Posts

Showing posts from September 19, 2015

PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK

Image
PEGANG BABI & ANJING TIDAK SUCI HANYA DENGAN SAMAK . Ramai yang sebenarnya tak tahu maksud sertu & samak termasuk aku. Yelah.. salah faham kita selama ni samak tu sama jer dengan sertu tapi sebaliknya samak & sertu ada perbezaannya. Sebab aku ni kategori buah cempedak di luar pagar serius benda ni pun salah satu perkara yang aku tak tahu & salah faham. Nak tahu kenapa samak tidak menyucikan najis mughalazah.. jemput baca dengan tenang & minda yang terbuka. Sekadar hiasan Kita faham samak tu bila terpegang anjing ke babi ke dalam keadaan yang menyebabkan kita perlu bersihkan untuk menyucikan anggotan badan kita, basuh dengan air bercampur tanah 1 kali & 6 kali basuhan guna air mutlak. Sebenarnya salah. Bila kita nak membersihkan anggota badan kita yang terkena najis mughalazah kita kena sertu bukan samak sebab perbuatan sertu & samak jauh beza & tujuan sertu & samak tidak sama. Sumber Google Samak Samak ialah menyucikan sesuatu daripada...

SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE

Image
SKOLAFUND BANTU PELAJAR IPT YANG ADA MASALAH KEWANGAN SECARA ONLINE . Kadang2 ada antara kita yang berbakat dalam pelajaran. Dapat keputusan cemerlang, mohon masuk universiti. Bila dapat tawaran ke IPT tak cukup pula duit nak bayar yuran & tampung kos persediaan untuk memulakan sesi pembelajaran. Memang ada PTPTN tapi sementara nak mohon tu kena keluar dulu modal, ye dak? Nak pinjam adik beradik, sedara mara bukan semua nak tolong. Tak pasal2 ada yang buat statement menyayat hati.. dah tak mampu tak payah belajar sedangkan pelajaran tu salah satu cara nak mengubah nasib keluarga dia nanti, Insya Allah. Jadi inilah masa anda ambil tahu tentang SkolaFund. Apa tu SkolaFund? SkolaFund adalah platform online yang menjana dana untuk pelajar-pelajar universiti yang kurang kemampuan untuk membiayai yuran universiti melalui konsep pembiayaan secara beramai-ramai atau lebih dikenali sebagai ‘crowdfunding’. Jika anda adalah salah seorang pelajar universiti yang ingin memoh...

RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA

Image
RESEPI SAMBAL MERAH KOSONG TIGA RASA . Aku kalau buat tajuk mesti melampau kan? Sambal merah kosong tiga rasa kau. Tak tau apa hangpa bayang sambal merah kosong tiga rasa ni tapi memang betul pun sifat dia macam tu. Sambal merah ada tiga rasa tapi kosong jer.. Bukan aku tipu pun. Gamaknya macam mana rupa sambal merah kosong tiga rasa ni. Apa rasa yang dia ada?? Asal usul dia cuma sambal merah yang kebiasaan orang utara buat untuk makan dengan bihun sup. Sebenarnya lain orang kadang2 lain cara masak sambal merah ni. Aku sendiri pun ada dua cara masak sambal merah. Kalau guna cili serbuk lain caranya. Kalau guna cili kering lain pulak bahanya. Tapi sambal merah yang aku nak share resepi dengan hangpa ni aku guna cili kering. Sebab ada yang tanya resepi sambal merah ni, maka insan pengasih,penyanyang & prihatin macam aku terpaksa jugak share resepi rahsia ni. rahsia la sangat kan??? hahaha Bahan bahan nak buat sambal merah ni cili kering bawang putih kicap masin kicap manis g...