Posts

Showing posts from January 28, 2017

RESEPI NASI LEMAK BAJET

Image
RESEPI NASI LEMAK BAJET . Zaman ekonomi makin down ni semuanya kena bajet. Bukan je bajet makan kat luar jer kena cut cost.. bajet nak memasak pun kena cut cost. Ayam ikan semua makin mahal.. apatah lagi kelapa & santan. Jadi pada golongan yang pendapatan tak seberapa tu belajar2 kurangkan kos makan kat luar & kos nak memasak juga. Sebab hari aku masak nasi lemak bajet.. Bajet tu bukan apa. Barang basah semakin mahal tu salah satu alasan jugak tapi alasan paling relevan sebenarnya malas nak pergi kedai. Nak bajet tenaga supaya tak banyak keluar... Nanti banyak keluar tenaga kena banyak makan balik untuk tambahkan tenaga katanya. Hahahaha... Manusia memang suka bagi alasan. Terus terang je kau malas kan senang. 2 hari lepas rasanya ada masak guna sikit santan kotak.. Maka ada lebih lagi aku simpan dalam peti ais. Bangun pagi cium & rasa santan tu masih elok. Kalau simpan lagi lama confirm rosak. Aku ni jenis tak suka pembaziran tu yang kadang2 ada je aku recycle jadi ...

MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA

Image
MISTERI! HILANG 6 HARI DI PUNCAK BUKIT BROGA AKHIRNYA DI TEMUI DI TEMPAT YANG SAMA . Rasanya ramai yang mengikuti kes kehilangan seorang remaja 20 tahun Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman , yang berasal dari Pantai Merdeka Sungai Petani Kedah semasa mendaki bukit broga bersama 5 lagi rakannya yang lain. Kes kehilangannya menjadi viral bila salah seorang individu yang menyertai pasukan penyelamat untuk misi mencari remaja tu memuat turun 1 video dimana emak kepada remaja tersebut turut menyertai misi pencarian. Paling menyentuh hati bila ada rakaman yang menunjukkan mak dia memanggil manggil sayu nama anak dia dalam hutan. Video ibu kepada Mohd Azarul Mukhriz yang memanggil manggil nama anaknya Dia hilang sejak Ahad lalu tapi Alhamdulillah di temui dalam keadaan selamat. Sempat terbaca kat berita online tadi katanya pasukan penyelamat berpusing2 tempat yang sama di mana tempat dia hilang tu.. Akhirnya jumpa kat situ. Bayangkan macam mana dia boleh di temui di tempat yang sama...