SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM

SIBUK DENGAN 'BOIKOT' TAPI TAK BELI PUN PRODUK ORANG ISLAM . Hangpa perasan tak spesis yang jenis orang kempen boikot dia pun tak nak kalah. Pung pang pung pang kat social media.. boikot tu boikot ni.. Alih alih lepak starbuck la.. makan kat kopitiam, membeli belah kat pasaraya pasaraya besar milik bukan Islam. Dia tak semak pun segala produk dia beli keluaran orang Islam ke dak.. Tapi kemain share lahai kempen memboikot ni. Tapi pantang sikit ada produk viral macam boba tea.. Ayam pedas 3 kali ganda.. Laju dia beli. Tak mau terlepas peluang merasa katanya. Saya bukan la nak ajak orang boikot apa apa atau sesapa tapi golongan acah acah macam ni bagi saya cuma sekadar nak mencetuskan provokasi. Dia tak buat tapi dia suruh orang lain buat. Tak salah pun kita nak support keluaran produk orang Islam untuk bantu tingkatkan ekonomi orang Islam tu sendiri. Dengan cara tu keuntungan mereka dapat di salurkan melalui zakat atau apa apa aktiviti amal yang boleh membantu orang lain....