Posts

Showing posts from May 14, 2015

MISTERI SERAM BILIK ASRAMA SEKOLAH AGAMA KLANG

Image
Entri malam jumaat kali ni aku nak share satu kisah seram yang berlaku kat salah sebuah bilik asrama di sekolah agama di klang. Ni salah satu port paling di gemari golongan yang di gelar hantu atau spesis sebenarnya Jin. Kebanyakkan asrama budak perempuan la. Suka sangat menyakat gadis sunti. Almaklum dari hujung kaki sampai hujung kepala tengah membesar. Bukan je manusia geram tengok, Jin pun terliur katanya. Sedang elok katanya. Ok.. ok.. bukan nak cerita SX malam Jumaat tapi nak cerita seram. Kisah ni berlaku kat salah sebuah sekolah agama berasrama di klang. Nama sekolah tu tak pulak di beritahu. Kisahnya satu bilik asrama yang di kosongkan sejak tahun 80an katanya. satu bilik di blok A level 3 yang menjadi misteri sebab katanya ada yang menghuni. Mungkin penghuninya tak nampak dengan mata kasar. Area bilik tu kawasan dia takde sapa boleh letak apa2 even katanya ada budak asrama yang terjemur kasut kat koridor atau tembok depan bilik tu pun katanya esok kasut tak duduk atas ...

AKHIRNYA PEMBAWA WABAK MEROYAN BERAKHIR HARI NI

Image
Meroyan ni satu wabak ke? Yer boleh jadi satu wabak bila ada sesuatu yang menyebabkan kaum wanita tak kira yang gadis mahupun perempuan dewasa jadi meroyan dalam tempoh waktu yang sama setiap hari. Alhamdulillah penyebab penyakit meroyan sejak dua menjak ni akan berakhir hari ni. Erkk... meroyan pun ada expired date ke? Sumber Google Pembawa wabak meroyan yang aku maksudkan adalah drama slot akasia Hati perempuan. Tengok post media hiburan tadi katanya hari ni episod akhir maka bermula esok Insya Allah tiada lagi status meroyan yang aku nampak kat news feed aku. Aku mula2 tengok jugak la sikit tapi macam taste drama2 macam tu aku malas nak tengok sangat. Bukan apa.. kang terbergaduh dengan peminat drama tu pulak. dah la hero & heroin hanya layak pegang watak penyapu ahli sihir berjubah hitam & berhidung panjang, drama pulak boleh morning sickness aku jadinya even tak mengadung. So, aku ambil keputusan tak payah follow sangat la. Nak hadap pun tak berapa selera macam mana...

HILANG TEMPAT MENGADU TANPA FACEBOOK

Image
Hari ni kita cakap topik berunsur soal hati sikit la kan.. Asyik dok cerita seram dengan isu2 berpuaka jer. Sebab aku tengok ramai sangat merintih kat FB setiap hari. Kesian pulak. Ada yang bagi teguran kat orang jangan merungut dengan dugaan, masalah bagai tapi pada masa yang sama aku asyik dok baca rintihan kelambu dia jer hari hari. Sampai dari simpati rasa takde hati dah.  sumber Google Terfikir jugak aku yang hari2 merintih kat FB ni memang setiap saat hidup depa ni takde hormon2 ceria ke camna? Aku pun manusia mustahil la aku tak ada masalah langsung & 24 jam aku dok cari masalah orang jer nak fikir. Tapi jenis aku.. Aku fikir bila terlampau cerita kebahagian nanti orang menyampah & kalau setiap minit dok merintih sedih jer pun orang rasa semak. Dan yang orang terlupa.. kadang2 bila kita asyik meluahkan perasaan kat laman sosial ni orang2 yang nak menjatuhkan kita memang suka. Mustahil la musuh suka tengok musuhnya bahagia kan. Kat situ kita dah tunjuk kita lem...