AKU BUKAN AHLI UMNO,PAS ATAU PKR AKU CUMA SEORANG IBU
Semalam aku ada buat entri pasal ada peserta perhimpunan membantah cukai GST membawa bersama bayi dalam perhimpunan tu. Walau ia perhimpunan Aman.. Alhamdulillah setakat ni aku tak dengar lagi berlaku apa2 perkara buruk dalam perhimpunan semalam tapi sebagai seorang ibu yang mengambil iktibar dariperhimpunan2 yang pernah di buat sebelum ni aku memang la sedikit rasa risau, marah & macam tak puas hati pulak tengok tindakkan segelintir mak bapak yang bawak anak kecil dorang ke tempat tempat macam tu walau bukan bawak anak aku tapi bawak anak dorang sendiri. Ada yang kata... bawak anak pergi tengok konsert, pergi jom heboh, pergi tempat hiburan yang sesak dengan orang boleh tapi bawak pergi tempat perhimpunan macam tu nak tegah sangat konon bahaya. Ni jawapan dari aku lah yer.. Pun tak berapa cerdik kalau ada mak bapak bawak anak2 kecil kat tempat2 macam konsert bagai tu. Tapi semalam tu aku cakap pasal perhimpunan membantah GST jadi aku tak list la semua tempat2 yang tak relevan n...