Posts

Showing posts from May 15, 2015

ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM MENGANDUNG LAGI

Image
Wan Sakinah yang dulu pernah di kecam dengan macam2 kontroversi kini dah hamil anak kedua. Tu tandanya korang hentam & kecam macam mana pun dia tetap bahagia even bergelar bini nombor dua. Yang dok lebih2 sangat kutuk tu dah mengandung ke belum? hahahahhaa Tak payah nak buat ayat2 macam Isteri pertama Ashraff muslim teraniaya sangat.. Konon kesian Dayana bla.. bla.. tak mengandung.. terpaksa bermadu... makan hati.. bla.. bla.. mesti kurang kasih sayang dari suami... bla.. bla.. bagai. Insya Allah Dayana seorang yang positif & bahagia dengan Anugerah anak & bakal anak tiri yang bakal lahir nanti. Dan tak payah nak mencaci Sakinah terus terusan dengan mengelarkan dia perampas. Depa nampak bahagia jer hidup berkongsi kasih kita pulak yang sakit tengok dah kenapa, kan?  Sumber google Apapun even aku terlebih dulu kawen sebelum sakinah.. Aku masih belum ready untuk 2nd anak. Anak nan sorang ni perlu perhatian yang lebih buat masa ni. Apapun tahniah pada Sakin...

TAK PAYAH BACA AL QURAN KALAU TAK FAHAM MAKSUDNYA

Image
Maaf yer kalau tajuk entri ni buat sesapa terasa. Tapi aku rasa nak menulis jugak pasal ni walaupun aku bukan orang yang tinggi ilmu agamanya atau menghafalkan Al Quran. Aku pun bukan faham sangat maksud ayat2 al quran kalau tak baca terjemahannya dalam bahasa melayu. Ye aku mengaku, aku serba serbi kurang dalam bab tu. Sumber Google Tapi satu aku tak suka mempertikaikan perkara baik apatah lagi yang mendapat ganjaran pahala bila di lakukan. Yelah tak di nafikan masih ramai yang tahu membaca Al Quran tapi tak tahu maksudnya tapi sentiasa mengamalkan. Tapi ada jugak yang katanya faham maksud setiap kalam Allah dalam Al Quran tapi jangankan nak jadikan panduan hidup, amalkan pun tidak. Mana lebih baik? Fikir la sendiri yer... Hukum membaca Al Quran tanpa memahami maksudnya tetap la dapat pahala. Malah pahala di kira dari setiap satu huruf yang di sebut. walau tak tahu maksudnya. Pahala tetap dapat kerana membaca Al-quran dikira sebagai ibadah jikalau kita ikhlas semata-mata k...