Posts

Showing posts from February 22, 2011

KENAPA CONTEST, GA OR SEGMEN KORANG TAKDE SAMBUTAN?

kadang - kadang takut juga nak bagi pandangan biarpun takde niat nak menjatuhkan sesapa tapi masih ada yang suka ambil dari sudut yang negatif & memandang sebagai sesuatu yang menjatuhkan mereka bila something yang Lekit kupas kupis seolah - olah terkena batang hidung blog dorang kan?? Tapi dalam hidup ni kalau asyik takut jer.. Harus la menyorok bawah tempurung macam katak. Okies.. membaca rintihan deqdeq pada contest beliau yang slow sangat feedback dari blogger lain tergerak hati dan jari ni nak buat entri ni. Tak di nafikan syarat contest deqdeq agak berat.. Maybe sebab tu la feedback kurang. Seperti kita sedia maklum.. Rutin harian kita dah terbeban dengan macam - macam perkara tak kira la kerja, rumahtangga or apa - apa jer yang kita manage hari2.. So bila kat blog ni macam salah satu kita mencari something untuk release tension. Contest macam jajan or cikedis or senang paham makanan ringan la kat blog. Di samping menghiburkan kita maybe ada dapat something kalau bernasib b...

ANAK KEBULUR MAKAN NAJIS DI TINGGALKAN IBU

Image
Kisah ni amat la menyedihkan bagi sang Lekit.. Kisah tiga kanak - kanak malang. Setiap kali ibunya keluar bekerja mereka akan di kurung dalam rumah tanpa di sediakan makanan dalam keadaan rumah yang tidak terurus. Paling menyedihkan bila ibunya langsung tak pulang menyebabkan kanak - kanak ni hampir kebulur. Pernah salah seorang kanak - kanak ni makan najisnya sendiri sebab terlalu lapar. Ada juga jiran yang bersimpati menghulurkan makanan pada kanak - kanak malang ni.. Tapi malangnya bila di ketahui ibunya.. mereka di pukul kerana mengambil makanan dari jiran - jiran. Kanak - kanak malang ni pernah di hantar ke rumah kebajikan tapi di ambil semula oleh ibu - ibunya. Kalau dah tak berkemampuan menguruskan anak - anak kenapa ekk ibu ni ambil balik & biarkan anak - anak dia menderita kelaparan setiap kali di tinggalkan ketika dia keluar bekerja?? Mampu ke si ibu ni menyuap makanan ke mulut sendiri tanpa memikirkan anak - anak yang tak makan di rumah?? Kerasnya hati si ibu ni kan?...

FACEBOOK HARAM GAMBAR IBU MENGANDUNG

Image
Wah.. ni maybe mendatangkan kemerajukkan pada ibu - ibu yang sedang mengandung. Apa salah ibu mengandung sampai tak boleh upload gambar ketika perut memboyot. Sabar dulu. Baca kisah selanjutnya... Alkisahnya.. Seorang wanita terkejut kerana gambarnya dalam keadaan hamil diharamkan oleh laman sosial Facebook. Gambar wanita itu yang dirakam oleh seorang jurugambar profesional itu dijadikannya sebagai gambar profil di muka surat Facebooknya. Namun, hanya selepas tiga hari ia menjadi gambar profilnya, Facebook mengeluarkan gambarnya kerana dianggap menyalahi terma 'berbogel. wanita yang berusia 34 tahun itu menyatakan bahawa gambar itu bukannya lucah kerana seluruh tubuhnya ditutup.Jom lihat gambar yang di katakan berbogel ni... Angela yang berusia 34 tahun Gambar camni pun kena haram.. Abis gambar berbikini tu boleh lak upload. Or pakai baju dedah atas bawah. Tak paham betul. Apapun kalau korang nak baca berita terperinci sila clik : Facebook haramkan gambar wanita mengandung