BERMULA 1 JULAI NAK MENIAGA ONLINE WAJIB KENA BUAT NI

Selama ni kita anggap kita meniaga kecik2 je kat online tak payah nak daftar bagai.. tak payah ikut peraturan yang di tetapkan tapi bila kita dah mulakan perniagaan maka kita akan berurusan dengan pembeli. Pembeli berhak untuk memastikan apa yang di beli melalui online tak di tipu. Bermula 1 Julai 2013, salah satu undang-undang dan peraturan baru akan mula dikuat-kuasa,iaitu Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) 2012, sekaligus membolehkan para pengguna yang membuat pembelian secara online lebih terlindung berbanding sebelum ini. Sebagai seorang penjual, anda perlu memastikan yang mana pelbagai informasi berkaitan syarikat dipaparkan pada laman jualan, membolehkan pembeli mengetahui ia dengan mudah. Antara yang perlu dipaparkan adalah termasuk: Nama orang yang menjalankan perniagaan bagi maksud membekalkan barang atau perkhidmatan melalui tapak web atau dalam pasar dalam talian, atau nama perniagaan, atau nama syarikat. Nombor pen...