ORANG JUJUR MEMANG NAMPAK JAHAT

Kadang2 rasa nak bagitau kat semua.. sapa2 yang rasa jejari kontot ku ini sangat puaka sila la jangan follow blog atau friend aku kat FB. Sebabnya aku takut termelukakan hati orang tanpa niat. Niat yang baik kadang2 jadi salah faham sebab penyampaian yang terlalu terus terang & jujur. Untuk jadi jujur kadang2 kita nampak macam kejam sangat sebab kita terus terang pada sesuatu kesilapan yang kita nampak. Bukan niat pun nak hentam.. niat tu mula2 nak bagitau benda yang kita nampak macam salah pemahamannya tapi alih2 orang terasa pulak. Maaf daku ni kurang pandai membelai orang dengan kata kata walaupun bukan niat aku nak mencerca. Bukan la kata daku ni kental boleh terima semua kutukkan jugak.. ada part2 yang aku sensitif jugak. Tapi nak kata aku ni jenis hati tisu tak jugak la.. kalau tisu sangat rasanya aku tak approve komen2 yang kutuk aku.. paling trajidis lagi maybe aku dah tutup blog. Tapi mungkin la aku di lahirkan dengan jiwa yang boleh tahan tahap kental & kenyalnya ma...