Posts

Showing posts from June 20, 2015

RUMAH MONA FANDEY SELEPAS 21 TAHUN

Image
Biarpun dah 21 tahun berlalu namun namanya di ingati sampai sekarang malah kisahnya masih orang nak baca. Tempat dia menjalankan upacara mistik masih menjadi lokasi aktiviti paranormal malah rumah dia pun masih ada aura seram. yelah.. rumah tinggal tak payah tunggu jadi Rumah Mona Fandey... rumah kita pun kalau tinggal lebih dari 3 hari ada penghuni ghaib menumpang. Sampai sekarang kalau tulis pasal Mona Fandey tetap pembaca. Masing2 macam tak jemu nak tau apa saja cerita seram & mistik berkaitan satu nama tu.. Tapi kalau adapun jelmaan seram di tempat Mona Fandey pernah tinggal atau di jadikan tempat menjalan upacara ilmu yang di amalkan dulu itu bukan la jelmaan arwah. Time tu la jin nak ambil kesempatan memesongkan akidah manusia. Roh yang dah ke alam barzakh takkan boleh kembali ke dunia dengan apa cara atau jelmaan sekalipun. Membebel panjang lupa pulak nak tunjuk rumah peninggal mona Fandey selepas 21 tahun kejadian pembunuhan ahli politik. Dah nama pun berpuluh tahu...

MENTALITI LELAKI, KAWEN LEBIH DARI SATU CUKUP SEKADAR SAH

Image
baru2 ni kecoh isu yang jadi viral pasal seorang lelaki bersama mertua & isteri kedua terkorban akibat kemalangan. Trajedi tu membongkar rahsia yang selama ni isteri pertama dia yang tengah mengandung tak tahu iatu dia dah kahwin lagi sorang. Tak di nafikan dalam kes ni orang perempuan lebih emotional respond. Yelah.. seolah olah dapat rasa teraniaya.. sedih.. kecewa & di tipu. Tapi ada segelintir lelaki yang backing perbuatan macam tu dengan alasan.. Tak salah sebab nikah tu sah dari segi hukum. Mentaliti sesetengah lelaki.. memang macam tu. Asal sah jer semua jadi betul. Sah jer tak membetulkan segalanya kalau kau tak boleh adil. Jangan cakap adil untuk perkara lain.. Adilkah bagi seorang isteri andai kena tipu hidup hidup macam tu? Nak2 lagi semua penipuan terbongkar bila semuanya dah mati. lagi sakit dari terbongkar masa hidup. Nak marah tapi tak tahu pada siapa. Nak memaafkan pun bukan semudah perkataan 'Maaf'. Nak2 lagi bila kesalahan tu di lakukan oleh...

3 TIPS MUDAH BANTU MEREKA YANG BARU BELAJAR PUASA

Image
Jangan ingat budak2 jer baru belajar puasa ada yang dah bangka baru dapat hidayah untuk belajar berpuasa. Yelah.. maybe sebelum ni dia tak pernah di ajar berpuasa atau berpuasa sampai umur dah masuk zon emas.. tetiba di hujung2 usia mula sedar diri & nak berubah kearah kebaikkan tahun ni tekad nak berpuasa. Bayangkan selama berpuluh tahun hidup tak pernah puasa tetiba tahun ni secara drastik nak puasa.. mesti bagi golongan macam ni susah sikit la.. Takpe, Mummy lekit boleh bantu dengan 3 tips mudah ni.. Pertama... Jangan skip sahur & jangan sahur awal sangat macam makan sebelum tidur. Sebabnya.. sahur terlalu awal atau sebelum tidur akan buat badan anda mudah letih & dehidrasi. Banyakkan minum air semasa bersahur untuk pastikan badan anda cukup air. Sediakan sahur yang mudah & adalah lebih baik masak sebelum tidur. Bukan apa memudahkan anda untuk bersahur. Tak perlu bangun terlalu awal untuk masak.. cuma bangun untuk panaskan & makan jer. Kalau nak tengok cad...

AYAH YANG MACHO BUAT 15 PERKARA NI

Image
Ayah adalah hero seorang anak jugak hero seorang Isteri. Kalau dia bersikap pondan.. Memang hilang la maruah seorang lelaki. Semua benda nak bini settle kan. Semua benda tak boleh buat dengan alasan sebab dia lelaki memang tak macho la. Seorang lelaki Macho jugak menyatakan perasaan sayang dia melalui perbuatan bukan duduk lenggang perut dok karang kata2 puitis & romantis ja.. Padahal tiap2 bulan bini jugak kena topup barang dapur, kena jaga anak & bayar segala bil bagai. Tak kenyang la makan ayat. So jangan hanya pandai mengayat tapi tak reti suap anak bini makan. Nak tau seorang lelaki bergelar Ayah macho ke tidak.. Dia akan buat 15 perkara ni bukan tau buat anak je tapi tak tau nak bela & jaga. Sesetengah lelaki nak gagah perkasa atas katil je tapi bab tanggungjawab lemah gemalai mengalahkan penari makyong. Kerja berat sikit tak boleh.. bawak barang banyak sikit tak boleh.. jalan jauh sikit dah letih.. Pendek kata kalau boleh 24 jam dia nak melingkar atas katil je...