REWANG MALAM
Wah tajuk macam minah rewang lak kan??? Gimik sangat la tu lekit!! Okies bukan nak cerita pasal nak gi merempit.. Itu adalah adengan pilih jalan hitam yer. Tak sesuai. Nak2 lagi bini orang kan?? Mau kena pelangkung dengan laki nanti. Rewang malam ni Insyaallah kalau takde aral melintang pukang maka pukul 8.30 Malam ni ada terpamirlah wajah ku di panggung teater DBKL untuk menonton teater bangsawan bertajuk "Lima Bersaudara". Tengok teater bangsawan ni sangat2 memberi kepuasan berbanding tengok cerita melayu klasik kat tv. Betul!! Tak caya malam ni pegi kat DBKL.. pastikan awal skit beli tiket dulu. Macam aku last week lagi dah beli. Dont worry tiket tak semahal tiket teater kat Istana budaya malah lagi murah dari tiket wayang. Just RM5 per person. Kalau korang nampak tulisan pada poster ni abaikan kesilapan teknikal tu. Untuk maklumat lanjut korang boleh refer sini yer : Pementasan Teater Bangsawan "Lima Bersaudara"