LUAHAN HATI ISTERI ARWAH DIN BERAMBOI
08 April 2010 ISU RAFIQIN DARWISY : LUAHAN HATI ISTERI ARWAH "SAYA TIDAK KECIL HATI ABANG DIN DIHINA" Pusaranya masih lagi ‘merah’ , namun ada sahaja perkara yang tidak diingini menimpa keluarga Allahyarham Din Beramboi. Belum reda kes rumah mereka di pecah masuk, timbul pula isu seorang remaja yang berusia 14 tahun menghina kematian arwah dengan kata-kata yang kesat menerusi akuan ‘facebook’ miliknya. Tindakannya itu mungkin agak keterlaluan bagi ‘budak hingusan’ sepertinya kerana tidak mempedulikan sensitiviti masyarakat dan terutamanya keluarga Din Beramboi, yang masih lagi bersedih atas kehilangan arwah. Namun bagi isteri arwah, Suhaini Che Man perkara itu sedikit pun tidak merentap emosinya. Jelas Suhaini, dia sudah pun menyedari hal itu daripada anaknya sendiri, namun tidak mahu membebankan fikirannya dengan perkara yang remeh-temeh itu. Walau apa pun yang dilemparkan pada arwah, sebagai isteri, dia lebih mengenali siapa arwah dan menyerahkan ...