Posts

Showing posts from June 1, 2011

KAU TAK KISAH TAPI ADA YANG KISAH PASAL STATUS DARA KAU.

Image
Lagi kisah yang sang lekit nak kopek dari isu yang berkaitan dengan penulisan blog. Mungkin mereka - meraka nak rasa diri berani, bersuara lantang, terbuka & tidak kisah dengan maruah diri lalu membuka segala aib yang ada untuk pembacaan umum dengan bangganya sedangkan dalam Islam pun kita di galakkan menutup aib sendiri kalau memudaratkan. Tak perlu nak jujur sampai tak fikir kesannya pada diri sendiri, keluarga & orang - orang yang ada pertalian darah dengan kita. Hasil carian google. Sekadar hiasan Mungkin isu pengakuan berani seorang gadis dalam laman blognya menyatakan dia memang takde dara & pernah melakukan seks luar nikah ramai yang dah tahu. Tapi nak juga sang lekit berkomen secara peribadi tentang isu ni. Mungkin usia yang terlalu muda buat gadis ni cetek akalnya bila buat keputusan tanpa fikir panjang untuk menulis aibnya sendiri secara terbuka. Kesannya bukan hanya pada gadis tu malah keluarga  gadis tu juga terutama mak bapak dia. Mungkin dia rasa peng...

TERIMA HUKUMAN REJAM SAMPAI MATI SELEPAS SERTAI PERTANDINGAN RATU CANTIK

Image
Hanya menduduki tempat ketujuh dalam pertandingan Ratu cantik, seorang remaja perempuan di rejam sampai mati kemudian mayatnya di tinggalkan dalam kawasan hutan. Mayat remaja tersebut di temui selepas seminggu ia di laporkan hilang. Wajah peserta pertandingan ratu cantik yang di rejam sampai mati Tiga pemuda Islam sedang di siasat polis terhadap kes pembunuhan tersebut. Menurut sumber, pemuda tersebut menganggap kematian remaja tersebut itu di benarkan mengikut hukum Islam. Salah seorang dari suspek juga mendakwa remaja tersebut melanggar undang - undang syariah dan beliau tidak kesal dengan perbuatannya merejam remaja perempuan itu sehingga mati. Tapi perkara ni bukan berlaku kat Malaysia tau.. Tapi nun jauh kat Ukraine sana. Nak mengopek secara terperinci terhadap hukuman rejam terhadap remaja yang menyertai pertandingan ratu cantik ni sang lekit tak sempat nak search lagi apapun kalau ada masa Insyaallah sang lekit cuba mencari informasi berkenaan perkara tersebut untuk kita sa...

JANGAN PANDANG PEREMPUAN COMEL BERPERUT BOYOT ITU!

Image
Amaran keras tu! Siapakah gerangan perempuan comel berperut boyot itu?? Wakakakakakaka.. comel kah ia?? Tentang comel masih dalam siasatan kerana beliau sering kelihatan comot sahaja tapi berperut boyot memang terbukti walaupun perutnya sedaya mungkin di sorok walau kini tidak berjaya lagi. Apa kisah perempuan berperut boyot itu? Kenapa tidak boleh di pandang? Sebab akan dia akan bertukar menjadi hulk apabila terlalu menjadi perhatian setiap kali melangkah keluar rumah. Pandangan macam mana yang membuat perempuan boyot itu marah? Yelah.. kau takat pandang seimbas lalu, pandang hujung2 mata, pandang dengan pandangan biasa jer beliau takkan la bertukar kaler hijau (hulk) tapi bila setiap kali terserempak dengan orang yang sama, family yang sama asyik pandang dengan pandangan pelik, sinis lepas tu berbisik sesama sendiri memang la mengundang kemarahan. Hasil carian google. Sekadar hiasan Alkisahnya.. Ada la satu family india kat rumah sang lekit ni. Rumah dia selang 2 3 buah rumah je...