TAHNIAH UNTUK MEREKA YANG HILANG ANGGOTA BADAN KERANA MERCUN

Ucapan aku pada mereka2 yang menjadi mangsa mercun.. Tahniah! Kalau ada saki baki jari yang masih tak terputus/hancur/cedera tahun depan boleh la letupkan jari dengan mercun yer... Kalau dah abis semua jari kaki & tangan... Harap insaf la yer... Tahniah yer dik. Baru putus 3 jari.. banyak lagi jari simpan tahun depan pulak yer Kejam kan ucapan aku?? memang kejam. Aku memang manusia yang takde rasa simpati pada mereka yang tercedera parah sebab main mercun. Aku memang benci pemain mercun. Ni semua sebab jiran sebelah rumah aku kat kampung. Dah berpuluh tahun... & setiap tahun akan berlaku benda yang sama & aku rasa tahun ni jugak tetap sama. Depa akan tembak mercun menghala kerumah aku. Meletup atas bumbung.. kena cermin.. meletup kat tempat kakak & adik aku parking kereta. Dari malam sampai tengah malam kadang2 berlanjutan sampai 2 3 pagi. Nak2 lagi dekat raya & malam raya. Tengok TV pun dah tak dengar butir bicara TV.. mengalahkan duduk kat negara berperang...