HIDUP UMPAMA RODA.. ITULAH KISAH HIDUP PELAKON CILIK PUTERI BALQIS

HIDUP UMPAMA RODA.. ITULAH KISAH HIDUP PELAKON CILIK PUTERI BALQIS . lama rasanya blog lekatlekit ni tak mengupas kupis & kopek isu isu semasa kan? Rindu lahai katanya nak mengopek dengan rakusnya isu isu yang berlegar di sekeliling ku.. Tapi tu la kekangan masa tu buat terhad sangat nak buat apapun selain dok merapu meraban kat pesbuk sana. Yelah.. posting kat FB tak perlukan masa yang banyak. Berbanding blog.. Macam nak buat assignment pulak dia punya komitmen tu hahahahaa. Kecoh sekejab bila rancangan bersamamu menampilkan kehidupan terkini pelakon cilik yang pernah merangkul anugerah pelakon wanita terbaik asia, Puteri Balqis yang di gambarkan hidup susah selepas jatuh sakit. Sakit pulak sampai hari ini doktor masih belum pasti apa penyakitnya. Semenjak jatuh sakit & tidak lagi aktif berlakon kehidupan puteri Balqis di lihat berubah 360 darjah. Puteri Balqis yang dulunya belajar secara Homeschooling kini tidak lagi menyambung pelajaranya. Mungkin kekangan kewangan. M...