KHUNSA BERMAKSUD LEMBUT JADI PONDAN APA???
Huhuhuhu.. kontroversi title entry kali ni yer.. tanpa membebel bebal.. Yuk, kita membaca petikan di bawah yang baru je akak petik dari harian metro online.. segar dari ladang gitiew.. SETIAP suami isteri pasti mengimpikan zuriat yang lahir seorang bayi sempurna, comel, bijak dan sihat. Maha Suci Allah yang menjadikan manusia itu sebaik-baik kejadian. Namun, manusia hanya mampu merancang dan Allahsentiasa menguji hamba-Nya dengan sesuatu kekurangan bagi menilai tahap kesabaran dan kekuatan iman mereka.Satu daripadanya adalah Allah s.w.t ciptakan bayi yang baru lahir memiliki dua ciri jantina atau lebih dikenali sebagai khunsa. Malah, khunsa bukan terhad kepada manusia, malah ia turut berlaku kepada hidupan lain seperti siput, kerang dan ikan kerapu yang memiliki dua jantina bagi proses pembiakan. Kita perlu yakin setiap ciptaan Allah mempunyai hikmah tersembunyi dan ia fitrah yang membuktikan kekuasaan, kebesaran serta keagungan-Nya. Jarang masyarakat mahu membincangkan secara terbuka ...