Posts

Showing posts from December 17, 2010

KU JELING SEBENTAR PADA HARI YANG LEPAS

Bila datang khabar gembira hari ni.. Terjeling sekejab aku pada hari - hari yang lepas. Betapa Agungnya Yang Maha Esa.. Takkan di beri kebahagian tanpa meniti kepayahan. Itu Janji Nya. Dia mengajar kita untuk tabah, sabar & jangan berputus asa. Hari ini aku belajar betapa ruginya manusia yang berputus asa dalam hayat mereka. Melalui episod2 terduga dalam hidup aku.. Buat aku rasa macam hidup dalam gelap. Aku pernah melalui episod airmata yang bagai hujan di musim tengkujuh. Hari - hari ada saja perkara buat aku menangis. Bermula dari episod pemergian Ayah secara mengejut di saat2 aku menghitung hari untuk melangkah ke satu zon bergelar Isteri. Dan selepas tu macam - macam lagi dugaan yang datang dalam hidup aku sehingga aku lemas.. Rasa semua dahan yang aku berpaut rapuh. Kiri kanan suara - suara meminta aku melangkah pergi.. Keluar dari penderitaan yang aku alami. Tinggalkan sesuatu yang aku miliki. Terhimpit dengan dua pilihan.. Namun ada satu suara yang datang.. Memberi semang...

AutoPing Entri di BlogLarian FB

Image
Rumah saya beralamat Bloglarian yang ke-4. Disini secara skemanya saya berbahasa ingin menyatakan kelebihan bloglarian adalah menyesakkan traffic di blog saya even saya tak berkesempatan untuk berblogwalking sekalipun. Ia amat sesuai bagi mereka2 yang sentiasa sibuk atau menyibuk dengan hal - hal lain. Keburukkannya saya belum nampak lagi.. Then macam mana saya nak cakap. Kang jadi pitnah pulak. Dosa tu! Saya dah sudahkan entri ni jadi saya harus ke syarat seterusnya iatu kena bagitau Bloglarian yang saya dah selesaikan tugasan yang di beri. Pada jiran - jiran saya di bloglarian yang belum buat tugasan ni ayuhlah tunaikan tanggungjawab anda sebagai penghuni perumahan bloglarian.

JANGAN BACA SEIMBAS LALU

Tu pengajaran penting untuk aku hari ni. Aduhai.. contest oh contest. Ni kisah berkaitan dengan satu contest yang aku join. Alkisahnya.. Macam biasa la aku bw.. Singgah je memana yang sempat aku clik. Terjumpa dengan satu contest si cantik manis Rieyana ni.. Contest ni syaratnya kena buat satu header atau gunakan header yang sedia ada. Header sendiri bukan buat header untuk penganjur macam contest Qila. Sebab masih di bayangi contest Qila tu.. aku baca seimbas lalu je syarat dia then copy pic2 si Rieyana ni pulun la buat header.. 1 jam jugak la nak siap. Then lepas siap.. Aku masuk balik blog si Rieyana ni nak baca syarat seterusnya.. Then baru aku perasan yang tema contest ni.. Buat header sendiri. Aduhai... Dah kontot jari aku ni punya create header kat Rieyana.. Alih - alih salah faham. Kena la buat semula header aku sebab blog aku yang aku guna untuk contest tu memang takde header. Tu la pasal.. Lain kali baca jelas2 dulu baru buat keja. Hambik kau! Sambung 1 jam lagi buat header...

KALAU INI LA DI KATAKAN BE

Image
 Maka aku dah berjaya dapatkannya. Kali pertama!! Harus hepi sebab salah satu kejayaan aku dalam berblog ni jugak.. Membuktikan peningkatan dari jumlah views blog aku kalau tak takkan nuffnang bermurah hati bagi aku menda ni. Thanks semua sebab tanpa korang meng views blog & entry aku ni takkan mungkin aku mampu dapat semua ni. Kita support menyapot sesama sendiri yer.

SELAMBA BOGEL NAIK BAS

Image
Dengan menggalas beg sandang di bahu.. selamba badak je pompuan ni naik bas. Alkisahnya jenjalan baca kosmo jab tadi. Terjumpa dengan cerita ni. Jom Kita kupas kupis GAMBAR yang disiarkan asianoneNews menunjukkan aksi seorang wanita bogel yang menunggu dan menaiki sebuah bas di Bedok, Singapura kelmarin.    Kisahnya seorang wanita pertengahan umur di singapura yang selamba badak je naik bas selepas menanggalkan satu demi satu pakaiannya semasa di perhentian bas tu. Sah la mental problem ni kalau tak.. takkan dia nak berbogel tak tentu pasal kot. Bila dia naik bas jer confirm la semua mata tertumpu kat dia. Korang takkan tak pelik.. tetiba ada pompuan bogel naik bas. Ke Singapura terlampau panas sampai pompuan tu sanggup berbogel. ISkk... kojo gila tu beb! Menurut Kosmo lagi..Kejadian terbaru itu mencetuskan persoalan di negara berkenaan sama ada semakin ramai penduduk suka berbogel di tempat awam.Sebelum wanita itu, seorang lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an...

15736 VISITOR SEMINGGU BLOG 2DAYBLOGGER.COM CONTEST

Image
Perkenalan yang amat bermakna dengan satu blog ni membuatkan sesuatu yang aku tak faham tentang nuffnang selama ni.. Pagi ni aku jadi faham sesangat sebab penjelasan yang di beri amat jelas terang lagi mudah di fahami. Blog sapa tu.. Meh semua gi skodeng. http://www.2dayblogger.com/blog/ Banyak tutorial yang berguna pada blogger yang masih melukut tepi longkang macam aku ni.. Aku nak share skit Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang? Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Ad vertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:- CPC ( Cost per click ) Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak… CPM ( Buffered earnings ) Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan de...

MAIN MASAK - MASAK PUN PERLU DI PANTAU

Image
Bukan tak alert atau terlepas bas mini pasal kes dua beradik beraksi di ranjang tu.. Tapi macam biasa la kalau terlalu ramai yang kupas kupis isu hangat hari ni dia paper.. So, aku malas nak buat lagi. Tapi tertarik untuk mengupas kupis isu ni.. Menyeramkan bagi ibu bapa yang punya anak sedang membesar.. Kalau zaman dulu kalau masih di zon kanak - kanak mak bapak tak pening kepala sangat. Takat main masak - masak.. main sanding - sanding.. Mak bapak just senyum jer.. Tapi zaman sekarang, senyum tu dah jadi kelat. Maybe tak lama lagi mak bapak akan trauma bila anak - anak sebut nak main masak - masak.. Sebab apa?? Permainan masak - masak umpama satu drama kekeluargaan dimana ada watak ibu, ayah & anak. Sebab kanak - kanak sekarang dah semakin expect tentang hubungan suami isteri sebenar.. Takut adengan ranjang pun termasuk dalam babak - babak permainanan masak - masak dorang. Contoh hari ni.. satu kes adik & kakak yang melakukan adengan seks.. contoh yang kedua.. seorang rema...

BLOGGER KAMCENG

Image
Sana sini orang bagi award.. Hari - hari ada je anugerah. Aku pun nak bagi award juga la.. Tanda menghargai persahabatan yang terjalin di blog ni. Award ni khas untuk Top 10 Pengomen terbanyak di blog aku. Award ni di namakan Blogger Kamceng Award. Sebagai tanda terima kasih. Nah.. Amik korang!! Pegi lekat kat blog masing - masing. khas untuk... 1 - Deqdeq 2 - Cma Shiema 3 - LYaFRINA 4 - SM Banjamin 5 - Cik Gallus Gallus 6 - zulfikar84 7 - Muhamad Nor @ Mamat @ Putra 8 - Ainismaira 9 - ardinihumaira Sila bagi pandangan sikit yer tentang blog Melekat lekit ni.. Komen tak semestinya memuji jer.. Nak mengeji pun takpe, Ok! Korang juga berhak untuk memberi award ni kepada sesapa saja yang korang rasa kamceng dengan korang di dalam dunia blog ni. HALAL & SAH!

GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~

Image
GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~ Penganjur cakap syaratnya letak banner jer.. So Tak yah membebel panjang2.. Nama pun lucky follower. Ko membebel macam lecturer dalam dewan kuliah skalipun kalau tak luck takde hasil gak. Just memeriahkan majlis dalam blog jer.. Lucky tak Lucky.. Aku tetap hepi go lucky! So pada nak try lucky tak lucky korang boleh clik :  GIVEAWAY:LUCKY FOLLOWERS.WEE~

RINDUKAH KAMU PADA AKU DISINI??

Rasa macam semalam aku bersemangat try baju skolah, kasut, stokin beg bagai.. Tak lena tidur sepanjang malam menanti hari esok.. Masuk darjah satu. Tup - tup hari ni dah bangka. Oh Cikgu Ramlah.. Masih panjangkah umur kamu. Cikgu kelas 1 Merah (Kelas aku la tu). Tetiba teringat cikgu pertama aku.. Cikgu Rohana Tadika Kemas. Entah kenapa aku tiba - tiba ingat semua ni. Rasa macam baru kejab tadi.. Aku mula pandai jatuh hati.. sedar tak sedar aku sekarang seorang Isteri. Rasa macam baru semalam aku mula pandai lepak - lepak shopping complex.. Melalak kat karaoke walau bawah umur.. Hari ni aku dah tak perlu takut masuk karaoke sebab aku bukan underage lagi. Cepatnya masa berlalu.. Rindu pada 4k3 smkl... Tu kelas aku masa tingkatan 4. Aku memang minat sastera so aku pilih kelas sastera la.. 4 = ting 4 k=kesusteraan 3= kelas ketiga selepas kelas sains & acc. tetiba teringat cikgu Zarina.. Cikgu kauseling aku masa sekolah menengah. Nak buat camna budak nakal memang tak terlepas dari ...