Hari ni hari kedua selepas perhimpunan BERSIH diadakan. Rata - rata blogger tak lepaskan peluang untuk cerita pasal perhimpunan BERSIH tak kira yang menyokong atau membangkang. Masing - masing teguh dengan hujah sendiri. Yang menyokong berhujah dengan sokongannya macam tu jugak dengan yang membangkang.
 |
Maskot DIGI pun terlibat. Apa Kes?? |
Bagi surirumah macam sang lekit ni yang memang tak pandai nak cerita pasal politik & memang tidak di lahirkan sebagai manusia yang fanatik terhadap politik makna BERSIH ni lain. Hari - hari pun kena buat kerja - kerja pemBERSIHan macam biasa walau apapun yang berlaku selagi kudrat tu masih ada. Tapi sebagai rakyat Malaysia & punya kemudahan macam orang lain untuk mengikuti perkembangan semasa dalam negara tetap sang lekit ikuti juga isu BERSIH ni.
Macam - macam cerita & video terpampar kat dunia maya ni. Pengalaman orang yang ikuti perhimpunan BERSIH. Ditahan, di pukul, berarak, di lokap & sebagainya. Tu bagi yang menyokong. Sanggup hadapi kepayahan & kesakitan demi perjuangan mereka. Bagi yang tak menyokong pula terus berhujah menentang sekeras - kerasnya. Tapi satu benda yang sang lekit kurang setuju tak kira yang menyokong atau menentang.
Maki hamun, mencarut dah jadi macam kata - kata rasmi dalam menyatakan ketidakpuasan hati tak kira dari pihak yang menyokong atau membangkang. Walau tak semua menggunakan konsep hujah macam tu tapi kebanyakkan memang macam tu. Memberi gambaran yang sangat - sangat buruk. Bagi golongan macam sang lekit ni.. Yang masih keliru perjuangan mana yang harus di sokong atau di tentang sedikit sebanyak memberi kesan. Mula la terfikir.. "Kalau aku join dorang ni dengan aku - aku sekali terjebak dalam budaya maki hamun & mencarut bila dah mula taksub & fanatik." Elok2 tak biasa dok taip perkataan F**K.. penuh pula entri aku dengan perkataan tu nanti. Tu contoh...
Kerajaan tak abis - abis kempen "Budi Bahasa Budaya Kita" nampaknya Budaya bahasa kita sekarang dah tercalar kerana ketaksuban manusia berpolitik. Tak kira yang memperjuangkan agama mahupun bangsa. Semua jadi kurang bijak bila mula fanatik.. Demi menjatuhkan & menyakiti pihak lawan budaya berbahasa sopan di pinggirkan.
Bagi sang lekit orang yang bijak & menyakinkan adalah mereka yang berhujah dengan lantang & berilmu tanpa perlu menunjukkan kebodohan & kejahilan sendiri dengan budaya bahasa kesat. Itu cuma pendapat sang lekit jer.. Pandangan seorang orang awam yang takde Ijazah mahupun PHD.
30 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini