Cik mat Gebu atau kat FB dia guna nama
Adnan Ibrahim pemilik blog resepi Masakan
Dapur Tanpa sempadan.. Majoriti memang bukan blogger pun kenal. Even kengkawan geng cap Ayam aku pun kalau sebut nama blogger popular lain depa tak kenai sebab depa bukan blogger & depa tak ambil kisah sangat pasal blogger ni.. Tapi kalau sebut nama cik mat gebu
dapur tanpa sempadan kenai pulak depa. Begitu besar pengaruh
Cik Mat Gebu tu sebab dia tulis resepi kan dengan gambar2 masakan yang memusnahkan diet orang katanya, hehehehe... Sapa tengok gambar masakan
cik mat gebu menitik air liur atas meja makan punya.. Aku masa baru2 pregnant tak buat pregnancy test lagi.. tak boleh tengok langsung gambar masakan dia.. terus terliur. Sampai aku rasa pelik.. lepas buat prengancy test baru tau perasaan pelik ni sebab aku pregnant rupanya...
Gambar muka cik mat takde jadi kita pinjam header blog dia jer la yer
Tapi ramai yang tak tahu rahsia
cik mat gebu.. Rahsia blogger yang tak pernah tayang muka kat laman sosial tapi cukup terkenal se antero alam maya sehingga ramai sanggup bertandang kerumah dia untuk bertemu dia dengan dia. Aku tak pernah jumpa
cik mat gebu tapi connect kat laman sosial je la.. Cuma bila dah lama kenal di alam maya ni aku nampak apa keistimewaan
cik mat gebu. Kalau kat FB tu kadang2 status dia memang kelakar & menghiburkan.. seronok bergurau senda dengan dia sebab dia peramah. Even dia popular tapi dia tak kisah nak tag kita dalam komen atau status dia even kita ni level2 biasa je kat laman sosial.. atau datang berkomen di wall kita. Dia pernah jugak review blog aku kat dalam entri masakan dia.. terharu jugak la. Ko bayangkan la traffic yang masuk kalau
cik mat gebu mention ko kat entri masakan dia.. even hujung perenggan pun. Kat situ kita boleh nampak betapa besar pengaruh
cik mat gebu ni.
Cik mat gebu sangat merendah diri bagi aku.. Aku tak nampak populariti buat dia jadi sombong. Itulah rahsia dia di senangi ramai sebab kat laman sosial even semua orang ada haters tapi
cik mat gebu haters dia ni tak berapa ketara sangat. Susah sangat nak nampak orang mempertikai, mengejek atau menyindir
cik mat gebu ni. Salah satu sebab.. dia tak meletakkan diri dia di satu level yang nampak jurang antara dia dengan orang lain. Sangat humble & low profile. Kita pun tak terasa berkasta bila berkawan dengan dia even kita tahu dia seorang yang popular & di kenali ramai.
Bukan aku jer.. Ramai suka berkawan dengan
cik mat gebu even kadang2 ada status dia buat aku rasa merajuk jugak hahahaha.. Yelah, mana ada manusia sentiasa sependapat kan? Merajuk tu bermakna terasa la.. tapi lepas tu isu tu boleh jadi bahan gurau jer. So, hilang macam tu saja rasa2 yang tak berapa best.
Cik Mat Gebu ni pun jenis outspoken jugak kadang2.. Tak kira la sapapun kau, kawan atau lawan.. kalau dia tak setuju tetap dia tak setuju. Salah satu sikap yang aku suka. Jujur dalam memberi pandangan. hehehehe
Cik Mat Gebu kekalkan sifat yang merendah diri & peramah dengan semua orang, Insya Allah sifat tu akan beri kelebihan pada
cik mat. Umpama padi, semakin berisi semakin tunduk. Kita semua cuma manusia.. populariti ada pasang surutnya. Selalu populariti ni bersifat sementara, sampai masa dia ada expired date jugak cuma lambat atau cepat je expired date dia tu. jadi mari kita pratikkan cara
cik mat gebu bawak diri kat laman sosial ni. Dan itulah rahsia
Cik Mat Gebu makin popular & di senangi ramai juga kurang haters.
P/S : dulu aku pernah cakap aku nak jadi blogger macam cik mat gebu even bukan blogger masakan.. blogger yang tak payah tunjuk rupa tapi di kenali ramai penulisannya. Tapi ada yang macam kondem kata.. cik mat gebu lain, dia tak keluar cari orang tapi orang yang akan datang cari dia. Ye betul.. Tapi aku nak guna konsep dia tak perlu tunjuk muka tapi boleh berjaya. Memang bukan senang tapi angan2 adalah langkah pertama menuju kejayaan.
Yang menarik
Inilah pekerjaan seorang ayah yang sangat bahaya tak mustahil
boleh terbunuh bila bila masa sahaja. Pekerjaan ni memang berlaku di
Malaysia. Jom tengok >> Bapa ni lompat dari bangunan dan kena langgar kereta setiap hari untuk keluarga dia?! <<
6 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini