Wanita mandul akibat gangguan jin

Kemandulan boleh berlaku, sama ada pasangan yang terlibat tidak mendapat anak sejak berkahwin (mandul primer), ataupun berlaku di mana mereka pernah mendapat cahaya mata (mandul sekunder). Hal demikian boleh terjadi di atas sebab yang berbeza, sama ada melibatkan pihak lelaki atau perempuan ataupun kedua-duanya sekali. Suami perlu berupaya mengeluarkan benih (spermatozoa) yang cukup dan segar untuk disenyawakan di mana ia bergantung kepada saluran produktif dan ovari. Mandul pada pihak perempuan boleh berlaku kerana tidak ada keseimbangan hormon, aliran telur yang terganggu akibat saluran yang menyekat. Terdapat pelbagai kaedah dan rawatan yang terkini, yang dilakukan di hospital-hospital, dalam usaha mengatasi atau menolong masalah mandul. Wahid Abdul Salam Bali membahagikan kemandulan itu kepada dua, iaitu kemandulan yang berlaku secara tabii, yang boleh dirawat oleh para doktor, sebagaimana lazimnya dan kemandulan yang berlaku akibat gangguan jin yang boleh dirawat m...