DAHSYAT AKAK SHOPPING. TROLI TESCO PUN DIA ANGKUT

Sang Lekit tertanya2.. apakah troli tesco turut di jual sekiranya ada pelanggan yang rasa nak beli. Iskk.. tak pernah pulak dengar troli tesco ada di jual. kan?? Alkisahnya petang semalam.. Sang lekit & family (macam ramai sangat je bunyinya walhal dengan hubby & lala jer) nak keluar. Tunggu depan lift nak turun bawah. sekali sorang akak keluar dari lift bersama troli tesco yang terisi di dalamnya barang2 shopping dia. Ada la setengah troli besar tu. Terkesima sang lekit dengan hubby. Pandang sesama sendiri sebelum tergelak kecik lepas akak tu hilang dari mata kitorang. Bukan tergamam sebab dia bershopping sakan tapi tergamam sampai troli tesco pun di angkut sekali. Dahsyat punya shopping ni. Tak tau la dia rembat ke dia beli ker.. Tak berani nak tuduh sebab sang lekit pun tak pasti. Tapi sepanjang hidup sang lekit tak pernah pula dengar troli supermarket boleh guna & beli seterusnya bawak balik rumah. Kan?? Kan? Bab rembat ke tidak tu satu.. 1 lagi persoalan, di...