ARTIS KENA ROGOL
Semua orang tahu ramai yang suka baca gosip pasal artis sampai ada yang terlampau terdesak nak blog dorang dapat juta2 view sanggup tak usul periksa kesahihan sesebuah gosip & main taip je. Tak kurang jugak yang jenis copy paste je apa2 berita yang dia baca sebab takde idea nak karang janji bila orang baca tajuk nak clik blog dia, kan?? Bila isu tu jadi sensasi sehingga melibatkan undang2.. maka keluarla media tak kira media cetak @ elektronik. Sekaligus tempias popular tu dapat la kat sang blogger & blog nya. Nak settle cara senang minta maaf secara terbuka & tutup kes. Kes tutup blog tak tutup.. manafaatnya blog dia juga mendapat perhatian. Keji tak??
Mesti ada yang cakap.. kau jeles sebab blog kau tak popular, kan?? Takde maknanya nak jeles dengan taktik popularkan blog macam tu. Apa yang sang lekit nak komen pasal benda ni adalah.. blogger yang terlalu taksub nak popularkan blog dia dengan cerita gosip pasal artis. Ramai sangat dah sekarang blogger yang mula dari personal blog @ bermula dengan blog yang berkongsi pasal keagamaan mula berpaling pada cerita artis bilamana dorang tengok traffic blog yang cerita gosip artis ni amatlah membanggakan. Tak tau la apa sebab dorang tulis blog. Nak jadi blogger popular la kot sekaligus boleh jana pendapatan sampingan ribu riban setiap bulan. Tapi kalau hampir semua blogger nak tulis pasal artis tak terfikir ke 1 hari nanti orang pun muak nak baca cerita gosip artis kat blog. Alih2 cerita yang sama je. Dah tu bukan sorang berpuluh2 orang dok up entri pasal gosip yang sama. Maka bersepahlah blogger yang takde identiti dalam penulisan blog dorang. Alih2 Nyah Zulfikar jugak original blogger yang ada identiti dalam penulisan dia di blog Rasa Hati itu. (kekekekeke.. blogger idola ku tu).
Cukup2 la blog yang ada dok cerita pasal artis ni. Cuba tengok mat gebu.. dia blog masak2 pun boleh berjaya jugak. Tak payah nak korek cerita dalam kain artis pun. Setakat sikit2 cerita pasal artis dalam blog rojak macam melekit ni sang lekit boleh accept. Tu pun sang lekit tulis cerita artis pun yang betul2 sang lekit minat nak bagi pandangan pada satu2 isu artis tu. Artis jatuh basikal lutut berdarah pun korang nak cerita.. sendiri mau ingat la beb. Apapun entri bukan la bermaksud dengki sesama blogger sekadar bagi pendapat peribadi yang terdetik di sudut hati ku nan kecil ni.
12 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini