Tertarik dengan isu yang di tulis oleh
Nyah Zulfikar sahabat blogger yang mak.. Op's Sang Lekit kagumi maka sang lekit berminat nak buat kesinambungan entri beliau dengan memberi pendapat & pandangan peribadi Sang Lekit pula.
Sang Lekit berminat sekali nak menyentuh pasal blog yang banyak entri pasal segmen, GA & contest yang di sertai mereka. Tak di nafikan benda - benda tu membantu kita untuk memperkenalkan blog.. Umpama mencari tapak dalam dunia blog ni. Tak di nafikan segmen yang di anjurkan blogger2 otai, popular lagi famous ni membantu dari segi menjana traffic, follower sekaligus memperkenalkan blog kita pada blogger lain. Sang Lekit pun ada join.. Tu tak di nafikan. Terus terang tujuannya sekadar untuk mengambil kesempatan di atas kesempatan yang di ambil. Korang paham ker. Contoh macam ni.. Blogger otai/pemes/popular buat segmen.. Orang akan berpusu - pusu join, keuntungan dia juga dapat. So kita join walau tak sebanyak yang blogger otai/pemes/popular ni keuntungan yang kita dapat at least dapat juga. Memang untuk mencari tapak dalam dunia blog ni.. bagus join segmen2 yang membantu kita memperkenalkan blog.
Tetapi jangan la sebab terlalu kejar traffic, follower & mendapat tapak yang kukuh dalam dunia blog ni manjang update entri dengan segmen, GA & contest bagai ni. Asal clik blog dia jer.. segmen, GA & contest. Sebenarnya apa korang nak sampaikan dalam blog tu? Apa motif korang berblog. Sekadar nak popular? Nak glamour?? Nak keluar majalah? Nak duit?? Blog - blog macam tu dah macam takde arah tuju. Kalaupun nak popular & di kenali melalui blog cari kekuatan sendiri. Sampai bila nak menumpang & menenggek dengan segmen, GA & contest bagai ni?? Bila kita dah ada tapak pandai2 la gunakan apa yang ada untuk kukuh kan nya.
Jemu tau... asal clik blog sipolan tu.. segmen, GA & contest. Nak baca mendanya. Takde isu langsung. Takde motif & takde something yang menarik. Tengok traffic sesak.. Tapi tengok entri 0. Takde pengisian. Macam Nyah Zulfikar cakap kalau tengok tv.. iklan manjang korang akan stay ke dengan channel yang iklan jer 24 jam?? Takkan?? Macam tu juga blog. Kalau asyik benda yang sama korang update cuma lain penaja & tajuknya jer.. Sapa la nak stay dengan blog korang tu.
So, pada korang yang berblog kerana nak duit,popular & terkenal semata - mata rasanya lebih baik korang cuba bidang lain la. Tak guna la buang masa berblog dengan gaya & cara macam tu sebabnya.. Blog & korang takkan kemana sebab apa yang korang buat takde kekuatan & pengisian langsung. Atau lebih senang cakap... Itulah blog sampah. Sampah pun ada value kalau something boleh di kitar semula tapi kalau spesis2 blog camtu.. Kena ada kesedaran dulu baru boleh kitar semula untuk di jadikan produk berkualiti.
Entri ni cuma pandangan peribadi tidak merujuk kepada mana2 blogger atau individu. Bagi yang terasa hati.. Belek2 blog korang yer sebab takkan tempias terkena pada orang yang takde kena mengena. Apapun Sang Lekit tidak berniat nak menjatuhkan atau mendajalkan mana2 pihak. Sekadar memberi pandangan peribadi. Blog Lekit pun tak sehebat mana.. Tapi sentiasa la cuba yang terbaik dari masa ke semasa.
P/s : Pesanan Melekit. Apapun yang kita buat biarlah berpada - pada.

Untuk bershopping cenderahati cantik & murah & menjana pendapatan di blog sila clik banner di atas
14 Komen Melekat:
KOMEN BAIK2.JANGAN MENCARUT NANTI KENA CUBIT.
Anda bertanggungjawab pada setiap komen anda. Admin blog tidak bertanggungjawab atas setiap komen yang anda tuliskan di sini