Posts

Showing posts from May 9, 2011

LAGI ISU BLOGGER MAKI HAMUN DALAM BLOG

Image
Rasa serik untuk mengopek isu macam ni bila isu yang lepas menjadi kontroversi & sehingga hari ni pun sipolan itu tidak jemu - jemu menyindir secara peribadi di blog beliau? Oh tidak.. Mengapa harus takut sedangkan sang lekit cuma memberi teguran, pandangan & pendapat secara peribadi dengan konsep tidak mengaibkan sesiapa. Pandangan & pendapat di beri secara umum, kalau ada yang tergigit cili tu apa lagi nak di kata, kan?? Hasil carian google . Sekadar hiasan Menerjah ke blog Mak dara terbaca lagi satu blogger yang menggunakan konsep ala - ala maki hamun juga la bila tidak berpuas hati dengan isu tidak bertudung yang di perkatakan. Dia mengkritik hebat fesyen - fesyen bertudung yang tidak menepati konsep menutup aurat cara Islam. Apa yang sang lekit baca dia bukan lah berniat menegur fesyen bertudung tapi lebih kepada melepas geram kepada mereka yang mengkritik golongan yang tak bertudung. Dalam kes ni sang lekit pun tak bertudung tapi bukan itu caranya untuk kita membel...

JANGAN MEMBERI HARAPAN KOSONG YANG INDAH PADANYA

Image
Di lukai & melukai bagai satu perkara biasa dalam hidup kita. Macam - macam penyebab terjadi lukai di lukai. Ada sengaja.. terpaksa.. bergantung pada tujuan, niat & matlamat seseorang. Luka di lukai ni selalunya di kaitkan dengan  alam percintaan. Sesiapa sahaja yang pernah melalui alam percintaan kebanyakkan tak terlepas dari pengalaman terluka atau melukai, betul tak?? Hasil carian google Okies.. apa yang sang lekit nak kopek kali ni adalah tentang jangan memberi harapan kosong yang indah kepadanya? Dari pengalaman masa zaman remaja gedik gedikkan dulu sang lekit pernah melalui situasi ni. Situasi macam mana tu?? Sang Lekit pernah rapat dengan seorang lelaki yang berbeza usia 10 tahun lebih tua dari Sang Lekit. Memang rapat & sangat rapat tapi tidak pernah declare sebagai kekasih. Teman tapi mesra. Dia pernah meluahkan perasaan pada sang lekit tapi di tolak mentah - mentah. waktu zaman remaja memang sang lekit akan jadi keliru dengan perasaan sendiri bila sang leki...

BLOG MELEKIT JADI PILIHAN BLOG SENSASI MINGGU INI

Image
Terima kasih kepada Blog Sensasi kerana menjadikan blog Apa yang melekat lekit hari ni sebagai blog pilihan untuk di review sekaligus memberi publisiti & promosi pada blog sang lekit ni. Terharu sangat dengan penghargaan tu. Yelah.. blog yang tepian longkang macam sang lekit mendapat tempat di hati Blog sensasi tu. walau ulasan nya ringkas tentang blog melekit ni tapi tetap sang lekit nak ucapkan jutaan terima kasih pada pihak blog sensasi. Untuk pengetahuan korang ini bukan segmen yang memerlukan korang sertai dengan membuat entri yang di anjurkan pihak blog sensasi untuk memilih blog mana untuk di review.. Mereka memilih secara rawak kot. Rasa blog mana yang sesuai & berjaya menggoda admin blog sensasi maka blog tu akan menjadi pilihan mingguan. Jadi, tak perlu la korang tertanya - tanya lagi macam mana nak menjadi pilihan mingguan blog sensasi. Cuma tunggu jer.. kalau ada rezeki insyallah ada la tu. Entri ni bukan nak menunjuk - nunjuk sekadar untuk mengucapkan terima ...