AKU

Aku selalu berfikir.. setiap hari. Apa yang telah aku lakukan pada diri aku?? Terbabas... Sampai aku tercari cari kesudahan pada kesesatan ini dan saat ini aku temui sesuatu.. sesuatu yang paling berharga. Adalah diri aku sendiri. Aku tak harus sesat dalam diri ku sendiri tapi itulah yang berlaku. Dan hari ini aku tahu.. Yang mengubah dan yang berubah adalah kerana aku. Aku tak mahu takut pada sepi lagi. Aku tak mahu takut bila aku sendiri. Aku tak mahu takut pada ketakutan ini. Aku tak harus takut pada diri sendiri. Aku takut kehilangan tapi setiap hari aku sentiasa berdepan dengan berbagai kehilangan. Dan aku pernah kehilangan diri aku sendiri kerana aku terlalu takut kehilangan seseorang dalam hidup aku. Dan.. mulai saat ini aku harus berdepan dengan kenyataan. Aku harus berdepan dengan semua kesilapan yang aku lakukan. Aku harus berdepan dengan segala kemungkinan dalam hidup aku. Dan semua yang berlaku.. adalah kerana aku. Aku harus terima kerana aku tidak layak menyalahkan sesiapa...