Posts

Showing posts from November 24, 2015

RAMAI YANG TAK TAHU PENTING AKTIFKAN DATA PERANTAUAN DI TELEFON

Image
RAMAI YANG TAK TAHU PENTING AKTIFKAN DATA PERANTAUAN DI TELEFON . Aku ni jangan kan keluar negara.. keluar je rumah kadang2 enpon pun aku tak tengok dah. Kat mana aku campak dalam beg, kat situ la dia duduk selagi enpon tu tak berbunyi atau anak dengan asben aku hilang dalam mall. Biasa la.. anak dengan bapak memang kadang2 malas sikit nak layan bila si mak mula membelek saka2 dalam mall tu. So, depa akan cari aktiviti yang best sementara tunggu si mak siap merembat apa yang patut. Tiap2 hari enpon aku ni anak aku je dok perabih bateri layan youtube. Sebab tu la aku dalam ke luar negara tak pernah kisah langsung pasal enpon ni. Tapi sebenarnya penting sangat tau enpon ni bila kita berada di luar negara. Normally bila travel luar negara tak kira pergi Thailand je pun samada kita beli simcard sana punya atau active data roaming @ data perantauan tu. Bukan murah caj bila aktif data roaming ni. Pernah dulu pergi Thailand Asben aku active data roaming ni mak aii boleh tahan mahal...

AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI

Image
AWAS ASTRO! INI PESAING ANDA TAK LAMA LAGI . Astro sebenarnya Alien.. Dia tak sesuai berada di bumi sebab dia takut hujan. Asal hujan je mesti tak ada siaran. Tu salah satu bukti Astro sebenarnya datang dari angkasa lepas. Bukti lain tengok piring astro kan macam UFO.. Jadi kesimpulan dia astro memang datang dari angkasa lepas & harus di hantar pulang ke planet dia.hahahaha. Kalau dia masih ada kat bumi Malaysia menyusahkan orang lain terutama aku ni yang tak langgan astro. Nak tengok tv pun susah.. Jenuh betulkan area tak jugak dapat siaran. Baru2 ni dapat balik siaran tv2.. Tu pun polkadot. Mungkin sebab musim hujan kot.. Astro manjang tergendela so memberi laluan pada pengguna TV area sesungut untuk menikmati siaran percuma tanpa gangguan. Aku memang tak pernah ada niat nak pasang astro sampai saat aku tulis entri ni. Akan datang aku tak berani cakap besar.. Lagipun kalau banyak sangat rancangan kat TV tak tau dah nak tengok apa. Nak2 lagi bil astro manjang asyik naik. Adik...

GAMBAR! DAH NAMPAK BABY BUMP DATO SITI NURHALIZA

Image
GAMBAR! DAH NAMPAK BABY BUMP DATO SITI NURHALIZA . Walaupun masih tidak mengiyakan dirinya tengah mengandung tapi tak jugak menafikan. Tapi siti nurhaliza memang tak dapat nak nafikan dah bila tersebar sekeping gambar yang dah nampak perut dia yang semakin membesar. Ya Allah awat aku pulak teruja lebih ni.. Macam aku pulak kawen bertahun tahun tak dapat anak. Jangan Marah la.. Aku memang suka tumpang happy orang lain. Tak tau kot2 Dato Siti nak cakap penampakkan tumbesaran perut & badan dia tu sebab gemuk pulak. Tapi nampak susuk tubuh dia memang dah macam orang mengandung. Rasanya Dato Siti pun dah tak nak sembunyikan kandungan dia kot.. cuma dia tak bagi kenyataan untuk perkara tu je. Alah.. kalau memang dah mengandung sampai masa bersalin jugak kan. Sumber beautifulnara Apapun kita doakanlah yang terbaik untuk beliau. Dia nak nafikan atau mengaku tu hak dia la.. Mungkin dia ada alasan tersendiri kenapa masih tak nak mengaku dia mengandung. Yang pasti bukan sebab tak ...

DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU

Image
DISEBALIK NEW DELHI YANG ANDA TIDAK PERNAH TAHU . New delhi... kalau sebut tempat ni apa perkara pertama yang korang ingat? yer.. betul. Taj mahal.. tak pun filem hindustan. Tu je la korang tahu kalau sebut pasal new delhi kan? Sebab banyak di paparkan dalam filem hindustan & terkenal dengan taj mahal dia. Lain2 semua hangpa tak tau. Sebab hangpa tak tau ni yang buat aku rasa nak bagitau supaya terbentang luas sikit pengetahuan hangpa. Taj Mahal.. New delhi ni selain ada Taj mahal.. dia ada banyak jugak tempat yang mahal mahal namanya. Kiranya takde diskaun la.  Kalau tentang Taj Mahal semua orang tahu sejarah pembinaan dia. tapi aku ada baca kat wikipedia, selepas siap pembinaan taj mahal katanya arkitek & semua penukang yang terlibat dalam pembinaan di hukum. arkitek di pancung & penukang di potong tangan supaya mereka tidak boleh membina bangunan yang menandingi kehebatan taj mahal. Tapi dakwaan tu masih tiada bukti sahih. Tu tentang taj mahal yang mungkin kit...