Posts

Showing posts from August 4, 2011

MUKA KEMBANG

Image
Masa mengembang ni la nak kena buat Mykad baru sebab yang lama cip rosak. Nak buka Akaun BSN mesti la kena ada mykad. Kalau Data dalam Mykad tak boleh baca, tak boleh buka akaun. Kalau CIMB boleh lampirkan bersama surat beranak tapi BSN tak boleh pulak. Lepas tu memang urgent nak guna Akaun BSN, kan senang kalau boleh guna akaun Maybank atau CIMB sebab dah sedia ada. Alkisahnya.. Untuk urusan wasiat segala duit ringgit arwah ayah punya hal ni. Dihujung2 proses tu dorang nak pula akaun BSN. Pergi nak buat akaun minggu lepas, Mykad rosak. Merayu bagai pun tak dapat jugak. Katanya Bank Negara dah tetapkan syaratnya macam tu. IC sementara pun tak boleh. Pergi dua tiga cawangan BSN sekitar KL semua cakap benda yang sama. Takpe la redha.. sang lekit balik rumah dulu search semua cawangan BSN yang ada kat KL kemudian call satu persatu tanya samada boleh tolong tak sebab perlukan sangat. Nasib baik BSN cawangan Tun Dr Ismail boleh tolong tapi kena pergi juga buat Mykad baru, bawa IC sementar...

UV TERTINGGI DALAM SEJARAH BERBLOG SETAKAT INI

Image
Bukan nak riak, tak juga tujuan menunjuk - nunjuk. Bukan la hebat sangat tapi antara rekod terbaik sang lekit dalam arena berblog setakat ni. Memang tak pernah menjangka akan dapat UV (Unique Visitor) sebanyak ni untuk 1 hari.   1252 UV untuk tarikh 1 Aug 2011. Memang pecah rekod untuk blog melekat lekit setakat ni Terkejut juga sang lekit bila check Analitik Nuffnang tadi. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya. Ternyata cerita pasal Elia & Apek memang menjadi carian tertinggi sekarang. Pada mulanya takde la niat nak ambil kesempatan dari isu panas tu sekadar nak mengupas isu tu dari sudut pandangan peribadi & memberi teguran atas tindakkan si Elia yang menghebahkan cerita peribadi secara umum di laman sosial akan di jadikan iktibar pada kita semua tapi ternyata isu itu memang panas sangat. Entri yang menjadi view tertinggi bukanlah entri yang menyentuh pasal Kes Elia & apek yang berantakkan tapi entri lama yang pernah sang lekit tulis pasal GA anjuran Elia...