Al-fatihah. Achik (bekas vokalis kumpulan Spin) meninggal dunia
4/17/2010 08:32:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
DENDAM
4/13/2010 06:18:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Secara jujur, aku mengaku kesilapan yang pernah aku buat pada someone ni buat aku di hantui macam2 perkara buruk sebab dia pernah menyumpah agar hidup aku musnah. Itulah impian dia. Dah berkali aku cuba minta maaf tapi jawapannya tetap sama. Tiada kemaafan untuk aku. Aku tertanya - tanya mungkinkah aku akan hidup dalam dosa padanya sehingga akhir hayat??? Akibat aku kekurangan ilmu Agama ni aku refer la pada seorang kawan di FB yang suka melakukan dakwah di situ & tanya pendapat dia.
Kat disini adalah perbualan aku dengan kawan itu...
Me ;
Saya ada melakukan kesalahan pada seseorang membuatkn dia kecewa & mendoakn sy menerima balasan yg setimpalnya. sy cuba meminta maaf tp sehingga hari ini dia masih blm dpt dapat memaafkn sy. Sy spt rasa hidup dlm sumpahannya bila hidup sy selepas tu amat teruk & di timpa berbagai2 masalah. Apakah dosa sy pada dia takkan terampun skiranya dia x memaafkn sy hingga ke akhir hayat saya?him ;
mendoakan keburukan kepada sesama Muslim adalah satu perbuatan yang tidak baik. Allah lebih suka dengan orang yang merendah diri dan sentiasa mendoakan kebaikan sesama Muslim. Macam dalam artikel tu tulis;Me ;
Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.
Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.
Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:
(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah - dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.
So, jangan risaulah. Insyaallah Allah akan ampunkan semua dosa-dosa awak.
thanks.. mungkin yg menghukum sy slma ni adalah perasaan bersalah & berdosa sy sehingga sy terasa selagi dia tak memaafkan sy.. taubat sy juga tidak di terima sbb dia sendiri pernah bgtau saya Dosa dengan Allah, mungkin Allah dapat ampunkn sekiranya kita benar2 bertaubat tapi sekiranya dosa sesama manusia, selagi orang itu tak ampunkn kita sampai bila2 dia berdosa pada dia. Dengan penerangan awak sy rasa satu hari Allah akan bantu sy untuk lembutkn hati dia memaafkan saya. ThanksHim ;
Allah bukanlah Tuhan yang bersifat kejam. Allah tidak akan membiarkan hambanya hidup dalam kesedihan dan kesusahan. Semua dosa terampun kecuali Syirik. Tetapi kalau di masa hidupnya dia bertaubat termasuklah dari melakukan Syirik. Sudah tentu Allah menerima. Saya paling suka hadis ni. memang touching
Allah berfirman: Wahai anak-anak Adam, selagi mana engkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapun dosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai ke puncak langit, lalu engkau pohon keampunan dari-Ku, Aku ampunkan engkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhi bumi, namun engkau menemui-Ku tanpa mensyirikkan Daku dengan sesuatu, nescaya aku datang kepadamu dengan penuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).
Apapun all the best. Jangan lekas putus harapan. Yakin dengan Allah, insyaallah tempat kembalinya Syurga.
Sejak dari hari itu aku mula fikir.. sebenarnya bila kita terlalu beralah & berharap satu kemaafan pada kesalahan yang aku rasa takde la teruk sehingga syirik or sebagainya, orang itu akan semakin mengada - ngada & semakin suka bermain main dengan kata2 sumpahannya sebab itulah senjatanya. Yelah, kita pernah buat salah & harap sangat dosa itu terampun dari kemaafan dia. Dia pulak buat isu tu macam isu besar seolah2 kita dah bunuh seluruh ahli keluarganya.
Apapun thanks pada seorang teman itu. Dengan pandangan & pendapat dan juga potongan hadis buat hidup aku makin tenang & aku tahu apa yang sepatutnya aku lakukan. Tak kisah la kalau kemaafan bagi dia terlalu mahal umpama syurga yang sukar di diami. Seperti kata teman itu Allah lebih mengetahui segalanya..
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
LUAHAN HATI ISTERI ARWAH DIN BERAMBOI
4/10/2010 04:47:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
08 April 2010
ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH
Pusaranya masih lagi ‘merah’, namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya.
Tindakannya itu mungkin agak keterlaluan bagi ‘budak hingusan’ sepertinya kerana tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat dan terutamanya keluarga Din Beramboi, yang masih lagi bersedih atas kehilangan arwah. Namun bagi isteri arwah, Suhaini Che Man perkara itu sedikit pun tidak merentap emosinya.
Jelas Suhaini, dia sudah pun menyedari hal itu daripada anaknya sendiri, namun tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara yang remeh-temeh itu. Walau apa pun yang dilemparkan pada arwah, sebagai isteri, dia lebih mengenali siapa arwah dan menyerahkan segalanya pada Tuhan.
“Benda-benda dari Internet ni bukannya boleh percaya sangat dan kita pun tak tahu siapakah identitinya yang sebenar. Tapi siapa pun dia, saya ingin ucapkan terima kasih dan Alhamdulillah. Terpulanglah apa yang dia nak cakap. Mudah-mudahan Allah tahu siapa yang benar. Pada saya, hanya saya dan orang yang kenal abang Din saja tahu siapa dia yang sebenar,” katanya yang dihubungi semalam. -SINAR HARIAN
Dipetik daripada : http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/isu-rafiqin-darwisy-luahan-hati-isteri.html
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
RAFIQIN DARWISY BOLEH TERKELUAR ISLAM ATAU MURTAD!!!
4/09/2010 12:22:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
09 April 2010
Beliau menyifatkan individu yang menulis kata-kata kesat yang ditujukan kepada Allahyarham sebagai berdosa besar dan harus memohon maaf kepada keluarga serta waris terdekat.
"Walau apa cara sekalipun, sebagai umat Islam, kita tidak boleh menyentuh lagi mengenai keburukan si mati, sebaliknya perlulah selalu memperkatakan tentang kebaikan yang telah dilakukan olehnya," katanya.
Mengulas tentang sikap pelaku itu yang turut mempermainkan surah Al-Fatihah dalam menghina Allahyarham Din Beramboi, Wan Akashah berkata, dia turut menanggung dosa besar. "Itu adalah dosanya dengan Allah dan mengikut hukum Islam, dia boleh terkeluar daripada Islam atau murtad. Maka, dia harus bertaubat dan segera memohon keampunan dari Allah," tegasnya.
Beliau menambah, pemantauan juga harus dilakukan oleh ibubapa bagi memastikan anak-anak tidak melakukan perkara sedemikian tanpa pengetahuan mereka ekoran gejala ini berkait rapat dengan kepercayaan dan akidah seseorang. "Apatah lagi perkara itu turut mengaibkan si mati," katanya. - Sumber Sinar Harian 08.04.2010
Copy from page http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/rafiqin-darwisy-boleh-terkeluar-islam.html
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
GARA GARA RAFIQIN DARWISY
4/07/2010 08:47:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Yang aku nak cerita adalah kesan Kes budak banggang tu dengan blog aku. Aku tak terkecuali menampal artikel2 berkenaan budak bengong tu kat blog aku ni. Bukan apa untuk di kongsikan pada orang lain walau kebanyakkannya aku copy paste dari blog orang jer. Selalunya blog aku ni tiap hari takde la ramai sangat orang nak skodeng.. Yelah, blog aku bukan cam blog azwan ali. Cerita ceriti aku tak semeriah Imah lenggok, Cik Sal & kak senduk. (hehehe... pasti ada yang tak tau sapa primadona2 itiew..) Tapi sebab si mamat bengong seko ni tu dia blog aku di serbu.... (Bila aku advertise link kat fans benci Rafiqin tu untuk berkongsi info pada sapa2 yang agak siput sedut & masih terpinga2 apa kes!).
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
ADAKAH TIADA SEBARANG TINDAKKAN SUSULAN KEATASNYA SELEPAS MENGAKU BUKAN ISLAM??
4/06/2010 09:45:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
RAFIQIN DARWISY DAKWA BUKAN ISLAM..!
Budak 14 tahun, Rafiqin Darwisy, kini menimbulkan kontroversi dan persoalan baru apabila mendakwa dia sebenarnya bukan beragama Islam."Aq (Rafiqin Darwisy) orang Sabah dan agama Khadazan, jadi sudah jelas Aq bukan Islam," demikian ujar budak tersebut dipetik sebagai berkata daripada Facebooknya.
Wajah Rafiqin seperti yang
tertera dalam Myspacenya...
Pengakuannya itu timbul lantaran tekanan hebat daripada orang ramai yang berang kerana keceluparannya menghina arwah Din Beramboi di dalam Facebook pelawak tersebut. Meskipun Rafiqin Darwisy telah meminta maaf dan menyedekahkan Al-Fathehah, namun tanda-tanya tetap timbul tentang keikhlasannya berbuat begitu.
Tambah-tambah sebelum ini dia mendakwa sebagai malaikat yang diutus tuhan untuk menghentam arwah Din Beramboi dan kini mendakwa bukan Islam pula. Dan jika bukan Islam... bagaimana dia boleh menyedekahkan Al-Fathehah untuk arwah?
"Dia ni budak Kuantan, Pahang dan bersekolah di Indera Mahkota. Maklumat ni saya dapat daripada Facebook dan Myspace dia sendiri. Tak tahulah jika tuan punya Facebook dan Myspace itu menyamar sahaja. Tapi yang pasti, dia sudah tukar gambar dan set 'private' bagi kedua-dua laman tu," dakwa peminat Din Beramboi yang enggan dikenali yang menjadi pelawat terawal Facebook dan Myspace Rafiqin Darwisy.
Link ke Facebook Rafiqin Darwisy adalah: http://www.facebook.com/profile.php?v=wall&ref=mf&id=100000267546789
"Kalau dia benar-benar ikhlas nak minta maaf, dia seharusnya menemui keluarga arwah dan meminta maaf pada mereka. Ni tidak, sebaliknya dia hanya ucap dalam Facebook dan banyak berdolak-dalih tentang status agamanya," tambahnya lagi.
copy artikel ini daripada : http://www.myartis.com/2010/04/rafiqin-darwiisy-dakwa-bukan-islam.html
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
APABILA MANUSIA HILANG KEWARASANNYA
4/05/2010 08:50:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Memang agak berani mati komen2 yang di lempar budak hingusan ni. Ya, betul memang dia masih budak tapi dalam usia 14 tahun (Bukan 4 tahun yer..) rasanya dah tau nilai apa itu baik & buruk. Hai.. kalau dah pandai bercinta takkan tak pandai pk kot apa yang dia cakap. Ramai yang mengecam budak hingusan ni. Wah!! Mesti dia tak sangka dengan sekelip mata dia mendapat publisiti meluas mengalahkan artis gitiew. Pasti sekarang dia tak tenang. Tertanya tanya gak aku.. Mak Bapak dia tahu ke anak dia sekarang menjadi tumpuan ramai???
Jika dalam usia semuda itu dia sudah berani melakukan perkara2 macam tu.. dah besar esok ntah apa lak dia jadi kan??? Tak tau la nak salah kan sapa.. salahkan mak bapak dia pun kadang2 bukan salah mak bapak. Anak dah bebal camtu, mak bapak pun botak kepala pikir. Nak salahkan pergaulan.. maybe! Tapi aku gunakan konsep salahkan diri sendiri. Semua atas diri sendiri. Dorongan dari akal yang tak waras..
Apapun dia masih terlalu muda. Takkan nak sumbat dalam jail. Apa yang aku rasa terbaik bagi tak memesongkan lagi budak ni hantar jer kat pusat pemulihan akhlak. Bagi kaunseling kaw kaw punya. Takkan kita nak rejam lak budak ni sampai mati. Tuhan pun maha pengampun jika kita benar2 bertaubat. So, tak salah bagi peluang & bagi ruang untuk dia betulkan keadaan.
Apapun pada yang di luar sana.. dalam ghairah kita menikmati laman sosial ni, jangan ter over lak ekk. Mak bapak yang bagi kemudahan kat anak2 konon taknak anak2 ketinggalan sebab zaman sekarang dunia hujung jari katanya, pantau la aktiviti dorang tu. Jangan la bagi laptop sebijik, broadband... pastu lantak la ko nak buat apa. Bila dah jadi isu macam ni.. bukan dia jer yang effect seluruh keluarga dia menerima kesan. Mana mak bapak nak letak muka nanti, kan???
Pada sang adik itiew.. Moga ia jadi pengajaran yang paling berguna. Tapi yang pelik masih aktif lagi dia ber FB tu.. Kalau orang lain rasanya dah tak senang duduk. Maybe jadi Fobia dengan computer. Syabas la ko memang tabah! Okey la... rasanya cukup la aku mengomen sal budak hingusan tu. Jom kita sama2 pantau apa tindakkan dia selepas ini....
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
DISAAT KITA MASIH MERATAPI PEMERGIAN BELIAU.. MASIH ADA MANUSIA YANG SANGGUP BERKURANG AJAR PADA ORANG YANG TELAH PERGI
4/04/2010 08:10:00 PM suria lekatlekit 0 Comments
Kita baru sahaja kehilangan seorang seniman yang tiada galang-gantinya. Namun ada juga rupanya insan yang tidak berakal memberikan komen biadab di laman FB arwah...
copy from : http://cakklepi.blogspot.com/2010/04/mengapa-budak-budak-sekarang-kurang.html
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
PERGINYA SEORANG BINTANG.. (AL FATIHAH)
4/02/2010 09:08:00 AM suria lekatlekit 0 Comments
DIN BERAMBOI MENINGGAL DUNIA
Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Berita sedih tersebut disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh wartawan.
Diminta mengulas lebih lanjut, Nizam dilaporkan masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Selain itu, pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Terdahulu, Din telah dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Denggi berdarah (Dengue Shock Syndrome ) dan keadaannya dilaporkan kritikal beberapa hari lalu. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu dan awalnya disyaki terminum air yang tercemar dengan kencing tikus.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk Allahyarham...
Allahyarham akan disemadikan di tanah perkuburan Taman Ehsan, Kepong..
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini
BERMINAT UNTUK KOLABRASI DENGAN BLOG LEKATLEKIT
* Review berbayar dan harga masih boleh di runding
* Sekiranya produk kosmetik/supplement/ubat pastikan berdaftar dengan KKM & tidak boleh overclaim
* Kalau produk makanan/minuman tidak boleh overclaim
* Andaikata produk/servis di masa akan datang mempunyai kes seperti di kesan mengandungi bahan terlarang atau servis anda mempunyai unsur penipuan, admin berhak memadam serta merta artikel review di blog
* Kalau produk atau servis anda bersih dari sebarang masalah, Artikel kekal selagi blog wujud.
Syarat ini Berkuatkuasa serta merta dari tarikh 21 Oct 2017
Sekiranya berminat berkolabrasi dengan blog lekatlekit.com email ke lekatlekitgurl@yahoo.com
Carian Di Sini
Popular Posts
Arkib Entri
-
▼
10
(482)
-
▼
April
(10)
- WARNA WARNI DUNIA KU
- Al-fatihah. Achik (bekas vokalis kumpulan Spin) me...
- DENDAM
- LUAHAN HATI ISTERI ARWAH DIN BERAMBOI
- RAFIQIN DARWISY BOLEH TERKELUAR ISLAM ATAU MURTAD!!!
- GARA GARA RAFIQIN DARWISY
- ADAKAH TIADA SEBARANG TINDAKKAN SUSULAN KEATASNYA ...
- APABILA MANUSIA HILANG KEWARASANNYA
- DISAAT KITA MASIH MERATAPI PEMERGIAN BELIAU.. MASI...
- PERGINYA SEORANG BINTANG.. (AL FATIHAH)
-
▼
April
(10)
0 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini