BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD

BAGI PENGGUNA LAPTOP/KOMPUTER, PERLU TAHU MENGAPA SSD LEBIH BAIK DARI HDD . Sebagai pengenalan, HDD adalah singkatan daripada Hard Disk Drive dan SSD adalah singkatan Solid State Drive. Kedua dua drive ini mempunyai fungsi yang sama , iaitu sebagai media penyimpanan data untuk peranti elektronik seperti komputer dan laptop. Biarpun kedua kedua pemacu ini mempunyai fungsi yang sama tapi ada beberapa perbezaan yang menjadikan salah satunya kenapa perlu menjadi pilihan pengguna. Sebab itu bagi mereka yang menggunakan laptop atau komputer/desktop penting untuk tahu kenapa SSD lebih baik berbanding HDD. Bak kata pepatah sama tapi tidak serupa. Jika di lihat perbezaan melalui bentuk fizikal, HDD menggunakan sistem mekanikal , manakala SSD menggunakan sebuah chip elektronik untuk menyimpan dan menghantar data. Ini membuatkan SSD menjadi lapan kali lebih pantas daripada HDD. Antara perbezaan lain HDD dan SSD Hard Disk Drive biasanya menjadi media p...