAT & KUAT GELAK
![]() |
Carian Google |
Berbalik pada kisah kat kursus pra perkahwinan tu, bila si penceramah tu buat lawak yang buat sang lekit rasa terlalu kelakar sehingga tak mampu nak control ayu semasa gelak maka pecahlah tembelang comot ku bila daku la perempuan kat situ yang gelaknya paling kuat. Sang Lekit tahu bila asben (masa tu boipren lagi la) bagitau sang lekit gelak paling kuat. Korang bayangkan betapa malunya sang lekit bukan pada boipren ku tapi pada orang2 lain yang sang lekit tak kenal.
Tu kes gelak kuat, kes kedua kuat gelak. Sang lekit pernah kena tegur dengan member sang lekit masa tengok wayang. Cerita apa dah tak ingat yang pasti cerita lawak la. Sang Lekit punya dos gelak ni lambat sikit nak habis dari orang lain, bila sampai part yang lawak orang semua gelak termasuk sang lekit tapi orang lain dah habis gelak sang lekit punya dos lawak tu tak habis lagi still gelak2 walau orang lain dah tak gelak. Bila sang lekit je masih gelak, suara gelak sang lekit je la kedengaran dalam panggung wayang tu. Member cuit suruh berhenti gelak. Bayangkan punya la malu. Tapi nak buat macam mana tak boleh nak control.
Walaupun perbuatan tu takde la salah tapi tetap memalukan diri sendiri. Korang ada pengalaman gelak yang memalukan tak?? kalau ada jangan malu2 jom share2 kat sini. kekekekeke
P/S : Jangan gelakkan daku setelah membaca entri ni. Kekekekeke
11 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini