TIBA MASANYA UNTUK SESI 'PANTANG TENGOK'
Cik lala dah genap 45 hari maka dengan ini tamatlah episod berpantang sang lekit. Tak tergambar kegirangan.. selama 44 hari dugaan makan amat menduga berbanding dugaan2 yang lain. Bila tengok hubby dengan mak best je makan macam2.. kejab nasi goreng, mee goreng, laksa, Mc D, KFC bagai.. Daku hanya menjamah ikan & sayur setiap hari. Ikan pun ikan tertentu. Masakan pun masakan tertentu je boleh makan. Sebak di dada tau! kekekeke Dan hari bermula la episod makan tanpa sempadan. Edisi membalas dendam pada en hubby yang suka sangat menduga sang lekit. Op's jangan labelkan beliau kejam yer.. Kitorang memang suka bergurau macam tu. Sang lekit tak kisah pun walau tergugat juga dengan tayangan secara langsung en hubby yang suka menunjuk2 makanan yang sang lekit tak boleh makan masa berpantang. Walaupun bermula episod baru 'pantang tengok' tapi tetap la kena ada pantang larang jugak. Lala kan menyusu badan.. Jadi kena korbankan makanan2 yang boleh memberi kesan pada kesihatan c...