MINYAK MASAK 3 KALI GUNA TAK JADI RACUN PUN SEBENARNYA
Baru2 ni ada jugak terbaca sebaran di laman FB katanya minyak masak yang 3 kali di guna semula akan jadi racun. Walaupun den bukan jenis suka sangat recycle minyak yang dah di gunakan kecuali dalam keadaan terdesak. Tetiba nak memasak atau goreng sesuatu.. tup2 tengok minyak dah nak abis atau tak cukup. Time tu je nak recycle yang dah guna sekali. Tu pun kalau minyak tu still jernih & cantik lagi. Hari ni baca kat mynewshub katanya tak jadi racun pun kalau minyak masak 3 kali guna tu. Tiada standard yang di tetapkan untuk berapa kali tempoh penggunaan minyak masak tu cuma bergantung kepada tekstur minyak tu selepas di guna. Jika warna minyak masak menjadi perang pekat, menjadi lebih likat atau pekat, berbau tengik dan banyak asap terhasil semasa minyak masak itu dipanaskan elok la di tukar kepada minyak yang baru. Rujukan Mynewshub Jadi pada orang2 dapur sekalian tak perlu risau sangat la nak recycle minyak yang dah guna tu. Selagi minyak tu masih nampak rupa minyak...