Posts

Showing posts from September 27, 2016

TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR

Image
TERBONGKAR SIAPA MISTER POTATO YANG SEBENAR . Mister Potato.. Rasanya sejak kecik aku kenal dia melalui iklan untuk makanan ringan potato chips. Almaklum la.. junk food yang memang di gemari ramai terutama kanak kanak sampai sekarang even anak aku pun suka juga potato chips ni. Cuma aku tak bagi la selalu.. Sekali sekala jer tapi anak aku jenis makan apapun tak banyak. So, tak risau sangat kalau dia setakat rasa rasa je junk food tu. Misteri Potato ni sebagai pengenalan adalah salah satu jenama tempatan untuk produk cip kentang (potato chips). Terkenal dengan watak seorang lelaki yang bermisai lentik & berpenampilan macam orang mexico. Memang popular jugak iklan dia di kaca TV satu ketika dulu.. erkk.. rasa sampai sekarang masih ada lagi kan cuma jarang nampak sangat la berbanding dulu. Sekarang katanya dia dah tampil dengan penampilan & wajah baru. Wow!! gamaknya macam mana kemunculan terbaru Mister potato ni kan? Tapi walau kita kenal watak mister potato yang bermis...

JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016

Image
JANGAN PERCAYA VIRAL PALSU KENA TUKAR ATM/DEBIT CARD SEBELUM 30 SEPTEMBER 2016 . Patut la entri aku tentang atm/debit card maybank tu tetiba dapat views mencanak mengatasi entri cerita Volkswagen kuning yang sejak dua menjak ni meraih views yang tinggi. Rupanya ada viral palsu yang sedang di sebarkan & orang sibuk dok share walau tak tahu hujung pangkal kesahihan berita tersebut. Ada terbaca satu mesej yang di kongsikan penggunakan media sosial.. mesej dia bertulis macam ni.. Friendly reminder...for those customers who had not yet to change new ATM cards after 30/09/16, B.Islam will charge RM21/-,BSN RM60/-, Maybank RM200/, whilst CIMB is silent but existing cards will b invalid effective 01/01/17 .Bank Islam opened until 7 pm(Mnday to Thursday, n open until 1.30pm on Sturday ..at any branch u can do it...hurry up. - INI ADALAH VIRAL PALSU - Amboi suka suka hati jer hangpa nak sebarkan berita palsu yang boleh mengundang kesesakkan di semua cawangan bank kat Malaysia n...

TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG

Image
TREND PERANGAI BUDAK SEKARANG SUKA BALING BATU PADA KERETA ORANG . Rasa macam trend pulak perangai budak budak sekarang yang suka baling batu pada kenderaan atau kereta orang yang lalu lalang kat kawasan dia bermain. Sebelum ni pernah jadi viral pasal seorang lelaki dewasa yang marah2 kepada seorang budak & mak budak tu sekali sebab anak dia yang rasanya umur 4 tahun ke berapa baling batu kena cermin kereta pakcik tu. Marah sungguh pakcik tu sampai ada paparazi tersembunyi record kejadian tu kemudian viralkan. Gambar Sekadar Hiasan. Sumber Google Masa benda tu viral memang aku sendiri tak salahkan orang yang marahkan budak tu walau cara dia marah tu macam marah budak yang dah cukup akal fikiran. cara dia membebel tu je aku rasa tak sesuai untuk budak umur macam tu tapi aku tak salahkan dia 100% bila dia naik angin tentang perkara tu sebab siapa2 pun akan naik angin.. Walau anak kita sendiri buat macam tu pada kereta kita pun kita akan marah jadi tak ada beza anak siapa yang ...