MEROYAN MITOS MASYARAKAT SAHAJA?

MEROYAN MITOS MASYARAKAT SAHAJA? Baru baru ni menjadi viral & berita utama kes seorang ibu mengelar leher bayi dia yang berusia 2 bulan. Katanya dia terdengar bisikan yang suruh dia buat macam tu. Bisikan tu bagitau dia yang baby tu bukan anak dia tapi anak syaitan. Jadi.. atas sebab tu dia mengelar bayi dia sendiri. Lepas tu aku terbaca satu posting kat fcebook yang mengulas pasal isu tu sambil menyindir. Katanya setan di jadikan alasan. Tak tau la dia tak pernah tau pasal meroyan ke tidak tapi yang tak sedap ada dua tiga komen dari lelaki & perempuan yang menidakkan penyakit meroyan ni. Baca komen2 depa tu.. Nampak macam educated, urban & very kotaraya sangat tapi tetap bodoh tu ada. Sebab depa tak tahu pasal meroyan & menolak kewujudan penyakit meroyan. Kat situ memang nampak kurang ilmu & kebijaksanaan. hehehehe. Depa anggap yang percaya pasal meroyan ni kolot la kot.. Ada jugak manusia yang tidak percaya kepada penyakit meroyan ni, kan?. Dengan yakin be...