BILA BLOGGER RASA DIRI DIA HEBAT...

Dalam berblog ni macam hidup jugak.. ada blog panas.. ada blog sejuk.. ada blog suam.. ada blog popular.. ada blog syok sendiri.. ada blog cari pasal.. Isu dalam blog pulak toksah cakap la macam2 ada. Astro pun kalah.. Sekarang ni orang lagi suka baca blog sebab macam lipas kudung update berita. Lambat sangat nak tunggu berita terkini atau buletin utama.. Tak kira berita sahih.. gosip.. fitnah.. kisah benar.. kisah bohong bagai. Blog & laman sosial terutama FB & twitter satu benda yang dah macam merpati sejoli. Jarang dengar orang tulis blog takde relate dengan laman sosial. Laman sosial medium untuk mempromosikan blog sebab laman sosial lebih mudah nak ramaikan jemaah dari blog. Konsep follow blog tak macam kumpul friend kat FB. FB lagi mudah untuk meramaikan majlis berbanding blog walau kita follow orang pun belum tentu orang follow kita balik. Sebab tu hak individu.. berbanding FB bila kita sent request untuk friend.. kalau dia approve dah kedua2 nya dah dapat kelebihan da...