Posts

Showing posts from July 26, 2016

SERAM! DI INTAI LEMBAGA MISTERI BELAKANG TIANG LAMPU STADIUM BUKIT JALIL

Image
SERAM! DI INTAI LEMBAGA MISTERI BELAKANG TIANG LAMPU STADIUM BUKIT JALIL . Walaupun bukan malam jumaat.. Yang selalu di kaitkan dengan makhluk2 halus yang tak berapa halus kalau menjelma, tapi blog lekatlekit.com kalau nak berseram serik memang tak kira hari. Hari dia kalau rajin mengarang kisah seram je maka ada la momokkan cerita seram kat blog puaka ni. Gambar sekadar hiasan. Sumber Google Masa jenjalan kat carian google terserempak dengan satu kisah seram yang berlaku di stadium bukit jalil. Kisah ni katanya berlaku masa fenomena ikan flowerhorn tengah in trend. Time tu ramai yang bela ikan tu. Jadi sebab dia tengah popular time tu ada buat pameran ikan flowerhorn kat stadium bukit jalil. Salah seorang pengunjung pameran tu sepasang kekasih ni. Depa pun nak tengok jugak la sambil dating katanya. Lepas dah habis pameran tu takkan la nak bermalam kat situ kot.. Bawak2 la pulang kepangkal jalan katanya. Kebetulan nak balik.. kereta depa kena blocking so tak dapat ...

AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE

Image
AKTIVITI PALING SESUAI UNTUK YANG ADA KAWAN OBSES DENGAN SMARTPHONE & ONLINE .  Zaman rumaja aku dulu kalau lepak dengan kawan kawan memang betul betul lepak. Riuh rendah bersembang. Kalau pergi mall tu macam2 la aktiviti. Main bumper car la.. main games la.. atau kalau ada retis buat road show layan la jugak.Almaklum la zaman sebelum kewujudan smartphone & kemudahan access internet semudah atas tapak tangan di mana saja. Happening kalau lepak dengan kawan kawan zaman dulu. Kalau berkumpul tu ada je la cerita nak di kongsi. Berbanding zaman sekarang ni. Duduk cafe atau restoran masing2 buat hal sendiri. Mata mengadap smartphone. Nak berkomunikasi walau kawan2 depan muka pun guna media sosial. Walau duduk semeja tetap sembang kat whatsapp. Yang nampak ada aktiviti melibatkan semua masa selfie je la. Lepas tu masing2 masing lebih banyak buat hal sendiri. Tak tau mana nikmat lepak dengan kawan2 kalau tetap berkomunikasi guna media sosial. Susah nak buat aktiviti best ka...

RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK KURANG PEDAS LEKATLEKIT

Image
RESEPI IKAN MASIN MASAK LEMAK KURANG PEDAS LEKATLEKIT . Amboi sekarang ni asal share resepi je mesti claim lekatlekit version katanya. Konon version kau macam lain sangat dari version orang lain. Padahal tak jauh beza sangat pun resepi kau guna dengan orang lain guna. Sapa kata sama? Air tangan berbeza ok! Walau sama resepi lain rasa ok! tetap tak nak kalah tu.. hahahaha.. Takpe la versi sapapun kan. Yang penting kita berkongsi apa yang kita tahu dengan orang lain. Benda yang baik Insya Allah jadi pahala. Berkongsi resepi masakan jugak satu perkara yang baik, moga di manafaat kan dengan baik jugak la. Sebelum ni aku pernah share resepi ikan masin masak lemak tapi version guna cili padi. So pedas2 sikit la tapi disebabkan suami aku pantang makan pedas maka apapun masakan sekarang ni terpaksa la aku guna kaedah kurang pedas. Jadi aku tak guna cili padi untuk masak lemak kali ni. Untuk resepi masak lemak ikan masin ni aku tak guna nenas sebab aku bukan spesis pemakan nenas. So ...