Posts

Showing posts from November 5, 2015

INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH

Image
INI YANG KITA TIDAK TAHU DI SEBALIK PAKAIAN SEKOLAH JENAMA CANGGIH . Aku dulu masuk sekolah menengah memang pergi beli sendiri la baju sekolah, kasut sekolah, beg sekolah & buku sekolah bagai. Baju sekolah tu terpulang la nak beli readymade punya atau nak beli kain & pergi tempah. Tapi masuk tingkatan 5 aku decide nak pakai baju readymade jenama canggih je. Best pakai baju sekolah jenama canggih ni. Kain dia tebal.. tak panas & tak mudah berkedut. Warna putih dia pun bagi aku tak cepat kusam walau setahun pakai. Jenama canggih aku tak sure sekarang popular lagi ke tidak tapi zaman aku sekolah tak berapa trend sangat jenama canggih ni. Trend masa tu pakai kain licin katanya. Jadi kain cotton masa tu tak berapa jadi pilihan sangat la. Biasa la baju sekolah pun ada trend ikut peredaran zaman jugak. Zaman pakai kain sapu lantai ada.. zaman pakai kain musim banjir ada.. trend tudung singkat. Trend tudung bulat.trend tudung bucu tajam.. tak larat pulak aku nak menghafal fesy...

JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN

Image
JADI ISU BESAR KALAU ARTIS YANG PAKAI JENAMA TIRUAN . Gamaknya kalau jadi retis kat Malaysia ni kena perfect serba serbi. Kena bergaya mewah2 jer.. Bila beli barangan tiruan terus jadi isu besar. Ingat income semua retis kat Malaysia ni mampu bermewah ke? Ada yang cukup2 makan je. Tapi sebab mereka retis kadang2 orang rasa mereka berpendapatan tinggi & mampu untuk beli barangan mewah. Hakikatnya.. Tak semua retis kaya macam Che Ta, hokay! Bila tengok tajuk berita Harian Metro Yang Highlight pasal kebanyakkan artis pakai jenama tiruan rasa macam nak gelak sambil hentak2 kaki je. Katanya segelintir artis tempatan di kesan menggunakan jenama tiruan. Tak paham lagi ke bapak2 menteri.. Rakyat Malaysia sekarang memang terpaksa berjimat termasuk artis kecuali che ta jer.. Sebab kos hidup dah meningkat. Jadi segelintir retis terpaksa guna jenama tiruan yang lebih murah bagi nak cut kos. Yang harian metro highlight pasal retis guna jenama tiruan macam retis tu bukan manusia pulak. Ja...

JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH

Image
JANGAN JADI BLOGGER PEMALAS MENUMPANG TUAH . Sekarang ni kita boleh tengok ramai blogger2 baru muncul. Perkara pertama kebanyakkan depa nak belajar adalah macam mana nak buat duit dengan blog. Bukannya depa nak belajar macam mana nak tulis artikel yang menarik minat orang membaca. Terus nak express dapat duit. Mungkin apa yang depa bayangkan.. hari ni buka blog.. Bulan depan confirm dapat income. aku memang salute la kalau orang yang 0 tentang blog tulis blog sebulan dah dapat income sebab aku bertahun jugak la belajar macam mana nak jana pendapatan melalui blog. Sebab aku kenal blog tanpa tahu apa2 tentang duit melalui blog. Aku kenal blog sebab aku minat menulis jer. Nak berjaya tak kira dalam apa bidang pun kita pilih termasuk berblog ni bukan kata hanya dengan satu step jer. Kita lahir pun tak terus pandai berlari. Kita melalui banyak step sebelum kita mampu berjalan dengan sendiri. Macam tu jugak dengan hidup ni.. Nak capai impian yang kita inginkan tu bukan semudah buat r...

AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL

Image
AKIBAT MENYERU HANTU DALAM RUMAH TINGGAL . Sekarang banyak group paranormal di tubuhkan.. Bukan je kat luar negara malah kat Malaysia ni pun dah makin banyak. Masing2 nak mengkaji makhluk ghaib sampai aku rasa kadang2 jin pun menyampah nak layan depa ni. Pada yang obses dengan aktiviti paranormal ni kadang2 sampai sanggup lakukan ritual yang bertentangan dengan ajaran Islam dah akhirnya membawa malapetaka pada diri sendiri. Kisah yang aku nak cerita ni berkaitan dengan group paranormal jugak. 5 sekawan ni tekad nak menyiasat kewujudan entiti @ makhluk halus di sebuah rumah tinggal. Sebelum mereka ke rumah tersebut salah seorang dari 5 orang ni selalu dapat mimpi ngeri berkenaan rumah tersebut membuatkan ketua kumpulan group paranormal ni semakin nak mamat tu join mereka kerumah tersebut sebab lelaki tersebut sebenarnya ada kaitan dengan kejadian ngeri pernah berlaku di rumah tersebut. Ibu kepada lelaki tersebut sebenarnya pernah terlibat dalam kejadian misteri di rumah tersebu...