Posts

Showing posts from April 8, 2016

AKIBAT TERLALU OBSES DENGAN KERJA INI YANG AKAN BERLAKU

Image
AKIBAT TERLALU OBSES DENGAN KERJA INI YANG AKAN BERLAKU . Aku pernah kenal dengan orang yang terlalu obses dengan kerja masa aku kerja dulu. Dia kira senior merangkap ketua aku la. Kalau korang tengok dia kerja macam takde life. Seolah2 macam berumahtangga kat opis jer.. Dari pagi sampai malam dia kerja. Hari minggu pun kadang2 dia datang kalau ada kerja yang tak selesai. Normally jarang aku nampak dia balik time aku dah balik. Bukan bujang tapi dah berkahwin. Confirm la dia balik rumah ngam2 je time nak tidur. tengok TV? Tak sure aku berapa jam seminggu dia dapat tengok tv. Akibat dia terlalu obses dengan kerja & kedudukkan dia kat opis tu ada juga la benda yang tak best pasal perangai dia ni. Dia sanggup buat banyak kerja dari orang lain asalkan kedudukan dia tak tergugat. Maknanya.. kalau dia takde banyak kerja tak boleh settle sebab dia je tahu buat. Susah sikit la dia nak ajar korang kerja2 yang dia buat untuk ringankan beban kerja dia. Dia sanggup kerja macam orang tak a...

PELAKON & PELAWAK MR OS MENINGGAL DUNIA

Image
PELAKON & PELAWAK MR OS MENINGGAL DUNIA . Innalillahhiwainnalillahhirojiun.. Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga pelakon & pelawak Mr Os yang di khabarkan telah meninggal dunia hari ni. Sesungguh Arwah antara yang terpilih untuk pulang kerahmatullah di hari Jumaat. Semoga Allah mengampuni segala dosa2 beliau & moga di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Hilangnya sebutir bintang di persada seni negara.. Mr Os. Beliau popular sekitar 80an. Selepas lama senyap dari dunia seni, beliau kembali memeriahkan industri seni. Ternyata bakat beliau sebagai seorang penghibur tidak pernah hilang. Kini tiada lagi Dia yang di panggil Mr Os di dunia ni. Namun kenangan dalam dunia seni hiburan akan menjadi satu lagenda, Insya Allah. Sama2 kita sedekahkan Alfatihah..

INI BUKTI RUMAH PPR SEBENARNYA UNTUK ORANG KAYA

Image
INI BUKTI RUMAH PPR SEBENARNYA UNTUK ORANG KAYA . Zaman sekarang semua nak kena pakai kabel.. semua nak kena suap2.. kau ada duit maka kau dapat. Termasuk la rumah PPR.. benda ni sebenarnya dah lama berlaku tapi mungkin sebelum zaman media sosial tak ada tempat untuk di ketengahkan agar isu ni di pandang serius oleh pihak pihak yang bertanggungjawab. Kalau dah sewa sampai macam ni punya mahal memang golongan miskin tak mampu la nak menyewa dengan penyewa rumah PPR. Nak mohon terus dengan DBKL bukan senang nak dapat Sekarang zaman viral.. bersiap sedia la wahai pihak pihak bertanggungjawab itu. Sebab perkara ni pernah di pandang hujung mata hadap la kecaman rakyat bila ia menjadi Viral. Isu Rumah PPR.. ye bukan tak ada orang yang betul2 layak dapat tapi macam kita boleh tengok sekarang orang yang tak layak pun dapat maka berlakulah apa yang berlaku. Rumah PPR yang di sewa kepada golongan tidak berkemampuan oleh DBKL tapi bila rumah tu dapat pada mereka yang mungkin memang dah m...

CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR

Image
CERITA SEBENAR MIMALAND DITUTUP BUKAN SEPERTI APA YANG TERSEBAR . Walaupun aku kenal mimaland ni lepas dah berabad di tutup tapi entah kenapa aku tertarik dengan semua cerita tentang mimaland. Dari kisah zaman kegemilangan sehinggalah zaman selepas taman tema tu di tutup. Bila dah jadi hutan memang banyak la cerita mistik bekas tapak mimaland tu. Tu yang aku mula ikuti kisah mimaland ni. asal ada cerita seram disitu la aku membontot katanya... Dari page FB Mimaland ada membongkarkan kisah sebenar penutupan Mimaland. Apa yang tersebar selama ni katanya Mimaland mula di sahkan tidak selamat selepas seorang pengunjung katanya mati lemas. Aku pernah baca ada berlaku tanah runtuh kat kawasan mimaland jugak salah satu sebab Mimaland di tutup atas faktor keselamatan. Tapi apa yang di dedahkan bekas staff Mimaland ni lain pulak ceritanya. Katanya Mimaland di tutup untuk memberi laluan kepada projek padang golf & kondominium tapi projek tu pun tak jadi membuatkan tapak mimaland terus...