Posts

Showing posts from January 25, 2011

MISTERI BULU KETIAK ARTIS INDONESIA

Image
Pelik kan?? Apa ada pada bulu ketiak artis indonesia ?? Bulu ketiak dorang guna teknik rebonding atau di curl atau di warnakan atau di potong dengan pelbagai fesyen ker?? Dimana keunikkan bulu ketiak artis indonesia ni?? Apa kelebihan bulu ketiak dorang?? Sungguh Misteri kan?? Yang paling penting kenapa cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni?? Wakakakakakakakaka.. Sapalah manusia yang nak tengok bulu ketiak artis indonesia ni?? Macam mana Sang Lekit tahu dorang cari bulu ketiak artis indonesia kat blog melekit ni?? Ni ha... Mengikut kajian nuffnang... (Banyak la ko punya kajian!!) berpandukan keywords nuffnang hari ni pencarian terbanyak di blog melekit adalah bulu ketiak artis indonesia . Tak caya?? Meh nak buktikan... Carian tertinggi di blog melekit hari ni Kan?? Kenapa hari ni mereka cari bulu ketiak artis indonesia?? Nak buat tangkal ker?? or pelaris blog?? Entah lah.... tapi memang buat Sang Lekit terasa nak WAKAKAKAKAKAKAKAKA

TUAH NO 8

Image
Lekit bukan sahaja bertuah di lahirkan pada 28 Aug, malah juga bernikah pada tarikh 28 April dan mempunyai seorang suami yang di lahirkan pada 28 Mei dan kini lekit bertuah pula dari No. 8 melalui random generator untuk contest Kami 2nd Giveaway sebagai pemenang saguhati ke 8 .  Betapa girangnya hatiku.. Ni contest yang ke 4 or 5 yang berjaya sang lekit ragut hadiah. Thanks pada Kami In The house kerana memberi saguhati ini pada sang Lekit ni. Ps : Alangkah indahnya duhai anak kalau kamu pun lahir pada angka 8. Kekekekekeke

BEN ASHAARI SUDAH JADI BLOGGER MAJALAH

Sempat terjah blog BA tadi.. wah tahniah BA dah keluar majalah RAPI untuk edisi Febuari. Sukanya!! Eleh kau lekit terlebih excited apsal?? Banyak lagi Blogger lain kuar paper majalah ko rilex jer.. apsal BA kuar majalah ko gedik lak?? Bukan apa makin popular BA maka kita pun nanti boleh tumpang populariti dia. Siapa lagi blogger yang prihatin pada blogger2 tepian longkang macam aku ni selain BA. Sebab tu aku suka kalau BA makin popular. Sebab dia memberi manafaat pada blogger lain. Kalau blogger lain tu.. yang popular & glemer2 tu aku tak tau la apa bakti dorang untuk blogger2 tepian longkang ni sebab aku jarang ikuti & jarang lak dengar dorang macam BA yang membantu dari segmen2 yang di anjurkan. Sebab tu aku suka BA makin popular sebab aku percaya popularitinya akan di kongsi bersama penyokong beliau. Tahniah BA

PENGANTIN BARU HONEYMOON DALAM LOKAP

Orang lain paling2 pun pergi Bali.. Tak pun  pilih pulau2 kat Malaysia ni nak honeymoon  berbeza dengan sepasang pengantin baru ni yang menjadi pakej honeymoon dalam lokap. Apa kes?? Jom kupas kupis.. Baru seminggu bergelar raja sehari, sepasang suami isteri bukan sekadar meringkuk dalam tahanan, malah turut berdepan hukuman mati apabila kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana disyaki terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah. Alkisahnya.... Aduhai, ni la di namakan sehidup semati, selokap segari, selaki sebini.  Dah buat benda salah.. Bukan nasib malang tapi sendiri yang cari padah. Banyak kerja lain kenapalah hangpa jual dadah?? Dah tertangkap tak guna menangis airmata darah. Kalau di sabit salah, tali gantung la sebagai penyudah kisah. Masa yang ada taubat lah... Rujukan (Harian Metro) : Bulan madu dalam lokap

KEMPUNAN LAGI HARI NI

Semalam.. terlewat abis. Arini.. awalkan sikit.. tak buka pula. Batu belah batu bertangkup.. Tangkuplah aku telan la aku.. Aku kempunan nasi lemak. kekekekekeke Semalam.. Niat berkobar - kobar nak makan nasi lemak, termakan nasi goreng ikan masin. Hari ni pun sama.. Nak makan nasi lemak, termakan nasi goreng kerabu. Esok.. cuba lagi yer...  Semalam sampai termimpi - mimpi makan nasi lemak tu. Dalam mimpi tetiba ada pulak arwah ayah. Huhuhuhu.. Rindu nya. Malam kang mesti rasa nak makan benda lain. Boleh pulak takde ngidam nasi lemak bila malam menjelma. Magik kan?? Siang je lagi tak dapat makan nasi lemak, selagi tu terbayang - bayang nasi lemak tu. Aduhai.. Macam - macam hal sekarang ni. Tapi takpe.. Sang Lekit sangat penyabar orangnya. Takde memberontak atau meleleh air liur even tak dapat makan pun. Hope petang esok tertunai la hajat di hati dapat nikmati nasi lemak kat gerai akak block A tu. Nak nasik lemak akak blok A tu jugak! Kekekekekekekekeke

JEJAI.. KAWEN CERAI, CINTA & PUTUS

Image
Dia bukan artis tapi dah berdamping dengan artis nak - nak lagi dia anak orang kaya, secara tak langsung si Jejai yang muka takde la macho mana terkena tempias populariti artis2 yang pernah bercouple dengan dia. Akibat kaya raya.. Jadi rebutan pula di Jejai ni.. Takpe la kurang dari segi rupa tapi boleh buat kejutan kat awek datang dengan Helikopter gitu! Takat Fasha Sandha rasanya 20 lagi Fasha Sandha kat dunia ni dia boleh dapat.. So, rasanya takde hal la bagi Jejai kalau putus dengan Fasha Sandha tu tapi Fasha Sandha boleh ke dapat 20 Jejai lepas ni?? Dengan kontroversi yang tak sudah - sudah pastu terkenal dengan atitute buruk.. Ntah la. Maybe ada kot 1 2 Jejai lagi yang sangkut. Yelah.. orang cantik dah tu artis.. suara itik sikit tu tak jadi hal la. Putus sudah ( Harian Metro ) Hari ni Jejai menjelaskan status hubungan dengan si Fasha yang dah putus & bukan Nora Danish penyebabnya. Sebelum Fasha still berteka teki dengan hubungan dorang tapi Jejai dah bagitau mesti benga...

UFO MENDARAT DI SAWAH PADI

Image
Ni UFO planet mana tak tau.. maybe abis minyak kot ter landing kat sawah padi. Abis rosak padi orang. Betul ke ni Lekit?? Ntah la betul la kot... Alkisahnya penduduk kawasan tu gempar bila Tujuh petak sawah padi  mempunyai corak bulatan ganjil yang dipercayai penduduk dihasilkan oleh objek terbang tidak dikenali (UFO). Corak bulatan ganjil pada kebiasaannya ditemui di kawasan tanaman gandum di negara-negara Barat seperti Britain sejak tahun 1980. Bentuk bulatan yang ganjil itu dikaitkan dengan UFO di Barat ekoran ia mempunyai bentuk geometri dan tiasa saksi yang melihat manusia yang melakukannya. Bentuk ganjil yang ditemui mengandungi corak segi tiga dan dua bulatan kecil di bahagian tengah bulatan yang besar berdiameter di antara 25 meter hingga 30 meter itu ditemui penduduk tempatan pada pagi Ahad lalu. UFO dari planet mana la punya kerja ni, kan?? Biarpun kesahihan tentang kewujudan UFO belum dapat di pastikan tapi cerita pasal UFO ni dah lama kita dengar. Hanya Al...