ARTIS BOLLYWOOD Aamir KHAN TUNAIKAN HAJI

Sebelum ni memang sang lekit tak pernah dengar mana2 lagi artis bollywood yang mengerjakan ibadah haji tapi sang lekit tak berani cakap Aamir Khan artis pertama buat macam tu. Yelah... mungkin sebelum ni tak perasan mana2 surat khabar tulis pasal artis bollywood yang pergi haji, kan?? Hero filem Bollywood, Aamir Khan dan ibunya, Zeenat Hussain berangkat ke Mekah Jumaat lalu untuk mengerjakan ibadah haji, lapor portal berita India Today semalam.(rujuk kat SINI untuk artikal penuh) Apa yang best sangat kalau dia pergi haji sampai kau nak up entri ni sang lekit?? Kau gila traffic blog ker?? Gila la jugak.. sebab konsep menulis blog nak ada ramai yang membaca. Jadi setakat gila pengunjung blog tu normal la bagi setiap blogger tapi apa yang sang lekit nak komen momen pasal Aamir Khan pergi haji ni lebih dari itu la.. Ok.. kita sedia maklum kalau artis bollywood ni yang muslim ke non-muslim ke kalau berlakon kena buat semua watak. Kebanyakkan watak2 dorang beragama Hind...