HUKUM MEMBERI UCAPAN SELAMAT UNTUK PERAYAAN ORANG BUKAN ISLAM

Ini sekadar info di hujung jari yang di rujuk dari portal rasmi JAKIM, e-fatwa . Aku pun tak berani nak share kalau dari sumber yang tak sahih atau dari sumber orang2 yang tak di kenali. Yelah.. aku kan jahil jugak, tak berani memandai mandai. Sebab tu nak share pun aku cuba la rujuk dari sumber yang sahih kat online ni supaya tak jadi pertikaian. Kalau salah info ni, maka JAKIM la bertanggungjawab ye dak? Isu ni sebenarnya sangat simple tapi di rumitkan dengan pertikaian yang tak berasas. Yang jadi kelam kabut sebab ramai yang mengeluarkan pendapat ikut hukum akal bukan merujuk kepada mereka yang lebih bertauliah & berpengetahuan dalam hal tersebut. Setakat isu2 semasa, gosip2 retis tu ok la nak guna hukum akal je kan.. Tapi kalau berkaitan dengan hukum hakam agama ni better merujuk kepada mereka yang lebih arif. Kita dah biasa wish kepada orang bukan Islam bila tiba hari perayaan depa.. Tu benda biasa yang berlaku. Bukan tak boleh... boleh tapi ada perkara yang jadi tak bo...