Posts

Showing posts from June 18, 2015

RAMAI PENGANTIN BARU CARI ENTRI NI DI HARI PERTAMA PUASA

Image
Dah selesai untuk hari pertama puasa. Alhamdulillah.. takde masalah sangat bagi aku selain mengantuk je. Tapi aku jenis susah tidur siang hari maka mengantuk pun susah nak lelap. Tapi kalau midnite tak tidur jadi payah pulak nak lena. Serba tak kena kan? hahahaha Sebelum ramadhan cuti sekolah.. Cuti sekolah ramai la yang kawen. Tak sampai sebulan kawen dah kena berpuasa di siang hari. Almaklum la pengantin baru kot.. Tak boleh lebih2, nak jugak ringan2. Yelah.. paham. Tengah honeymoon lagi katakan. Nak berkepit melekat lekit je la kan. Bila dah melekat lekit tu, mula la terasa nak berat berat katanya. Tapi bulan puasa.. Kalau berat2 confirm batal puasa.. ringan2 yang over sikit tu tak sure batal ke tidak puasanya. Maka yang jadi mangsa entri lama aku la.. Hari pertama puasa terus melonjak naik entri ni. >> HUKUM MENYENTUH KEMALUAN PASANGAN & BERCIUM KETIKA BERPUASA Masing2 nak makesure perbuatan depa tu membatalkan puasa atau tak. Mujur la google jumpa blog lekat le...

PETUA ELAK NYANYUK MAKAN OTAK SAUDARA RAPAT

Image
Sapa la pencetus petua macam ni. Confirm takut orang nak rapat dengan mana2 saudara takut otak dia di makan oleh sedara terapat dia sendiri untuk elak jadi nyanyuk. Ni di namakan sedara makan sedara. Memang betul2 dia makan bukan sekadar perumpamaan.hahahaha Tapi mujur la petua ni takde dalam amalan kita orang Melayu atau orang Malaysia. Cuma petua kuno ni di amalkan oleh orang papua new guinea. Petua ni di dedahkan orang para saintis. Katanya depa dah lama amalkan makan otak sedara rapat yang telah meninggal dunia bagi mengelakkan penyakit berbahaya Kuru Prion selain mengelakkan nyanyok. Nasib otak sedara yang dah meninggal dunia.. Kalau dia yang hidup memang jadi arwah jugak la kan. Ada ke manusia hidup takde otak?? Tapi ramai jer manusia hidup ada otak tapi takde akal hahahaha... Tapi katanya,  Dengan 'petua' lama ni, saintis beranggapan dapat menemui vaksin baru untuk merawat dapat menyembuhkan menderita penyakit Kuru Prion dan nyanyok.  Erkk.. effective juga...

TEDDY BEAR BERKAHWIN DENGAN MANUSIA & CUBA DAPATKAN ANAK

Image
Perempuan memang ramai yang suka dengan teddy bear kecuali aku tapi aku perempuan tulen ok! Takde plastik kat celah mana pun cuma tak berapa tipikal perempuan jer. Ada yang sampai obses dengan teddy bear tapi setakat ni kat Malaysia takde lagi perempuan buat benda mengarut kawen dengan teddy bear sebab terlampau suka dengan teddy bear. Tapi Ted 2 kisah teddy bear yang boleh berkata kata & berkelakuan seperti manusia. Perempuan perempuan yang suka sangat dengan teddy bear mesti nak tahu kisah Ted 2 ni. Confirm korang excited nak tengok cerita dia. Seekor teddy bear yang berkahwin dengan seorang perempuan & cuba dapat anak untuk membuktikan dia adalah manusia. So langkah keselamatan awal korang boleh tengok dulu trailer filem Ted 2 ni kat sini. Aku tengok macam best jugak. Yelah nampak comel jer watak teddy bear tu hahahaha >> If teddy bears could talk like Ted, imagine what Malaysia would be like? LOL, watch this. << Bukan apa perlu kita tengok trailler du...

TERBONGKAR FAKTA TENTANG MINION YANG ORANG BELUM TAHU

Image
Sapa kat sini peminat kartun Minion.. Dah la kuning pakai cermin mata bulat. Ada mata satu.. ada mata dua... Selalu berkumpulan. Dengan suara comel kadang2 dengar macam anak ayam ber cit cit je kalau depa bising. Ada yang kata tak suka sebab yang mata satu tu.. macam something wrong jer. Seolah olah mengambarkan sesuatu watak yang tidak di sukai oleh orang Islam. Tu pendapat yang pernah aku baca dulu la... kenapa sipolan tu tak suka minion. Yelah kan.. mata satu ni kita pepaham jer la. Tapi ramai jugak peminat watak kartun minion ni. Anak aku pun kalau tengok mata tak berkelip. Yelah budak dengan kartun comel macam tu.. Cuma kita dah masuk zon mak bapak budak ni tak berapa layan sangat la tapi bukan semua golongan dewasa tak minat minion. Ada jugak masih layan kartun. Jiwa muda katanya... hehhehee So bagi golongan dewasa yang berjiwa kanak kanak katanya.. minat tapi tak tahu asal usul minion. Dari mana kartun ni dapat inspirasi & banyak lagi rahsia yang selama ni di sembun...