WANG & POPULARITI MENGHUMBAN BLOGGER KE LEMBAH PELACURAN
Okies.. sekali lagi mencetuskan kontroversi di dalam dunia blog, Lensarosak membuat kupasan pasal pelacur blogger. Panas! Pedas! Perit! Lekit nak ambil sikit statement dari entri panas lensarosak ni yer sebelum mengopek dengan pandangan peribadi melekit pula
Mengubah justifikasi blog akan menyebabkan dunia blog menjadi tunggang-langgang dan carca marba. Pada masa hadapan nanti, jika ia tidak di bendung. Dunia blog akan menjadi jijik dalam mata manusia kerana rakusnya para blogger mengejar dua hasil kapitalisma dunia iaitu ; wang dan populariti.
Apakah itu pelacur blogger?
Pelacur bloger boleh di definasikan sebagai seorang blogger yang mempunyai sikap untuk melacurkan pemikiran dan tindakannya dalam dunia blog di mana ia bertentangan dengan terma justifikasi blog demi mengejar wang dan populariti tanpa menghiraukan keadaaan sekeliling.
Ok cukup.. Nak baca lebih - lebih korang terjah sendiri yer blog Lensarosak tu. Panjang lebar kupasan dia pasal benda ni.
Seperti biasa ada betul & salahnya Lensarosak. Kadang - kadang Sang Lekit bersetuju dengan pendapat beliau tapi tak setuju pula dengan cara penyampaian beliau tu. Setiap orang ada hak memberi pandangan & pendapat masing - masing tapi berpada - pada dalam berkata - kata. Istilah, bahasa & perumpamaan yang di gunakan tu akan memberi kesan pada pembaca tak kira dari sudut positif atau negatif. Lekit pun kadang - kadang terkeluar jugak landasan.. Tapi sedaya upaya cuba berhati - hati agar tak banyak hati terluka.
Pasal wang & populariti di blog yang di istilahkan Lensarosak sebagai Pelacur blogger tu.. Bunyinya agak hina.. Tapi dinasihatkan membaca dulu isi kandungannya. Pelacur yang di maksudkan bukan la memperdagangkan tubuh untuk perkhidmatan seks. Memang ada orang yang berblog semata - mata nak duit & popular. Makin popular makin masyuk... Bagi Lekit pula permulaan blog ni langsung tak tahu pasal traffic, nuffnang or atau apa2 yg seangkatan dengannya boleh menjana pendapatan.. Just suka menulis. Tak tau pula sapa baca.. or ada tak orang yang baca. Tapi bila semakin jauh menyelam ke dasar blog banyak pula benda Lekit berkenalan. Bak kata pepatah alang kepalang menyelam.. minum air sekali.
Apakah Lekit juga tergolong dalam golongan Pelacur Blogger?? Ikhlas dari hati.. Bila menulis sesuatu memang memberi kepuasan pada Lekit. Bila penulisan kita mula berkaitan dengan banyak benda.. Semakin semangat berblog tu datang lebih - lebih lagi sesuatu yang mampu menjadi side income. Sapa tak nak?? Kalau orang tu taknak duit confirm dia takkan pacak apa2 iklan yang menjana pendapatan dari blog dia.
Mengambil sedikit lagi statement dari entri lensarosak...
Gelaran Pelacur Blogger memang layak-selayaknya di berikan kepada mereka yang mengejar trafik semata-mata.
Maka dengan ini Sang Lekit simpulkan AKU BUKAN BLOGGER PELACUR sebabnya aku tidak berblog semata - mata kerana wang, populariti mahupun traffic tapi untuk memketengahkan penulisan kita harus la kita memperkenalkan pada umum. secara tak sengaja kalau penulisan kita menjadi tatapan ramai popular & traffic tu akan datang seiringan.Tak guna menulis dalam blog sekiranya untuk tatapan peribadi. Baik save dalam h.disk or pendrive or private kan blog kalau menulis hanya untuk kepuasan sendiri & bacaan peribadi.Blog wujud bagi lekit untuk mendapat respond dari orang lain bila kita menulis sesuatu. Dari situ kita belajar memperbaiki kelemahan. Wujudnya blog ni sejak march 2009.. baru sekarang je di kenali sikit. Kalau betul niat aku dari awal wujudkan blog ni kerana semua tu.. Maka hari ni maybe aku bukan lagi di tahap ni. Dah berpuluh cheque nuffnang rasanya aku cash. ni satu pun belum lagi, camno tu?? kekekekekekekekee
Kesimpulannya... entri Lensarosak tu aku ambil Dari sudut positif lekit ambil agar Lekit tidak lari dari landasan penulisan blog kerana terlalu kejarkan populariti & wang walau kadang - kadang tu tergelincir sedikit. Biarpun kupasan dari artikel akhbar kadang - kadang jadi isu konon takde idea nak update entri guna artikel akhbar.. sebenarnya Lekit just share apa yang menarik dari pembacaan melekit jer.. Bukan semua pun tajuk utama Lekit kupas kupis. Kebanyakkan dari isu2 yang jauh di pendalaman akhbar Lekit korek.
18 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini