Posts

Showing posts from May 23, 2011

NUFFNANG KENA MENGAMPU BARU DAPAT BE KE?

Image
Isu Nuffnang ni paling orang suka, kan?? Dah lama sang lekit tak buat entri pasal nuffnang sebabnya takde isu nak di bangkitkan memandangkan join contest tiket wayang pun dah tak pernah dapat lagi tiket free, BE pun dah takde masuk lagi, Tunggu proses cek nuffnang pun tak siap - siap maka dengan itu takde apa yang lekit nak cerita pasa nuffnang. Tapi Sang Lekit perasan sekarang ni nuffnang memang macam kelam kabut sikit. Isu BE, kalau dulunya traffic yang kononnya boleh maintain 100UV sehari berpeluang cerah untuk terpilih bagi iklan kempen (BE) tapi apa yang berlaku sekarang sebaliknya. Iklan tu kalau ikut dari penjelasan pihak nuffnang ia di beri mengikut pilihan advertiser. Kalau dia berminat nak bagi kat blog kita, dia bagi la. Dalam soal ni sang lekit terima sebagai rezeki. Kalau ada rezeki, ia akan datang juga pada kita. Isunya sekarang nuffnang ni sebenarnya kena di ampu ke untuk dapatkan iklan kempen (BE) tu?? Dari hasil BW sang lekit, bila satu2 blog tu merungut tak...

MITOS MISTIK & MISTERI KUCING HITAM

Image
 Kucing hitam.. Korang mesti pernah dengar kisah seram, mistik & misteri yang berkaitan dengan kucing hitam ni. Mentang2 la dorang hitam, nampak tak cute tapi seram ( pada pencinta kucing macam sang lekit kucing hitam tetap menarik) maka lahirlah cerita2 dogeng pasal kucing hitam ni. Ada kepercayaan orang melayu percaya kucing hitam ni selalu berdamping dengan jin & syaitan untuk tujuan yang jahat. Orang tua2 dulu percaya kalau kucing hitam langkah mayat, maka mayat tu akan hidup semula. Kita sedia maklum semua tu kepercayaan karut, jadi jangan taksub & percaya sangat, ok! Sekali lagi sang lekit nak kopek isu pasal mitos, mistik & misteri kucing hitam ni mengikut kepercayaan dari sesetengah negara, kaum & bangsa. Sekadar berkongsi info bukan untuk di percayai tapi untuk pengetahuan am sahaja yer. Jom kita kopek dengan rakusnya. Hasil carian google 1. Jerman ada kepercayaan bahawa apabila ada seekor kucing hitam yang lompat ke tempat tidur orang sakit,...

MESTIKA BUMI

Image
Ramai pelik kan kenapa pula tajuk entri sang lekit kali ni lain macam jer.. Selalu ada jer tajuk hot & spicy menjadi gimik. Okies kali ni entri blog melekit akan berkisah tentang teater untuk sekian kalinya. Malam sabtu lepas, sempat sang lekit meluangkan masa tengok teater mestika bumi kat panggung DBKL. Maaf la kalau sang lekit cakap teater ni agak bosan & jalan ceritanya agak mendatar & slow yang menyebabkan 2 3 kali juga menguap. Walau ada adengan komedi dalam teater ni tapi tak banyak membantu untuk teater Bangsawan Mestika Bumi nampak menarik. Cuma mata terbeliak juga dengan kehadiran Arja Lee (Hero/Heroin Filem 2 Alam tu..) membuat persembahan nyanyian secara duet dengan salah seorang pelakon dalam teater mestika bumi ni. Boleh tahan la kemachoan Arja Lee tu.. Suara pun sedap. Macam biasa kalau teater berkisahkan raja & puteri kayangan ni mesti puteri kayangan dengan tongkat sakti nya macam miss comet (cerita bersiri jepun awal 90an kalau tak silap) lepas t...